Monday, July 16, 2012

Suspect yang terlibat....


Hari ni aku ada sikit time, so aku pikir nak sambung citer pasal Kornea Ulser yang minggu lepas tu. 
Okey, aku sambung kepada suspect yang terlibat dalam menjangkiti kita punya kornea, mikroorganisma seperti bacteria,virus,kulat (fungus) dan juga parasit.
Kajian terhadap jangkitan bakteria kepada kornea menunjukkan majoritinya disebabkan oleh kuman Pseudomonas aeruginosa, Staphylococcus aureus, spesies Streptococcus dan spesies Bacillus. Kuman-Kuman ni memang pemes. Kuman yg beranak pinak dalam aku punya mata aku xtahu sebab aku xde plak tanya Doctor. Tengok gambar kuman tu pun aku dah takut, so xkuasa aku nak kenal kuman-kuman tu. Nak post pix tu kat sini pun aku xsanggup jugak koz aku rasa mesti xde yang sanggup nak tengok....wah!semua tak sanggup.
Ooya..urmm,menurut Dr. Kursiah,doctor yang rawat aku dulu,kuman yg hidup pada jari atau bahagian kulit lain juga boleh menjangkiti mata. Contoh kuman yg manghasilkan panau,kuman ni boleh dipindahkan ke mata melalui sentuhan. Tangan mesti bersih sebelum menyentuh bahagian mata.  Dan agar sukar untuk merawat kuman ni,perlu tempoh masa yang lagi panjang.
Lain-lain jangkitan bakteria dari spesies seperti Neisseria, Listeria, dan Klebsiella juga boleh berlaku.
Penyakit herpes juga boleh menyebabkan jangkitan kepada kornea sama ada dari virus jenis Herpes simplex atau Herpes zoster.
Jangkitan herpes boleh melibatkan bahagian mata putih (konjunktiva) dan juga bahagian kulit di sekitar mata.
Jangkitan kulat pula sangat bahaya dan boleh menyebabkan komplikasi yang sangat teruk kepada mata pesakit. Macam yang terjadi pada aku...
Jangkitan kulat kepada kornea biasanya berlaku berikutan kecederaan sewaktu bekerja seperti luka tertusuk duri kelapa sawit, terpercik getah cair atau cuka getah, duri buah salak, habuk kayu dan sebagainya. 
Jangkitan ini cepat merebak dan menjadi teruk dalam sekelip mata dengan pemakaian ubat titis jenis steroid yang boleh dibeli tanpa nasihat doktor.
Contoh kulat yang sering menjangkiti kornea adalah seperti spesies Fusarium, spesies Aspergillus dan spesies Candida.
Bagi kuman jenis protozoa pula, kuman Acanthamoeba didapati hidup berleluasa di udara, tanah, air kolam renang, kolam air panas atau tasik air tawar.

Jangan tak taw,pemakai kanta lekap yang sering menggunakan air paip atau air suling adalah berisiko mendapat jangkitan kuman Acanthamoeba ini.
Lagi-lagi sambung......
p/s: Time dah habis...sambung keje...

2 comments:

  1. ape ni byk sangat pesal kuman2 ni.. korn tau ade sorg blogger tu nama kumanduka.. agak2 merbahay tak kuman macam tu?

    ReplyDelete
  2. dunia milik kuman jgk bkn ko sowang.taw?

    urmm..pada firasat aku xbhya sbb kuman tu xkaco manusia,dia susah hati dia berduka sendri...kihkih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...