Nuffnang ads

Wednesday, December 9, 2015

Ayam goreng kunyit pedas

Meh Kita hupdate cikit!

Budak budak skrang suka pakai trademark cikit cikit nih kan, sampai iklan pun pulun tiru, muah cikit,cayang cikit, nak cikit!! Pelempang nak? Kalo nak, nak bagi cikit ni? Cakap leklok tak leh? Nak jugak cakap macam kanak-kanak riang baru belajar cakap. Budget comel lah tu!!!
(Pahal tetiba emo? Hahah)

Takpe lah, Jom kite update cikit?

Eh comel pulak rasa..kahkahkah

Huh...sibok sangat aku hujung hujung tahun ni. Next week stock count pulak. Hari ni saja kelang kelibut dengan keje last minute. Hari ni kasi hari ni jugak nanok. 
Takpelah kan...keja kita tanggungjawab Kita. Wah, tetiba rasa Baik pulak! haha

Hari ni terkilan sikit dengan sikap colleague, bila bos suruh turun stock count next week dan dan tu jugak sibuk nak arrange keje sebab sabtu next week start cuti. Dah tu aku ni tak cuti? Tak nak arrange keje? Aku logik lah jgk nak excuse sebab Kira budak baru, terkontang kanting lagi nak arrange keje. Siapkan part A and C, lupa part B and D, maklumlah dah berumur..penyakit pelupa tu biasalah.

Lunch tadi pecut pegi hantar eskinol Kat sunway. Last customer and last stock for this month. Balik Ofis makan roti ja. Panas lit..lit..tak selera dah nak mkn berat. Jadinya balik rumah, malamnya kebulur.


So, masak simple untuk alas perut.
Tak susah pun nak masak. Main campak ja style aku. Tumbuk 8 biji cili, 2 ulas bawang puteh, halia cikit,lada hitam cikit,jintan manis secubit cikit. Bawang merah dihiris. 

Caranya goreng dulu ayam yg di gaul dengan garam dan kunyit. Pastu nak angkat dulu terpulang lah. Aku tak angkat, dasar pemalas kihkih, just buang minyak sampai tinggal sikit masuk kan tewus bahan yg ditumbuk tadi and bawang merah yg dihiris. Goreng sampai bahan td layu. Masukkan garam cikit sekiranya perlu. And lastly masuk tomato. Dah siap sedia dingapp!

 Simple dan sedap makan dengan nasi puteh panas-panas. 8 biji cili tu memang super duper pedas,okey. 

Harapan untuk esok, hope semua urusan dipermudahkan dan Sihat walfiat. Amin!

Muahhh cikit ;D



6 comments:

  1. Sabar2. Entri makanan jangan marah2.. hehe

    ReplyDelete
  2. busy betul nmpknya. beza sgt dgn akak. hujung thnlah xde keje. ni pun dok layan movie je.. hehe

    ReplyDelete
  3. apakah, baru je lepas lunch tp terus lapar balik lepas baca entri ni :3

    ReplyDelete
  4. waahhhh.. sampai 8 biji. hebat tuh. cukup2 pedas.
    sis x leh makan pedas sgt skrg nih. perut sensetip plak lepas beranak 3 nih.

    ReplyDelete
  5. Assallammualaikum..salam ukhuwah dari INDONESIA...sedapnyaaaa..lapar perutt..haahaa

    ReplyDelete
  6. Tetibe rasa mcm eh lapar la pulak. Hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...