Tuesday, December 15, 2015

Ajiesyi nak kahwin

Siapa nak kahwin,? Angkat tangan, sambil jerit 'saya, saya!!'. Jerit 2 Kali k, bawu nampak effort tu.

Yah, Anak gadis yang mencapai umur matang atau sesuai untuk kahwin memang tak boleh lari dari bicara soal kahwin ni.

Confident idok aku nak ulas entry ni?

Napa? Rasa macam entry Kali ni poyo serious ke? Haluuu... Entry ini agak serious okey dan takde unsur2 syok sendiri seperti kebiasaan kihkihkih

Perkahwinan dalam kehidupan umat Islam hari ini sangat diperlukan. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Dan melalui perkahwinan lah Kita melepaskan nafsu ke saluran yang betul. Hah..gitu hah!!! Hahaha *sah ayat copypaste*

Okey lah, serious seram jiwa raga aku kalo cakap soal ni. Rasa nak buat flyingfox.
Gayut hujung sini pegi hujung Sana mai hujung sini balik, p hujung Sana pulak ...hah ulang 40 Kali -..- gilerr seram


Ajiesyi ni hah, dah start angau dah. Dah pandai pulak nak Cari jantan nak kahwin.
Aku dah start wisau dah, kursus kebidanan binatang peliharaan aku tak amik lagi Wei!

Aku memang confident dia nak kahwin lepas teliti tanda-tanda INI:-

1) Kerap men'giow dengan berat dan keras Agaknya tu Cara dia tarik perhatian jantan.
Agaknya di panggil "wahai Arjuna beta,mimpikan yg Indah saja!". Permulaan dah lari lirik,apa la ajiesyi nih.

2) Manja dengan aku Dan suka berguling guling. If sebelum ni bkn main susah nak manja atau pegang peluk dia taw. Pegang sikit ja kena gigit. Sentuh sikit ja kena cakor. Pantang sentuh lah. But now, dia sendiri yang dtg nak negesel2 manje Kat itey ituy iyerr. *dushh*

3) if pegang bahagian belakang dia dekat ngan ekor Dan punggung, automatic punggung dia dinaikkan dan ekornya melengkung. (Dia stim kot ;D)

4) Taknak makan, taknak main, tak nak minum, asyik merayu suruh buka pintu.

5) Bentuk tubuh dia berubah, jadi bulat dan montok especially dibahagian perut. Dia rajin bersihkan bulu dia dengan menjilat. (Aku syak Dia nak masuk miss universe)

6) sering mengesel tubuhnya pada object yang tak sepatutnya seperti Lesong Batu, pisau dapur,tong sampah,stoken busuk dan cermin yg pecah. (Gilerr..tak hagak-hagak nak manja tu)

7) Marah if aku bersihkan bekas najis.
If aku bersihkan bekas najis dia kan, Dia tepis2 tgn aku and dan2 tu jugak dia kencing sedas.

Member aku blame aku manjakan sangat Ajiesyi ,lepaskan dia bebas dari kandang. Aku bukan apa tak sampai Hati nak Kurung makluk yang comel sangat nih.

Ang tengok muka dia,sanggup nak kurung? Bergoncang naluri keibuan kitey,seperti dipukul-pukul dengan bola ping-pong.

Aku ada baca satu article tu, dia tulis kucing betina akan buat satu tanda pada Pasir melalui air kencing. Tanda tu untuk tarik perhatian kucing jantan. If kucing jantan bau, diowang tahu lah Ada kucing betina dalam rumah tu. Agaknya ni taktik Cari jodoh dikalangan kucing.ngeh..ngeh..ngeh

If manusia macam mana pulak? Nak kena gantung spender Kat luar rumah ke mokcik? Kahkahkah. Opss...Makluk gila seks amik, buat pelaris sia2 hidup ang.

Now, kira-kira nak mandulkan ajiesyi tapi kesian lah pulak. At least nak Dia bunting skali tapi ofkoz dengan baka yang elok lah noh. Baka matsalleh ka,baka parsi ka,best gak tu. Lepastu ikatlah nafsu Dia. Tapi masalah sekarang ajiesyi masih muda, tak sampai setahun lagi pun. Risiko gugur tinggi. Mokcik buntu oiih!

Sekarang ni kucing liar dan terbiar banyak Kat luar tu. Terkilan dengan sikap sesetengah manusia yang main pijak sepak terajang,korek biji Mata,potong lidah pada haiwan kesayangan nabi Muhamad ni. Tak sanggup nak tengok. Sedih dan sebak rasa. Pada fikiran aku lebih Baik mandulkan. Mencegah lebih Baik kan?

Tulah noh...owang tua2 selalu cakap, nak jaga Anak betina sekor tak Mudah macam jaga lembu betina sekandang. *tiba-tiba*



8 comments:

  1. Kursus kebidanan hahahahaha.. semoga beranak banyak =p

    ReplyDelete
  2. bagilah die melepaskan gejolak gi jiwa tu.. pastu mandulkan. bak kata orang, jiwa yg sedang bergelora dgn asmara kalo xdilepaskan boleh tak keruan wooo.. hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahah comelnya! getaran asmara tgh menggelodak tu, kena lepaskan dekat ermm.. pasangan hahahahah!

    taknak dpt baby kucing ke? hehehe :p

    ReplyDelete
  4. kecik sgt lagi tuh. kalo beranak nanti mesti dia x pandai nak uruskan anak dia.
    bagi dia besar sket. buat masa nih masukkan dlm cage dulu.

    ReplyDelete
  5. Comelnya dia, amboii tudia kucing pn nak cari baka elok2 inikan plk manusia..kihkih

    ReplyDelete
  6. Comelnya dia, amboii tudia kucing pn nak cari baka elok2 inikan plk manusia..kihkih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...