Monday, March 21, 2016

Hikayat Si gadis Labuci -epsod 9

Usai solat subuh, Zakiah membuat sarapan. Kalau hendak harapkan Zoey, kebulur orang dalam rumah ni. Anak dara bertuah tu mana maunya masuk dapur memasak, lagi-lagi waktu pagi-pagi. Bukannya anak gadisnya itu tidak tahu memasak, tapi tidak ada mood masak pagi-pagi katanya, padahal pemalas sebenarnya.

     Tapi kalau datang mood rajinnya tunggang langgang dapur dibuatnya. Pernah sekali dia tidak dibenarkan masuk ke dapur oleh Anak gadisnya itu. Katanya dia nak masak menu special untuk keluarga makan pada hari tersebut. Alih-alih bukan anak gadisnya masak pun tapi membakar kek. Satu rumah kebulur hari itu. Dibebelnya Anak gadisnya, "Tekak orang kampung makan nasi waktu tengahhari sayang oii, mana nak kenyang makan kek!" Sudahnya satu keluarga makan tengahhari pukul 3 petang. Sabar aje dia dengan Anak gadis yang seorang tu. Zakiah ketawa geli hati mengenangkan perangai Anak gadisnya.

     Dia tetap bersyukur, walaupun zoey malas masuk dapur tetapi dia rajin menjahit. Bahkan mahir menjahit. Ramai orang kampung berpuas hati dan selesa dengan baju jahitan anak gadisnya. Kadang-kadang dia ada membantu anak gadisnya jahit tangan kerana ada waktunya tempahan terlalu banyak terutama ketika musim perayaan dan kenduri kendara. Lagi-lagi sekarang, orang perempuan gila dengan taburan labuci-labuci dan manik-manik dibaju. Kalau tempah di kedai mahal kata kak jah, jiran sebelah rumahnya. Zakiah pun tidak faham citarasa orang berfesyen sekarang. Zakiah sedar kemahiran jahitan anaknya diwarisi dari arwah ibunya,nenek kepada zoey. Nak harapkan dia? Pegang mesin jahit arwah pun tak pernah.

     Jam 8.30 pagi, Zakiah turun ke bawah rumah mencapai penyapu lidi. Seperti biasa setiap pagi usai menemani suaminya sarapan dia akan membersihkan halaman rumah dan menyiram pokok-pokok bunga. Sementara suaminya akan terus ke kebun di hujung kampung.

     Sedang dia menyapu, dia didatangi sebuah kereta. Kereta berwarna biru itu membelok ke kawasan rumahnya dan berhenti betul-betul di halaman rumah Zakiah. Zakiah mengintai pemandu kereta tersebut tetapi tidak nampak kerana cermin kereta agak gelap. Dia terfikir kemungkinan Kawan suaminya tetapi tidak mungkin Kawan suaminya tidak memaklumkan terlebih dahulu untuk ziarah ke rumah. Kelihatan seorang lelaki muda keluar dari tempat duduk pemandu dan senyum manis kepadanya. Agak handsome lelaki itu dimata tua Zakiah.


   ************

"Kita nak pergi mana lagi ni?" Soal Zoey ketika mereka baru sahaja memasuki kereta setelah selesai makan malam bersama keluarga Nazim.

  "Nak pergi mana lagi, baliklah," jawab Nazim sambil memandang Zoey.

    "Besar jugak rumah awak ya." Lyn Zauyah Cuba berbual dengan Nazim. Tambahan pulak matanya kian mengantuk. Dia sebenarnya tidak mahu menganggu Nazim memandu.

       "Kalau nak dibezakan dengan rumah awak tak jauh beza pun besarnya." Nazim segera menekan break kereta apabila lampu isyarat bertukar warna merah.

          "Iyer...tapi rumah awak banglo rumah saya rumah kampung aje! Nazim...saya ada perkara nak tanya awak tapi awak jangan marah yah."

        " Pasal apa, tanya lah dulu."
       " Kali pertama kita jumpa tu kan, bibir awak berdarah tu kan...urmmm...Gigi awak tak patah ke?"

        " Boleh awak tanya saya soalan macam tu kan? Dah berdarah mestilah patah."

        " Tapi saya tengok gigi awak cukup jer takde rongak pun?" Soal zoey lurus.

        " Memang lah tak rongak, sebab saya pakai gigi palsu. Awak nak saya tayang satu dunia yang saya ni rongak ke?" Nazim menjeling Zoey tajam.

        " Eh, saya tanya jer takyah lah nak marah-marah." Zoey mengomel.

        " Mummy awak baikkan, cantik pulak tu! Saya ni nama aje perempuan tapi bab-bab kecantikan dan penampilan taklah pandai sangat."

        " Awak... Mummy saya tu seorang wanita yang baik, molek serba serbi. Awak belajar lah dengan dia macam mana nak jaga kecantikan semua tu. Dia okey aje, tak kedekut ilmu." Nazim senyum mesra kepada Zoey disebelahnya.

        Zoey terkesima dengan senyuman Nazim. Subahanallah, handsomenya. Rasanya sekarang hatinya cair ditasik madu gara-gara senyuman mengoda Nazim." Yalah...insha Allah, kalau Ada peluang kan?" Ucap zoey menyembunyi gemuruh di hati.

        Zoey teringatkan kemesraan dari wanita yang dipanggil Mummy oleh lelaki sebelahnya ini. Cantik dan mesra. Tak sombong walaupun dia dari golongan orang berada. Sangat mengejutkan apabila wanita itu berminat untuk menempah 5 set baju Kurung dengan nya. Dia hanyak mampu tersengih malu kerana dia tidak pernah mengambil serious mengenai tempahan itu. Yalah...orang berduit ni lebih selesa tempah Baju di butik. Baju yang dijahit oleh pereka fesyen terkenal yang meletop kebabom tu. Setakat tukang jahit kampung macam dia ni, apalah sangat. Pandang pun tak nak rasanya.

        " Hmmm....awak nampak tak lambang masjid Kat hujung Sana tu?" Sengaja Nazim menyoal Lyn Zauyah.

        Sudah lama gadis itu mengelamun tanpa mempedulikannya. Namun pertanyaan Nazim tidak dijawab Zoey kerana gadis itu masih di dalam dunia angan-angannya.

        " Zoey...." Nazim memanggil dengan kuat lagi. Peha gadis itu dicuit.

        " Ya awak. Kita dah sampai ke?" Tanya Lyn Zauyah, terpinga-pinga.

        " Hmmm...asyik betul awak mengelamun kan? Sampai saya panggil pun awak tak dengar."

        " Yalah...dah tak tahu nak buat apa, baik mengelamun. Layan perasaan jelah. Saya tak nak kacau awak. Tadi awk tanya apa?"

        " Saya tanya, awak nampak tak lambang masjid di hujung Sana tu." Nazim menunjukkan arah masjid tersebut.

        " Hah...hah...saya nampak."
        " Rumah awak dekat situlah."
        Lyn Zauyah tersengih malu. Macam manalah lambang masjid kampung sendiri pun dia tak perasan. Malu dikenakan Nazim, Zoey hanya membisu lalu membetulkan pakaiannya. Tudung yang senget benget dibetulkan. Beg tangan segera dicapai apabila Nazim memberhentikan kereta. Tak sabar nak keluar dari kereta lelaki itu.


To be continued........

Related Link:
     
     




1 comment:

  1. Bakat terpendam nih. lepas nih boleh bukukan. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...