Gym, mummy ni bukan apa, mummy Cuma nak
tengok Gym macam orang lain. Bahagia, ada pasangan sendiri, hidup terurus, ada
anak-anak yang comel, ada keluarga yang mummy boleh banggakan.” Ujar Puan
Kalsom saat minum petang bersama Nazim Hakimi.
“
Mummy, bukannya Gym tak nak tapi belum masanya lagi. Belum ada yang sesuai
dengan jiwa Gym ni. Lagipun soal jodoh ni urusan tuhan kan?” Rungut Nazim
Hakimi sambil menguis-nguis kuih seri muka yang terhidang. Kuih seri muka pun
boleh hilang serinya kalau dikuis hingga hancur begitu.
“
Kamu tu cerewet sangat! Memanglah jodoh tu urusan tuhan tapi kita sebagai
manusia kenalah berusaha dan lepas tu
tawakal!! Nak kata tak ada calon, ramai aje mummy tengok perempuan kamu usung
sana, usung sini. Takkanlah, satu pun kamu tak berkenan?” Kata Puan Kalsom lagi
seakan membebel.
“
Alah mummy ni, selama ni Gym single lah sebab nak focus dengan study. Perempuan-perempuan
semua tu kawan-kawan Gym aje. Sekarang, Gym dah Grad, baru aje mula bekerja
dengan Abah. So, bagilah Gym enjoy Life dulu. Lepas ni, Gym carilah menantu
untuk Mummy, okey?” Nazim cuba menyakinkan mummynya.
Puan
Kalsom hanya mampu mengelengkan kepala melihat anak tunggalnya itu. Nak kata
anaknya itu buruk, tidak pulak. Sejuk aje mata yang memandang. Puan Kalsom agak
hairan, tidak sekalipun dia mendengar Nazim mempunyai teman wanita. Kawan
perempuan ramailah!
“
Entah-entah kamu ni….ke?” Kata Puan Kalsom sambil membengkokkan jari
telunjuknya.
“
Eh! Mummy ni, Gym ni waras lagilah. Kalau setakat teman wanita anytime lah
boleh dapat Cuma Gym malas aje mummy”.
“
Kalau macam tu, buktikan! Mummy nak sebelum mummy berangkat ke Indonesia bulan
depan, Gym kenalkan teman wanita Gym tu pada Mummy,” Tegas Puan Kalsom.
“
Kalau tak?” Gym sengaja menduga Mummynya.
“
Kalau tak, Mummy akan melamar anak Tante Fina kamu yang belajar dekat US tu.
Noktah!”
“
Clasrissa?”
“
Ya, Risa. Dia cantik, baik, berpendidikan. Sangat sesuai dengan kamu.” Ucap
Puan Kalsom sambil tersenyum.
“
She is not my taste la, Mummy!
Pakaiannya tu daif sangat, tak cukup kain aje!”
“
Manusia boleh berubah. Gym ubah lah dia! Dah kahwin nanti bentuk dia jadi
perempuan Muslimah. Banyak pahalanya tau? Ingat, kamu ada sampai bulan depan
untuk bawak calon jumpa Mummy”, Ugut
Puan Kalsom sambil tersenyum.
Nazim
Hakimi hanya membatukan diri. Entah apa yang merasuk ibunya sehinggakan
mendesak dirinya mencari calon isteri. Mana nak ceduk calon isteri dalam waktu
yang singkat macam ni? Memang benar dia mempunyai ramai kawan perempuan tetapi
kebanyakkannya mereka belum sesuai dibuat isteri. Kalau setakat dibuat stock
pelakon boleh kot. Hah! Kenapa aku tak terfiki tadi. Teman wanita pura-pura!
Yeah, aku memang genius, Nazim Hakimi!! Hahahaha”
***************
Seminggu berlalu namum Nazim masih single ,
tanpa kekasih, tanpa calon isteri. Sejujurnya, dia tidak berniat pun untuk
mencari teman wanita, calon isteri apatah lagi. Cuma yang dia harapkan pada
ketika ini adalah keajaiban. Keajaiban yang akan memudahkan ‘tugasan’ yang
diberikan mummynya minggu lepas. Dalam masa 2 minggu lagi mummy akan berangkat
ke Indonesia kerana mengikuti Abah menetap di sana. Terdetik di hati Nazim
untuk mengikat mana-mana kawan perempuannya untuk dijadikan “kekasih kontrak”
sementara mummy masih berada di Malaysia. Sekurang-kurangnya dia dapat
melepaskan diri buat sementara waktu.
Petang
itu, Nazim menghabiskan masa mencari idea untuk menghindarkan diri daripada ‘tugasan’
mummynya yang berbaur ugutan itu. Sedang dia berlari-lari menaiki tangga sambil
mencuci mata di hadapan shopping mall, tiba-tiba dia dilanggar seorang
perempuan. Pelanggaran itu menyebabkan Nazim tidak dapat mengimbangi badannya
lalu tergolek jatuh dan tertiarap di anak tangga terakhir. Perempuan yang
melanggarnya tanpa sengaja tadi tercenggang dengan kejadian yang tidak terduga
itu.
“
Aduh! Awak ni jalan tak pakai mata ke?” Nazim berusaha bangun sendiri walaupun
terasa sakit pada badan dan bahagian bibirnya. Agak memalukan jatuh di hadapan
khalayak ramai.
“
Maaf encik, saya tak perasan. Tadi saya terburu-buru nak….” Kata –kata Lyn
Zauyah tergantung saat matanya melihat cecair yang kelihatan dibibir Nazim
Hakimi.
“
Darahlah!” Getus hati kecil Zoey
“
Nak apa? Nak cederakan orang?” Seraya itu Nazim Ketawa. Lucu pulak melihat
gadis yang terkulat-kulat dihadapannya.
“
Zoey memandang sayu mata Nazim yang tajam memandangnya. “ Bibir awak!” Ucap
Zoey perlahan.
“
Apa? Awak nak bibir saya?”
“
Erkk, tak! Bibir awak tu berdarah!” Ujar Zoey serba salah.
“
Apa?” Nazim menyentuh bibirnya dan kelihatan cecair merah melekat pada
jari-jarinya.
“
Aduh! Gigi saya!” Jerit Nazim perlahan.
“
Awak, awak ok ke?” Soal Zoey bimbang.
“
Ok? Ok apa kalau berdarah macam ni? Awak kena bayar semua ni!” Nazim berlalu
sambil menekup mulutnya yang penuh dengan darah. Rasanya gigi kekal hadapannya
patah. Alahai, rongoklah dia gamaknya.
No comments:
Post a Comment