Wednesday, March 16, 2016

Ketam goreng pedas Cara ct cheery

Hashtag "Mood happy, pewut happy...semua pun happy" kihkihkih
^__^


Dalam sejarah adik aku pulun mkn masakan aku. Biasa dia complain ja banyak. Itu tak cukup ini tak rasa...stress aku masak utk orang cerewet sangat nih. Tapi kali ni dia xcomplain plak. Bahkan siap tambah lagi. Pastu tak habis-habis "Mcm sedap ja! Mcm sedap ja!". Masuk Kali ketiga tambah pun dok " Mcm sedap ja!". Kalo Dah sedap tu cakap jerlah jujur , chek oiii! "sedap!". Hah, bkn susah pun. Takde sapa2 nak perasan pun Kat sini. Habis kuat hidung Tukang masak kembang Kempis kembang Kempis berbunga bunga la kan...Kahkahkah

Kalo Kat kg Mak and kakak aku tak masak menu Ketam Ketam nih. Takde dalam senarai masakan keluarga pun. Start aku kecik kenal dunia sampai lah besar badak nih boleh kira dgn jari bape kali jer mak aku masak ketam. Salah satu sebab Ketam nih tak jadi lauk. Yelah Ketam kan takde isi sangat. Kalo kau Gaul ngan nasi tu KO takleh nak capture pun yang mana rasa Ketam yang mana rasa nasi. Amboi saiko sangat explanation tu hahaha

So memang susah lah kitorang dapat merasa makan Ketam. Lagipun Ketam nih mahal kan. Keluarga aku susah sikit dulu, so masak something yg banyak dan mengeyangkan lah kan. Urmm...Tak faham aku...Ketam ni salah satu makanan exotic ke? Susah dapat ek? So mahal nak mam...Dahlah isi pun xde. Nasib ko lah kalo terbeli Ketam betina, Ada telur. Ketam jantan Ada apa? Ada Janggut ja lah lebih hahaha


Hah..yang aku beli nih semua Ketam betina. Ketam betina dia mcm Ada perut sikit. Benda alah yg color gelap tu aku panggil pewut...suka hati aku ja hahaha. Kalo Ketam jantan lain dia punya pewut tu Kempis dan corak memanjang.

Gigih Cari betina...sampai bdk mall tu pandang2 geram ja ngan aku. Dia Dah susun cecantik aku leh g punggah hasil kerja dia. Hahaha


Balik umah gigih plak search tenet cara-cara nak siang Ketam. Bodo sangat skill masak aku. Nak siang Ketam pun tak pandai. Ingat lagi dulu aku bahan member aku xreti nak siang ketam. Aku ckp buang jerlah cengkerang dia tu. Padahal aku pun tak tahu pun. Bengap supa tu gak tapi buat2 pandai. Gila dah bahan member nak ngaku tak pandai jgk? So buat2 pandai ja lah kan. Tak susah pun nak siang Ketam. KO tarik ja pewut Ketam tu, ia bersambung ngan cengkerang. Pastu cuci ja tahi2 dia. Duri2 Ketam tu KO buang kang tercekek tragedi march plak huhu. Kaki-kaki Ketam leh buang sebab xde isi pun tapi aku tak buang sebab nak kasi lauk aku nampak banyak hahaha. Takdak arah...

Dulu mak panggil masuk dapur tolong dia masak...aku masuk dapur tolong tengok sambil pegang phone sms ngan skandal. Taw taw..eh Dah siap? Mak soh hidang. Pastu basuh pinggan. Tu jerlah skill aku Kat dapur. Bab masak memang zero. Tapi Bab melantak A++. 

Tapi sejak duduk merantau ...jauh dari keluarga ni minat pulak nak memasak. Serious kakak sulung aku terkejut aku boleh masak. Selalu gak aku post gambar menu masak kat dalam group whatsaap family. Pastu masing bagi icon tak percaya. Siap cakap "mcm lauk beli ja?" 

Ewah...sesedap rasa ja kan. Ada jgk yang nak kena back hand ni.


So, Ada yang nak resepi ke? Tak yah lah..benda Mudah pijam Mata pun leh buat.

Okey takpe... Aku nak kongsi gak..hahaha
Eh...blog aku suka ti lah. Huahuahua


Memandangkan Ketam ni hidupan laut yang tak berisi sangat. So aku match kan dengan telur. Tapi telur biasa ja. If guna telur masih lagi kebabom kesedapan dia.
Aku nih kedekut tangkai jering sikit, jadinya guna telur biasa ja. Hahaha

Blend 5 biji cili bersama 1 biji bawang sederhana besar, 5 ulas bawang Putih, halia stngah inci and aku letak sikit cili blended tu. Cili kering yang blend utk buat sambal tu. Masukan sikit ja nak kasi dia merah2 Mak nyah. Ketam digaul dgn garam Dan kunyit pastu goreng dulu. Lepas tu tumislah bahan blended tadi sampai betoi betoi masak. Tumis dengan minyak majerin taw. Lepastu ketuk 1 btg serai and masuk dlm sambal. Jgn lupa garam dan gula.  Sambal Dah cukup masak masuk 1 bijik telur Gaul sampai sebati. Pastu masukan Ketam yang telah di goreng dan gaul rata.

Siap...hidangan simple dan sedap...bak kata Tukang mkn la. Walaupun dia tak ckp direct tapi aku taw sedap tu..kalo tak buat pe dia tambah sampai 3 Kali kan hahaha

Yeh..aku taw...resepi aku mcm bdk sekolah rendah. Suka ti lah! Entry ni untuk rujukan aku jer...wekkk :-p

Take care, korang

P/s: korang sibok ek? lama sangat takde jumpa jejak







6 comments:

  1. fuh fuh.. sedap nyaaaa..! terliur iols

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh terliur kan? Sndiri upload sndiri terliur ..cmner nih

      Delete
  2. wuishhh hebatnye skrg dah pandai masak ketam.. hehe tp memang betul pun ketam ni kategori mknn mewah. Dulu2 kalo dpt beli ketam mmg heaven sungguh. Skrg ni pon jrg beli ketam sbb mahal kot. berat kulit je.. hehe

    ReplyDelete
  3. sis x pandai nak makan ketam. selalunye kalo makan husband tolong korek2 kan isi ketam tuh. kalo pergi dinner ngan kawan2 opis pon mmg tgk jer kalo menu ketam. x reti nak makan. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh samalah..pun xpandai.tapi kalo mkn Kat rumah tu main kunyah ja kulit2 dia.huhu

      Eh..sis lama menyepi? Sibok ke?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...