Friday, November 13, 2015

Bila kena marah dengan bos

Korang pernah rasa?
Alah biasalah kan kalo kena marah ngan bos kan? Gegirl dah rasa pun, baru tadi kahkahkah. 

Tapi gegirl mcm tak taw punca lak kena marah. Gegirl tak salah pun tetiba kena marah. Memang bengang tahap patblasratus kuasa kuda Ku lari gagah berani.

Gegirl rasa sakit kepala, rasa serabut,rasa stress Dan rasa nak muntah
(Dah kenapa pulak nak muntah?)
Hahaha

Aku kalo kena marah dan2 tu jugak kepala jadi serabut, dan2 tu jugak stress. Dan2 tu jugak hypertension. Amoih..amoih..amoih Manja nya gegirl girlishh tuhhh!!!! Rasa nak bagi pat pat siku lipat ja.

Aku tengah lex2 buat kerja sambil joget bahu ikut irama lagu siapa diriku, lagu Ida jebat tu lah, macam nih;

"Jangan2 kau terburu-buru, jangan2 pandai menghukumku, kau tak tahu siapa diriku, hanya tuhan yang tahuuu..."
#Hinjut-hinjut bahu..hinjut-hinju#

Tetiba bos aku masuk pokpekpokpekpokpek 
Bebel Kat aku. Kau bayangkan muka aku macam mana masa tu. Dah lah tengah menghayati lagu girlishh girlish tu. Tanjat taw gegirl. Dahi automatically kerut seribu. Habislah muka aku tua macam bos hahaha.
Perghh.... Ayat tak makan samun

You are purchasing exe bla bla bla should know how to handle this issue bla bla bla handle closely bla bla bla highlighted by warehouse  bla bla bla u need to take action bla bla bla we  are not simply receive item bla bla bla not fulfill our requirements bla bla bla....apa lagi entah dia Bebel. 

Bla bla bla tu sebab otak blank tetiba mcm di alam mimpi. Macam blur pun Ada jgk hahahaha

Aku betul2 blur masa kena marah tu. Bos aku ni nak buat lawak antara benua ke hapa. Tapi tengok muka macam serious pulak. Aku nak sengih tak sengih ja. Nak sengih takut.....kang high jump pulak orang tua tu hehe

Aku tak selesa blur lama2, aku pun Tanya lah "Mr D inform u ke?"

"If u tak boleh nak handle, inform I, I boleh tolong u handle" pastu dia terus masuk bilik dia. Aku bangun Dan follow. Aku respect satu ja dengan bos aku ni, dia marah macam mana pun tak pernah sampai tahap melenting. Sabar jer orang nya. Bebel jer lah modal dia. Bebel pun dengan suara yang merdu nak amat tahap nak amik pasu bunga hentak kat kepala sendiri. Punya merdu sangat kan. Bergegar tulang rusuk kiteyy. Anak buah dia pun confuse, bos ni marah ke tak?
Kehkehkeh

Aku masuk, explain Kat dia issue nih for take noted jer. Barang yang Mr D complain tu barang lama received on June. Aku sendiri pun tak masuk keje lagi. Now dah November, celah mana nak return balik barang tu. Gap almost six months. Supplier mana nak layan issue mcm nih. Lagipun kau dah pakai sampai half dah, baru kau nak complain sekarang. What the fish sangat nih!!!! So salah sapa? 

Gegirl sampai kol supplier mintak clarification why barang received on June look different than previous punya. Mintak supplier check dengan warehouse diowang lagi. Takut salah hantar ke kan mana nak taw. Supplier check tengok saiz sama takde different apa pun just saiz roll tngok pada Mata kasar macam kecik.

Supplier siap reply email lagi taw. Bos tak baca email lah tu. Pastu nak marah2 gegirl plak. Sentap belikat gegirl taw! Sob sob sob T_T


Baik bos mintak maaf sekarang! Saya dah sentap nih, kang saya merajuk apa pun tak leh! Hanya mampu bermonolog dalam hati ja lah pun. sambil urut urut Dada sendiri sebab nak sebak sangat dah. Yerlah...gegirl kena marah, okey??
Tanjat2 gegirl taw

Tak lama pastu ,bos panggil mintak maaf, dia tak perasaan email. Bukan tak perasaan actually, tak sempat nak baca email. Sibok dari last week lagi...tambah2 sekarang nih bos dept lain asyik nak hentam bos aku jer. Kesian tapi apakan daya gegirl cuma mampu joget joget lambak sambil makan kuaci bunga bunga Matahari.

Nasib Baik bos mintak maaf. Gegirl dah nak majuk tenuk patplohpat hari dah tadi.

Takpe gegirl yang cun mcm sari yanti maafkan bos. Kita manusia biasa, buat kesilapan tu perkara biasa, Kita maafkan dan buat biasa-biasa, dah nama pun manusia biasa. hahaha dah mcm pantun 4 kerat dah.

Bila dah bos mintak maaf tu, mood yang nak serabut dan muntah tadi terus ceria, seceria bunga matahari kembang disiang hari dibawah teriknya matahari. Gegirl pun mengutip kuaci dari satu bunga ke satu bunga untuk santapan dikala stress. Umpama kais pagi makan petang kais petang makan malam.

Gegirl rasa entry nih mencarut entah apa-apa. Nampak sangat gegirl takde idea.

Gegirl gegirl sangat...girlishh pulak aku!!
-____-


Tengok sikit muka kena marah dengan bos tadi! Cun nya macam anjalina jolie berlaki brad pitt. Bahahaha


P/S: mood mencari sesuatu yang hilang



5 comments:

  1. Kite selalu je kena cmni. Sadis je rasa tetiba kena marah. Explain pnjg2, "Oh ok" je yg kite dpt. Sabarrrr je laaaa. Hahah.

    ReplyDelete
  2. bertuahlah dpt bos yang camtuh. bila tau dia salah dia say sorry.
    ade sesetengah bos tuh nak dia jer betol. walaupon terang2 dia salah. huh~

    ReplyDelete
  3. amboi chery, kena marah terus selfie mulut muncung. hehe.

    ReplyDelete
  4. blurrr kejap klu tetiba kena marah... hihi

    ReplyDelete
  5. Erkk...bos tak melenting?? Best best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...