Sunday, August 2, 2015

Cerita Raya ketiga (Rumah Mak tiri)

Aku sejak tiga Hari nih, pukul 2,3 pagi dah terjaga Dari tidoq. Ingat stok mak-mak ke pagi-pagi buta bangun bancuh susu Anak,tukar pampers anak, dodoi laki meracau...eh??hahahaha ^____^

Aku pun tak pelik sangat Napa time tido aku jadi macam tu. Abih, kalo dah petang KO tido, sambung ngan malam , mana KO tak bangun pagi buta? 

Pinggang pun sakit sebab tido sangat. Apa nak jadi lah hai ngan sari yanti nih..hahaha

Okey, Jom sambung Raya pulak. Tajuk macam Ada Mak tiri hahahaha. Actually bekas Mak tiri. Ayah aku dah berpisah dengan isteri pertama atas faktor yang aku tak taw. Tak dak keja pulak nak selidik. Kisah orang tua biarlah menjadi rahsia Antara mereka. 

Lama jugak ayah aku duda sebelum kawen dengan Mak aku.
Mula-mula aku ingat Mak aku nih perampas suami orang. Aku mcm..."biar betul, tak kan lah? Cian nya Mak tom!!" Nak sayang Mak tom kuat-kuat  *nangis T___T

Ang dah kenapa, sampai nak beralih kasih sayang pulak nih? Nih tak lain tak bukan atas faktor tak matang. Sikit2 nak Cari Mak baru, Mak marah sikit, nak lari dok ngan Mak tom. Mak garang sikit, nak lari peluk Mak tom...tu ja modai aku kalo mak aku marah..budak sangat INI budak!!!!

Aku kalo selfie, Ada ja yang nak mencelah. Nak feel2 retis pun tak leh lah.

Ayah aku Ada 2 orang Anak pom dengan isteri pertama. Yang free hair tu Anak bongsu skali dan masih belum berkahwin. Cantikkan kakak aku? Muka nak sama dengan kakak sulung aku, yang tudung hitam tu.Diowang 2 orang nih, dulu owang sekeliling ingat kembar sebab seiras sangat. Dua2 Ada taik lalat Kat hujung kening. 

Yang pegi rumah Mak tiri, ayah and kami 4 beradik ja. Kakak yg no 2 tak dpt ikut sebab laki dia letih sangat, nak tido. Mak aku pun tak ikut sebab kawan dia datang beraya.

Dalam gambar Ada empat orang pom kan, yang Baju pink tu gadis lagi, harap maklum! Hahahaha..Anak sulung ayah aku, yang tengah tu, kak chah. Makcik yang duduk tu jiran. Dia kenai dengan ayah aku, tu sebab dia duduk sembang. Gambar Mak tom tak dapat snap sebab dia tak nak, aku snap ja dia lari..Mak tom aku nih pemalu..aku Ada gak curi curi snap tapi blurr, macam nervous pulak nak snap pic Mak tiri kan..Hehehe

 Baju puteh tu suami kak chah. Budak tough Baju belang-belang hitam hijau tu, cucu ayah aku, Anak kak chah yang no 3 dan budak Baju purple pic atas tu anak no 4,bongsu skali. Anak no 2 lelaki jugak. Anak sulung Kak chah pom, umur sama bayar dengan Adik aku yang bongsu. Perghh.. Anak sedara sama umur dengan bapa sedara. 

Tahun nih kami datang beraya rumah Mak tom sebab dah lama tak pergi. Dah 10 tahun tak ziarah diowang. Nak harap diowang? tak adanya sebab nya..rahsia!! Hahahaha

Masa nak gerak tu, Mak aku usik ayah aku. "Amboi xsabar aiih nak p umah Bini tua dia, jangan tak balik sudah lah!" Pastu kami apa lagi gelak lah..ayah aku lak sengih2. Adik aku balas "Mak jgn wisau Mak, cik satu2nya Anak lelaki dalam keluarga nih, akan pastikan ayah balik!" Pastu dia bisik kat ayah, "mak jeles tu, ayah!" Poyo pulak Adik aku nih.. Kami yang lain tukang gelak ja Hahahah

Balik Dari rumah Mak tom, ayah tapaukan dadih dekat Mak. Mak tom yang buat. Hahahah lawak! Mak aku makan masa berbukak ngan ayah. Mak kata sedap!!

Orang tua bila jeles, nampak macam sweet ja taw. Suka aku tengok cari diowang usik pasangan dan pujuk pasangan diowg. Walaupun nampak macam kasar sikit tapi romentik sebenarnya.

Aku pun nak lah laki romentik macam tuh. Kasar tapi romentik!! Wowww...I loike!!!
Mengedik la pulak engkau nih cheery!!!

K bye..see uoll later! ^____^


5 comments:

  1. Selama Hai aya Aidilfitri Cheery, best aa leh jalan2 beraya, tahun nie ekonomi down so is cuma leh tengok2 pic kawan2 beraya je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya is..cheery pun sederhana aje raya. Maaf dah banyak Kali cuba nak jengok blog is tapi loading lambat so cheery terpaksa kuar. Maklumlah update blog pun pakai tepon ja hehe. Broadband prepaid dah lama tamat tempoh. Xfikir lagi nak ganti.hehe..

      Delete
  2. hahaha mmg sweet tgk org tua2 cemburu.

    ReplyDelete
  3. SLM syawal, bestla korang suma rapat biasanye keluarga tiri2 ni ssh nk b'baik....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...