Nuffnang ads

Friday, January 18, 2013

Hikayat si gadis labuci - epsod 4


Zoey berlari kecil mendapakan teman baiknya di beranda rumah.
“ Hoi!!” zoey menyergah Iza dihadapannya.

“ Oh, mak kau!” zoey mengekek ketawakan tabiat temannya yang satu ini. Mudah sangat melatah tapi melatah tahap biasa.

“ Kau apa hal? Pagi-pagi dah menempek kat rumah aku? Biasanya petang bawu kau keluar dari sarang.” Zoey merampas majalah dara.com dari tangan Iza

“ Kau ni kacau daun betoi lah.” Iza merungut kerana Zoey mengganggu bacaannya.

“ Aku tanya kau kan? Aku tak rasa kau datang nak baca majalah ni?”

“ Yelah, aku ada berita buruk ni.”

“ Buruk? Buruk sangat ke?” zoey bertanya serius.

“ Yup, dan….. mati lah kau?”

“ Eh, apahal ni?”

“ Kau ingat tak apa yang kau buat minggu lepas kat depan warung pak seman?”

“ Warung pak seman!” zoey menyentuh dagu runcingnya, cuba mengingati sesuatu.

“ Alah, tak payah nak take time. Kau conteng kereta orang kan? Dan kereta yang kau conteng tu kereta budak Bandar!”

“ so?” Zoey mengangkat bahu.

“ So, habislah kau! Budak Bandar tu kawan abang Adli.”

“ so?”

“ Abang Adli tu admirer aku kan?”

“ so?” Zoey turutvmengerutkan dahinya

“ Kau ni, so..so..so aje napa?”

“ Tak, sekarang apa yang kau cuba nak cerita ni, aku tak paham?  Conteng kereta, matilah aku, budak Bandar, abang Adli, admirer kau, apa kaitan semua tu?”

“ Eh, aku tak cakap lagi yeh? Hehe..sorry. Budak tu tengah cari kau sekarang?”

“ Cari aku kenapa? Mana dia kenal aku?”

“ Labuci, dia tengah cari budak perempuan jahit labuci kat kampong ni”

“ Owh, dia nak jahit labuci yah?” Zoey tersenyum tidak mengerti.

“  Pala hotak kau! 1 paket labuci kau jatuh berhampiran kereta masa kau conteng kereta dia hari  tu.”

“ Apa?” Zoey menjerit kecil

“ Dan dia syak kau, sebab dia Nampak kau berhampiran kereta dia, tapi dia tak kenal kau”

“ Wait? Wait? Pembetulan, bukan aku aje okey, kita..kita yang conteng kereta dia. Kan? Kau jangan nak lepas tangan yeh, aku tambat kau kat pokok kelapa biar dimakan kerengga mau?” Iza tersengih sementara Zoey menjeling. Dia memandang keluar rumah. Apa lah nasib, kalau budak Bandar tu dapat cari aku? Desisi hati kecilnya.

-Bersambung-




4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...