Tuesday, July 3, 2012

Situasi : Sikap Lelaki yang buat Perempuan Tak suka!


Nia resah memandang jam yang sedang berdetik ditangan, lebih kurang 5 minit lagi pukul 3 petang. ‘Ahh..habis lah aku’.  Nia  perlu bertindak pantas sebelum jarum jam ini bergerak ke angka 3.30 petang. Apa yang patut dia buat untuk menghilangkan kebimbangan dan ketidakselesaan  yang bermaharajalela dibenaknya ini. Dengan pantas jari jemari Nia mendail nombor telefon liza.  Dia yakin liza ja yang boleh tolong dia.

‘Liza!!aku keluar ngan abang chik skrang nie..aku nak minta tolong ang sikit’.

‘ Oo..ya ka,..ang keluar dengan dia sorang ka??’

‘ A’ak..aku keluar dengan dia sorang ja’.

‘Wui…ang nie boleh tahan gak berani nah.. ang nak aku tolong apa??’

‘ Aku nak ang tolong kol aku tepat kul 5 nanti…K jangan lupa tau tepat kul 5 tau’.

‘ Ya lah…tapi kenapa?? Bagitau lah kat aku, jgn biar aku risau macam nie. Ang ada masalah ka??’

‘ A’ak..Aku risau nie. Aku tak percaya kat abang chik..dia lepas laku. Aku benci dia, aku nak lari ,aku tak sanggup lagi dah’.

‘Aku sekarang nie kat Cityplaza..abang chik tinggal aku kat sini jab, ada hal katanya. Lepas nie kami nak keluar makan. So, aku nak ang kol aku kononnya tok chik aku sakit k’.

‘Ok..ok tapi dia buat apa kat ang? Aku tak paham’.

‘Nanti aku citer..sekarang nie ang just tolong aku lepaskan diri dulu k..tolong aku liza, hanya ang ja yang bleh tolong aku skrang nie..aku takut dengan ulat bulu tu. Aku benci dia’.


‘ Cek kat mana? Abang dah sampai, abang tunggu kat tempat tadi k..cepat sikit”.

Huh….dah sampai masa nya..dengan berani Nia melangkah tenang menuju ke kereta proton saga yang terbaring di bahu jalan berhadapan komplek beli-belah utama dalam bandar Alor Star itu. Di dalam kereta Nia gelabah sendirian..dia merasa kekok memulakan bicara. Lidahnya kelu dari berkata-kata. Sememangnya dia amat takut dan gerun dalam situasi sekarang. Tangan ulat bulu cuba memainkan peranannya. Ulut bulu cuba menyebarkan bisanya. Dari telapak tangan bergerak ke lengan menyular ke paha dan cuba mengesot ke bahagian yang sensitive. ..auwch…my god. Aaa!!!!!!!! 

‘ Abang tak nak!’.

‘ Apsal lak tak nak? Tengok tu..abang nak pegang tangan pun tepis sampai macam nie..emm..napa nie sayang?.

‘ Abang cek tak nak tau..cek tak suka lah klu macam nie, abang please jangan macam nie’.

‘ Lama tak jumpa cek, abang rindu..cek tak rindu kat abang ka? Emm..Sayang abang sikit’

‘Tak nak, abang cek tak suka tau paksa-paksa cam nie’

‘ Mana ada abang paksa-paksa, klu abang paksa, abang rentap baju cek tau..nak abang buat cam tu?’

‘Mai lah duduk kat abang nie…napa nie emm..muka abang pun tak sudi nak tengok’

‘ Abang please, cek tak suka’..ish2..miang nyer jantan nie..

‘Ok find..teman abang g makan k, abang lapar dari tadi abang tak makan lagi’
‘Nak makan kat mana ah?’

 Gambar hiasan 

Nia kemudiannya bersuara dan mencadangkan agar mereka makan di sebuah restoran yang popular dengan nasi ayamnya yang sedap. Sekurang-kurangnya ulat bulu tidak membawa dia pergi jauh ke tempat asing baginya. Dia akan selamat selagi berada dalam negeri sendiri. Dalam hati dia berdoa supaya hari ini berlalu dengan cepat dan dia selamat pulang ke rumah. Sesungguhnya dia tak sanggup lagi terus menghadapi dan berada disamping lelaki ulat bulu yang semakin menggatal. Tak lama kemudian Phone Nia berdering.


‘ Hello…mak. Napa nie? Hah..tok chik masuk hospital..Ya Allah..ok..ok cek balik sekarang k’

‘Abang jom hantar cek balik?’

‘Sayang abang dulu, klu tak abang tak nak hantar balik. Ikut abang g perils k’.

‘Abang tak nak..cek nak balik tau. Tok chik masuk hospital tau. Mak suruh balik sekarang’
‘abang plz,nak balik’


 “ Bencinya aku liza, aku benci dia, aku benci lelaki ulat bulu tu. Benci! Benci!” Nia menekup wajah dengan tangannya. Kecewa yang teramat sangat dengan sikap lepas laku lelaki itu. Lelaki itu telah mendapat tempat dihatinya, tetapi belang lelaki itu telah kelihatan. Dia amat benci dengan situasi begitu. Dia benci dengan sikap lelaki ulat bulu itu tadi. Dia bertekad tidak akan berjumpa lagi dengan lelaki keji itu.
“ Sabar lah Nia, nak buat cam na bukan ang rela dia buat macam tu kat ang. At least ang dah tau perangai dia yang sebenar kan? Lepas nie jangan percaya kat dia lagi k”.


            Kini Nia tahu, sebenarnya hidup ini tak pernah aman bahkan takkan selamat pun. Dia benci lelaki ulut bulu tu..benci.. benci.. benci...

2 comments:

  1. Errrr... lain macam miang nyeee... macam kurang kaseh sayang je laki tu... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu xpe..ko korn dah besar esok2x (kecik lg ke?) jgn jd cm lelaki ni taw..ko cm tu,aku sekeh pala ko..heeee

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...