Wednesday, November 4, 2015

Hikayat Si Gadis Labuci -epsod 7

"Lima ribu? Mana kau nak cari duit banyak tu, zoey? Melampau lah, mintak kurang! Mintak kurang!" Iza merenung wajah ayu Lyn zauyah yang kelihatan gelisah.

     Lyn zauyah meletakkan cawan air Teh di atas dulang. Kelihatan Teh di dalam cawan masih belum terusik menandakan masih belum diteguk zoey. Zoey mencapai ranting kayu yang digunakan untuk melakar '5k' pada tanah di belakang rumah Iza. Lalu diconteng contengnya angka tersebut. Zoey memandang Iza dan mengukirkan senyuman. Setiap Kali datang ke rumah Iza, dia mesti menghidangkĂ n minuman sambil bersantai di pangkin belakang rumah. Kata Iza senang untuk mereka berdua berbual-bual.

     "Aku fikir nak terima tawaran budak bandar tu!" Zoey memandang riaksi Iza sekilas lalu memandang jauh sawah padi dihadapannya. Sangat lapang dan mendamaikan. Malangnya hatinya kini sedang walang memikirkan ugutan Nazim terhadapnya.

     "Kau dah fikir habis ke zoey? Kita tak tahu pun tau niat sebenar budak bandar tu? Entah-entah dia ada niat tak baik dekat kau?" Rungut Iza dengan nada tidak puas Hati.

     "Alah Iza, aku cuma perlu berlakon untuk jadi girlfriend dia seminggu ja! Tak susah pun kan?"

     "Kalau dia Ada niat tak Baik macam mana?" Iza menjongket keningnya.

     "Aku lari lah! Kalau dia cuba-cuba buat benda tak baik pada aku, aku cepat-cepat undur diri, dan pergi balai polis buat laporan. Amacam??" Zoey menjongketkan kening membalas Iza.

     "Kau ni berani sangat lah zoey!" Iza mencapai biskut kering lalu dicelop dengan air Teh. Zoey telan air liur, sedap jugak makan sambil Santai petang-petang macam ni.

     "Kita Boleh share bayar kan, zoey? Lagipun aku pun conteng kereta dia jugak!"

     "Aku tak nak susahkan kau, Iza. Aku punya idea kan conteng kereta dia hari tu. Walaupun kongsi, dua ribu setengah tu tetap banyak. Mana aku nak korek duit. Kau lain lah, boleh mintak dekat abang kau, aku ni?" Zoey mengeluh mengenangkan dia adalah Anak sulung Deraman dan Zakiah. Bahkan keluarganya bukan orang berada. Rezeki sekadar cukup dan selesa.

     "Okey tapi dengan syarat? Aku nak tahu segala perkembangan modus operandi kau nih, dan aku nak Bantu kau, maksudnya aku ini merupakan ahli modus operandi kau tu". Iza menunjukkan ketegasannya.

     "Alahai kau ni main modus-modus pulak! Okey, aku setuju!!" Zoey menghulurkan tangan dan dua sekawan itu berjabat tangan tanda kerjasama.


To be continued........

Related Link:

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...