Friday, November 27, 2015

Stock Clearance (28 - 29 November 2015)

Kethong kethong kethong!!
(Bunyi tin biskut kena ketok)

Apa buruk benor bunyi tin?haha
Perhatian semua warga shah alam,
Perhatian jugak warga Selangor
Niihh, Kita nak habaq benda penting nih. Tudia keluaq Kedah plak haha

Seandainya Korang semua takdak mende lah nak buat weekend nih, meh sini meh, Kita pakat pi serbu jualan gudang Kat glenmarie nuh. Summit co (M) S/B. No.12a, jalan perunding u1/17


Alah tempat itu hari jugak, sini dan sini.
Kali ni aku kena turun join sales. Takde dalam sejarah lagi sari yanti turun Padang nih kahkahkah (sari lah sangat!)

Hakikatnya terpacak ja macam patung lilin yang mempunyai wajah jelita persis anjalina Jolie Bini Brad PitPit dicelah celah product yang yakin dan suci ;D
(Dah-dah lah perasan tuh!)


Hari ni dah turun Padang pun, display semua barang2 yang nak jual esok. Penat tak usah cakap lah. Cam nak patah lutut guwe. Dah lah angkat brg satu per satu. Trolly just satu ja berebut nak guna.
Tak lama lagi naik muscle lah lengan guwe (eh, dah berguwe guwe pulak) kihkih -..-

Harga sangat murah, dan mesra pengguna.
syurah skincare & bodycare buy 2 RM6. 
Shower cream buy 2 RM10.
Shurah qaira buy 5 RM10
Tracia body spray, perfume,forum for men dan banyak lagi. Rajin pulak aku nak taip satu-satu? Tak koser lah...nak rembat semua tu meh datang jualan gudang esok
Leh jumpa cheery siparang kontot kihkih


Nilah wajah 2 kerat, memerah Keringat di waktu yang hangat.


Aku akhiri entry malam ini dengan pantun kerat 2 khas untuk team aku hari ni

 "Hari dah petang ketik dah basah, 
Jomlah Kita blah, aku tak koser dah."
^__^

Hoiii...pantun tak kena!!! Kahkahkah



5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...