Nuffnang ads

Monday, December 21, 2020

Cara mohon kwsp I-sinar

 Assalamualaikum dan salam hari isnin 🥰. Kalo dulu aku bekerja..hari isnin adalah Monday blues...tak tahu lah bila hari isnin ja mesti kemalasan dan buat keje kat ofis ja mesti lembab.. segala-galanya lembab...kelembapan tu pulak bukan datang dari aku jer tapi dari semua pihak. Begitu lah  uolls, Monday blues dan bidang pekerjaan memang tak boleh dipisahkan. Kerjaya aku sekarang pulak Suri rumah... Monday blues tu Masih ada tapi tak kisah sangat sebab tak dak mood boleh tido. Hehe 🤭

Uolls dah Mohon I-sinar ke??

I-SINAR untuk kategori 1 dah boleh mohon dah uolss. Kategori 1 ni termasuk untuk Suri rumah atau yang dah berhenti kerja sejak 2 Bulan Lepas. 

Nak Mohon boleh klik link ini I-sinar kategori 1

I-SINAR ni boleh dikatakan kemudahan dari kerajaan untuk ahli kwsp yang terjejas kesan dari krisis pandemic COVID-19. Maximum pengeluaran adalah 10k. 

Seeloknya sebelum uolls memohon, pastikan uolss dah buat i-akaun. Caranya kemaskini no handphone di cawangan atau kiosk kwsp. Tujuannya supaya uolls tahu baki simpanan kwsp dan secara tak langsung melancarkan permohonan tersebut.

Cara mohon I-SINAR KWSP Akaun 1
1. Layari link kwsp https://isinar.kwsp.gov.my/
2. Isi no kad pengenalan dan no phone
3. Klik teruskan dan uolls akan dapat no OTP melalui SMS.
4. Tetapkan amount pengeluaran dan bayaran bulanan selama 6 Bulan. (Refer gambar)
5. Pastikan Akaun no uolls adalah tepat dan check jugak maklumat peribadi uolls tu.
6. Sahkan dan hantar permohonan uolls.
7. Done. Permohonan diterima dan akan diprocess. Semak status permohonan pada 4 Januari ok.

Mudah ja sebenarnya..follow the flow ja. 
Bayaran pertama akan dibuat pada pertengahan Januari tahun depan.

Bagi kategori 2 pulak , link akan dibuka pada 11 January.  Kategori 2 ini untuk yang Masih bekerja tapi alami pengurangan pendapatan. Sama ada kena potong gaji atau cuti tanpa gaji. 

Okey..setakat ini saja maklumat yang dapat di share hehehe





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...