Pergi ke link OOPET
Sebenarnya banyak tempat menarik yang ada di Kedah. Tapi
walaupun aku orang kedah,banyak lagi tempat menarik yang aku belum lawat.
Contohnya langkawi. Hehe..
Kat sini aku hanya boleh ceritakan tempat-tempat yang aku
pernah pegi. Tempat menarik yang aku tak pernah pergi,aku tak nak cerita ok?..Tapi contest ni mintak 3 jer,xpe aku kasi 4...free 1..
Pantai merdeka
Tempat ni sesuai kepada mereka yang suka berjemur dan mandi
air garam. Yelah,air laut kan
masin. Banyak aktiviti terdapat kat pantai ni. Aku nak cerita pun rasanya semua
dah sedia maklum aktiviti apa yang wajib ada kat pantai kan ? So,tak yah cerita lah.
Gunung Jerai
Tempat ni pun aku suka. Sangat suka sebab tempat ni menjadi
saksi cinta yang tak kesampaian. Huhu…Apa yang aku suka kat tempat ni adalah
deruan air terjunnya tu. Sangat mengasyikkan. Persekitarannya juga nyaman
dengan keindahan bunga-bunganya. Naik la ke puncak gunang jerai, destinasi
peranginan terkenal di Kedah.
Puncak Janing
Tempat ni siyes sangat-sangat best. Tempat ini memang agak
terperosok. Dikawasan pedalaman sikit. Kat Kuala Nerang. Tapi kalau nak tahu
tempat ini menjadi pusat tumpuan ramai. Ramai keluarga yang berkelah dikawasan
ini. Tempat ini memang tidak sesuai untuk berdating sebab selalu sesak dengan
orang ramai. Ahaha..
Bukit Perak
Tempat ini kurang yang tahu. Tempat ini berada dikawasan
kaki bukit. Kalau nak pergi kena menyusuri bendang-bendang dan hutan-hutan
getah. Tapi sekarang jalannya dah dibaik pulih walaupun sedikit sempit. Bukit
ni dah jadi kawasan yang dipelihara hutannya. Jangan sesuka hati nak buang
sampah atau berburu kat sini. Sila lah kalau nak kena denda. Tempat ni juga dah
menjadi tumpuan ramai termasuk lah family dan couple-couple.
Banyak tempat yang aku perkenalkan adalah tempat yang ada
Air Terjun. Kenapa ek? Sebab aku suka mandi air terjun…hahaha..(gelak besar).
Aku shoot 3 link
alamak. korn nak tg awak. tp awk dah joinlak
ReplyDeletehehe..lambat la korn
ReplyDeletetengkiu for join ya. btw, esok 31/7/12 pemenang ga akan diumumkan. sila alert ya!
ReplyDelete