Thursday, November 29, 2012

My wife is driver- episod 8


Bunyi bising orang membebel di luar langsung tidak dihiraukan Shark. Kepalanya yang sakit dan berdenyut lebih perlu diberi perhatian. Badannya rasa sejuk dan tidak bermaya.
Bibirnya rasa kering dan pucat. Dia rasa, dia demam. Mak Jah pulak tidak masuk ke biliknya langsung. Sekurang-kurangnya boleh dia mintak tolong sampaikan pesan pada Tuan Amar bahawa dia MC hari ni.

Suara Orang membebel semakin dekat rasanya. Serentak itu, ketukan bertalu dan kasar mengegarkan pintu bilik Shark. Ah! Sudah, angin puting beliung dah melanda rumah banglo seri hartamas ni. Nasib kau lah Tuan, aku tak ada energy nak layan pe’el kau. Kau terjah aje lah bila aku ni. Shark memejamkan matanya rapat. Redha dengan maki hamun yang akan dia terima sebentar nanti. 

Serentak itu, berdesing bunyi pintu diterjah kasar. Shark sedikit terkejut tapi masih diposisi baring. Dia ni nak jahanamkan pintu bilik aku ni ke?

“ Hoi! Kau tidur lagi tomboy? Aku dah lewat ni, bodoh!” Amar menengking  kasar tanpa mengetahui keadaan sebenar. Shark masih tidak berganjak. Dia rasa bibir turut berat seperti kepalanya, susah nak mengeluarkan kata-kata.

“ Kau ni dah kenapa? Aku cakap kau buat bodoh aje, dah besar kepala nampak? Ni selimut satu badan napa?” Amar menghampiri katil dan merentap kasar comforter yang menutup seluruh badan Shark.

Shark menoleh perlahan memandang sayu wajah Amar. “ Saya….saya tak larat tuan!” tersekat-sekat Shark bersuara perlahan. Antara dengar dan tidak, Amar meletakkan belakang tapak tangannya didahi Shark.

“ Ya Allah! Kau demam ke tomboi? Apasal kau tak cakap aku? sejak bila kau demam ni? Semalam okey aje?” Amar menyoal kalut. Jelas kerisauan diwajahnya.

“ Gulp!” Shark menelan air liur. Perit rasanya. Nak ucap 4 perkataan pun sampai kering tekaknya, ini kan pulak nak menjawab soalan Tuannya yang panjang lebar tu. Aku nak kena jawab juga ke? Tak larat lah!

“ Tak pe..tak pe..kau bangun, kita pergi klinik.” Amar cuba ingin mencepung Shark.

“ Tak nak lah!” Shark menolak lengan Amar yang gagah.

“ Loo..Napa? Kau demam kena pergi klinik!” Amar memujuk lembut.

“ Tak nak! Nanti okey lah tu.” Shark berkeras. Aku tak nak pergi klinik lah! Tak paham bahasa ke?

“ Dah, kau jangan nak degil, jom cepat!” Amar menarik tangan Shark cuba untuk membangunkannya.

“ Tak nak!!! Terajang taw lah!” Shark menolak tubuh Amar dan merebahkan badan dikatil semula. Dia tidak bermaya.

“ Ewah…tak padan dengan sakit! Larat ke nak terajang aku?” Amar bercekak pinggang. Susah betul nak urus tomboy yang takut klinik ni.

“ Kau tunggu kejab, aku cari Mak Jah!” Amar menapak keluar dari bilik. Shark menjeling. Nak cari Mak Jah buat apa? Tak kan nak culik aku bawak pergi klinik kot.

Beberapa minit kemudian, Amar masuk ke bilik membawa besen kecil dan tuala kecil. Di basahkan tuala kecil itu dengan air dari besen dan dituamkan didahi Shark. Shark memejam mata seketika. Dingin dari tuala itu meresap masuk ke badannya. Rasa lega sikit berat kepalanya saat itu. Muka pucatnya turut dilap Amar. Dari muka hingga ke leher, lengan dan dada. Tak cukup dengan itu, diselaknya sedikit baju Shark untuk menyegarkan kulit perut pulak. Shark tidak kisah lagi batas-batas antara mereka. Lagipun Tuan Amar suaminya yang sah. Shark rasa nyaman dan sedikit lendir-lendir. Air apa dia pakai ni?

“ Tuan, napa ada lendir?” Shark meyentuh rambut yang ada kesan lendir.

“ Tu lendir bunga raya. Mak Jah kata lendir bunga ni bagus untuk turunkan suhu badan.”

“ Owh!” Shark menguis sedikit lendir dari rambut dan disapu dibibir keringnya.

“ Hoi, kau buat apa tu?” Amar menyoal pelik.

“ Bibir panas!” Jawab Shark simple.

“ Aduh!! Kau ni macam-macam lah!”

