Monday, March 21, 2016

Makan roti mayat sampai muntah

Pagi tadi aku dah breakfast nasi goreng Kat rumah dengan harapan tengahari tak lapar dah. Kononnya breakfast tu leh sampai tengahari la kan. 

Sekali mai tngahari pewut merengek lapaq. Tak guna pewut..dasar tong drum toi!
Eleh...boleh plak marah pewut haha

So dah lapaq nih terpaksa lah mkn roti mayat. Walaupun tak bape nak selera sangat....telan jugak lah kan. Mkn ...mkn...mkn....sampai muntah..Huhu
Tulah...paksa pewut lagi!

Ada history taw pasal roti mayat nih dalam family aku. Masa tu Anak sedara aku yang nama Ajim tu baru sekolah rendah. Darjah satu darjah dua macam tulah. Ada satu Kali tu, tok dia (Mak aku) soh pegi beli roti mayat Kat kedai. Dia pun ikut aku pegi sekali lah sebab aku nak dia pegi beli aku taknak turun just tnggu Kat moto lah kan. Dasar pemalas!! Hahaha

Masa atas moto dia senyap ja mcm fikir something tapi dia tak terluah. 

Masa sampai kedai tu dia pun cakap Kat aku "Ateh, cheq takut lah! Teh p beli lah!".
Aku dah macam pelik sebab dia mcm gelisah, cuak mcm tu, tapi malas nak layan lah. " Dah awatnya? G beli ja lah, ni duit Ada!". Masa tu aku fikir dia takut duit tak cukup ke apa ke. Sebab Ank buah aku nih style malu nak amik apa2 if rasa duit sikit atau tak cukup. Tok dia kasi 2 hingget beli timbang, roti mayat tu.

Tak lama mcm tu tetiba dia dtg tgn kosong. Dia cakap roti mayat takde. Tak nampak pun. Aku cakap tak mungkin takde sebab dari luar kedai aku nampak kotak. Pastu aku surah dia pegi cakap dekat pakcik kedai tu nak roti mayat 2 ringget.

Dah beli tu dia kuar muka tersengih-sengih. Pastu dia tergelak-gelak kecik cmtu.
Lagilah aku pelik...yg tadi muka cuak tetiba kuar boleh tersengih-sengih...dah kenapa kan.

Atas moto dia citer Kat aku, dia bayangkan roti mayat tu rupa macam mayat. Atas moto jgk aku gelak barai. Sampai sengkek. Rare tak? Owg mkn sampai sengkek aku gelak sampai sengkek. Hahaha

Aku gelak bukan apa sangat pun ..sebab dok bayang muka cuak dia tu stock ko toreh pun tak berdarah..ewah hahaha

Sampai umah tu dia Bebel Kat tok di "Tok lain Kali jgn dok makan benda pelik2, eee..takut cheq!" Dia sengih2 malu.


Aku tak faham napa imaginasi dia boleh pikir sampai tahap rupa mcm mayat.

Agaknya dia bayangkan mcm ni


Korang selera ke nak mkn roti rupa gini? 
Mung keqa hebaa ark...hahaha

Actually orang Kedah terutama orang lama panggil roti kering atau roti empatsegi tu roti mayat. Owang bandar panggil biskut. Kenapa dipanggil roti mayat? maybe roti mayat ni popular kat kampung dan selalu dijadikan juadah di rumah yang mempunyai kematian. Lama2 jadi punchline ke tagline ke trademark ke apatah...kepada roti mayat. Yelah...logiklah if sebuah rumah tu ada kematian, tetamu yang dtg nak ziarah tu, atau family jauh sampai jamu dengan roti kering tu jerlah. Ko bajet diowang ada masa nak masak siakap tiga rasa, ketam masak lemak, petai tumis udang semua tu? Alamak...terliur plak sebut semua tu ...Kahkahakahkah


Okey tak nak percaya sudah...tak rugi pun kihkihkih 



1 comment:

  1. kampung sis panggil biskut jagung. hahaha
    tak tau lah kenapa.
    kalo cicah teh o panas sedap nih.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...