“ Dah lah!” Shark bersuara perlahan.

“ Eh, belum ni, peha belum lap ni?”

“ Tak yah lah, baik saya mandi aje!”

“ Eh, mana boleh mandi, nanti silap air susah!”

“ Pergi lah keje?”

“ Kau kan demam? Aku nak pergi keje macam mana?”

Shark mengeluh. Call teksi aje lah apa susah? Sejak bila pulak driver macam aku ni jadi orang penting dalam kerjaya dia ni? Tak ada aku tak boleh pergi kerja. Urmm…ajaib tu.

“ Kau angkat punggung sikit, aku nak tanggalkan seluar ni.” Suruh Amar selamba.

“ Tak nak lah, apa ni? Tak yah!” Shark merengek geram.

“ Aku nak lap ni!”

“ Tak yah lah, nanti sejuk.”

“ Sejuk ke? Nak aku peluk?” Amar sengih nakal.

“ Gatal!” Shark menjeling tajam. Aku sakit-sakit macam ni pun ada hati nak cari pasal lagi.

“ Tak apa lah, rest yeh? Aku turun kejab.” Amar menyelimutkan tubuh Shark hingga ke paras dada. Seulas senyuman sebelum keluar dari bilik itu. Shark terkesima dengan senyuman itu. Handsomenya!

Bahagia rasanya apabila dilayan seperti perempuan. Aku kan perempuan! Imej aje macam tomboy tapi aku tetap perempuan. Aku punya naluri perempuan! Aku ingin mencintai dan dicintai. Tapi perancangan Tuhan, aku punya suami tanpa bermula dengan cinta. Ada apa dengan cinta? Sekarang, aku dapat rasa cinta itu hadir memenuhi segenap jiwa dan raga. Aku rasa tenteram dan selamat. Aku rasa, aku punya suami dalam erti kata yang sebenar. Bukan suami tangkap muat, bukan suami atas kertas tapi suami sebenar, imam dunia dan akhirat. Tapi, dia cinta aku tak? Mungkin tak. Dia baik dengan aku sebab aku driver dia aje! Shark sebak, dipekupnya muka dengan comforter.

“ Assalammualaikum!” Amar muncul dimuka pintu sambil membawa dulang.

Shark tersenyum kelat. Salam disambut di dalam hati. Islam rupanya! Baru sekarang terdengar ucapan salam keluar dari bibir Tuan Amar untuknya. Kalau tak jangan harap, biasanya maki hamun yang dia dapat.

“ Bubur?” Shark menjenguk isi dalam mangkuk putih.

“ Yup, makan sikit okey, lepas tu makan ubat!” Amar meniup isi bubur sebelum menyuap Shark.

“ Urmm…!” Shark menekup mulutnya. Rasa tawar bubur itu.

“ Kenapa? Panas?” Amar lap sisa bubur ditepi bibir Shark dengan tangannya. Shark memegang kemas lengan Amar. Mereka saling berpandangan. Satu perasaan asing timbul dalam hati masing-masing.



Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu menyata kau cintaku
Ku kan berjanji menyintamu sayang…..

Jantung Shark bergelora, perasaanya berbunga-bunga dan fikirannya menyanyikan lagu ‘cinta antara kita’ nyanyian Duta dan Baizura Kahar.

“ Hey! Kau apa hal pandang aku macam tu? Jatuh cinta yah?” Amar mengusik.

“ Mana ada! Tak nak makan, tak sedap!” Shark tersedar dari fantasi, dan menolak perlahan mangkuk bubur ditangan  Amar.

Nasib baik dia tak nampak apa yang aku fikirkan. Malunya kalau dia tahu!

“ Laa…sikit sangat kau makan ni, tak luak pun. Tak baik membazir!”

“ Takut membazir, Tuan lah makan!” Shark merebahkan badannya semula dan menarik selimut. Mata dipejam. Sambung berangan.

Amar meletakkan bubur di atas dulang. Shark yang sudah memejamkan mata direnung sepi. Ego betul!





Related link:

9 comments:

  1. besh besh makin rancak disitu dah citer nieee keep it up cheery

    ReplyDelete
  2. bestla citer ni..watak2 puyn menarik

    ReplyDelete
  3. waaaa.... da abess..??? bla na bwat sambungan yng sterusnyea lak...?? bestt... ^_^

    ReplyDelete
  4. bla episod yang sterusnyea na dtang niyhh..??? huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ek ariff,coming soon..hehe buzy lately

      Delete
    2. hehehe... da bca smpai abes dahhh... ^_^ best crita niyhh... sbenarnyea sya ni ta pnah bca crita cam niyhh... ska lagi lyan komik... sja terbaca.... best la plak... layannn... ^_^

      Delete
    3. yeker ariff.?cheery pun suka layan komik gak tapi love komik la..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...