Wednesday, December 5, 2012

My wife is driver- episod 9


Shark mengeluh buat kali kesepuluh. Rasanya, hari ini dihabiskan dengan mengeluh aje. Demam dah baik, kalau tak boleh dia membuta dekat rumah aje, tak perlu bekerja. Ni Tuan Amar punya pasal la ni! Mengada-ngada jaga aku, paksa aku makan ubat. Malasnya nak kerja! Kenapa dengan aku ni?

Shark memandang wajahnya dicermin. Kelihatan tidak bermaya dan rambut tidak terurus. Dibelek pulak rambutnya yang semulajadi hitam berkilat. Dah panjang sikit lah! Dah macam pelakon korea Kim Bum pulak, k-pop habis!! Shark ketawa sendiri.

“ Rambut tu dah elok panjang, jangan potong!” Shark terkejut dan pantas memandang seat belakang. Tuan Amar? Sejak bila pulak dia ada dalam kereta ni? Alamak, dia nampak ke aku berangan tadi?

“ Tuan, nak pergi mana ni?” Shark menyoal.

“ Balik lah, macam biasa! Kau ni dah kenapa?” Amar menyoal garang.

“ Okey Tuan, kita balik!” Shark senyum paksa, malas melayan angin kus-kus Tuan Amar. Layanan baik terhadap aku selama ini atas dasar simpati semata-mata. Aku dah baik, kau pun start buli aku balik yeh? Dasar babun bontot merah!

********

“ Sayang! You dah balik?” Tegur seorang perempuan ‘hot’, setelah menyedari kepulangan Amar.

Shark hanya memerhati dari jauh. Dibenaknya cuba memikirkan siapa wanita seksi itu. Saudara Tuan Amar ke? Tapi napa nak ‘sayang-sayang’ bagai. Dah tu, gedik semacam aje.

“ Qarena? You buat apa dekat rumah I ni?” Soal Amar sambil cuba meleraikan pelukkan dipinggangnya. Rimas!

“ Datang cari you la, sayang!” Ujar Qarena menggedik lagi.

“ Papa you cakap you dah kahwin, dia ke perempuan tu?” Qarena menyoal sebaik sahaja menyedari Shark di situ. Pandangan matanya tajam merenung Shark. Seperti mahu ditelan saja lagaknya.

“ Yah, she is my wife!” Jawab Amar tanpa berselindung.

“ What? Driver?” Qarena membuat muka mengjengkelkan.

“ Yup, My wife is a driver!” Jawab Amar lagi. Ada riak bangga di situ.

Shark dari tangga hanya menjadi penonton pada babak yang tidak best itu. Sebenarnya, dia sudah mahu naik ke bilik tadi tapi teguran Qarena menghentikan langkahnya dan dia berdiri kaku di situ.

“ You, kenapa kahwin driver? Tak ada perempuan lain ke? Test you teruk lah Amar. Napa you tak tunggu kahwin dengan i? I pergi bercuti kat London sekejab aje, you dah kahwin. Habis I macam mana? You are selfish men!” Jerit Qarena nyaring. Dah macam kena sampuk dengan jin meroyan aje.

“ Mana lah I tau, you nak buat apa you punya hal lah.  Lagi pun, you are not my fiancĂ©e okey? Kita tak pernah bertunang atau berkasih pun. Suka hati I lah nak kahwin siapa pun! Lagipun I buat ehsan, membela nasib wanita. Lagipun I kahwin dia sebab dia anak yatim. I ingat lepas ni I nak kahwin anak tukang kebun pulak, janda beranak 5, dan perempuan miskin dan you tak masuk langsung dalam senarai I, sebab you dah kaya.” Amar menunjukkan muka cool.

“ You are witch!” Jerit Qarena sebelum berlalu keluar dari banglo Amar.

Shark tersentap dengan kata-kata yang keluar dari mulut Tuan Amar sebentar tadi. Dia duduk dibirai katil dan menekup kedua-dua telinganya dengan tapak tangan. Dia kahwin dengan aku sebab aku anak yatim rupanya. Membela nasib wanita! Shark tersenyum sinis. Murni sungguh perbuatannya. Maknanya, dia tak cintakan aku pun. Benci!!! Benci Babun Bontot Merah!

*********

Baru sahaja nak mengelamun jauh, telefon bimbit di atas meja makan berdering nyaring. Shark melihat skrin telefon bimbit, Babun Bontot Merah. Apalah makluk ni nak? Weekend pun nak kacau aku ke? Lambat Shark menekan butang answer.

“ Hello…” Shark bersuara malas.

“ Kau kat mana tomboy?” Shark mengigit bibir bengang. Perlu ke dia panggil aku macam tu?

“ Time Square, kenapa?” Simple dan jelas jawapan Shark.

“ Buat apa? Dengan siapa?” Shark memandang telefon bimbitnya sebentar. Tak habis-habis dengan buzy body. Sibuk aje nak tau hal orang.

“ Buat bodoh, sorang-sorang.” Jawab Shark simple lagi.

“ Aku dah agak dah, kau datang KFC sekarang!”

“ Tak nak!” Shark mengejek. Tak nak aku ikut arahan dia. sibuk aje mengarah sana mengarah sini.

“ Datang aje lah! Kau nak tengok aku buat hal ke?” Amar ugut.

Ada saya kisah?” Telefon diletak dan Shark telefon bimbit terus dimatikan. Puas hati aku, tak ada lagi yang akan mengganggu.

Waktu tu, Shark dekat restoran Pizza Hut tengah menunggu order. Selepas dia letak phone, order pun sampai. Shark order 1 plate Pasta, 1 soup and 1 Garlic Bread untuk makan tengahari tu. Sudah agak lama dia tidak makan fast food. Sejak menjadi driver merangkap isteri bos, dia tidak berpeluang langsung untuk diri sendiri. Asyik kena mengadap perangai suami yang tah apa-apa tu, merimaskan! Eh, dah mengaku suami pulak!

“ Salam sejahtera dan salam satu Malaysia, pengumuman kepada Puan Sharkirah, sila dapatkan suami anda, Mohd Amar Ashraf yang hilang upaya di kaunter receptionist sekarang, terima kasih”

Hampir tersembur pasta dalam mulut Shark mendengar annoucement mengenai nama orang yang dikenalinya. “Aduh! Keje gila apa babun ni buat!” Shark memegang kepalanya yang mula bengang.

Shark berjalan laju menghampiri kaunter yang dimaksudkan. Kelihatan Tuan Amar memakai kaca mata hitam sedang duduk kaku seperti patung. Buta lah kononnya tu?

Shark kemerahan menahan marah, menghampiri lalu memegang lengan amar kasar, ingin menarik Amar jauh dari situ. Terbantut tindakannya apabila dihalang seorang Miss di kaunter receptionist.

“ Maaf, you siapa?”

“ Saya isteri dia, yang you annoucement tadi?”

“ Puan Sharkirah? Mintak ic Puan.” Miss Receptionist memandang Shark atas ke bawah.

Napa nak mintak ic pulak, dia ni suami saya!” Shark menjerit marah. Dah bengang aku dengan babun ni tak habis lagi, miss ni pulak cari pasal dengan aku.

“ Saya just nak pastikan betul ke awak isteri Encik ni.” Ucap Miss Receptionist, cuba elakkan pertelingkahan.

“ Erkk..Miss, terima kasih yeh? Betul lah ni isteri saya. Kasar macam ni isteri saya.” Amar sengih sambil pura-pura meraba kepala Shark.

“ Okey lah kalau macam tu, Puan lain kali jangan careless sangat yah, sekarang orang kurang upaya selalu jadi mangsa jenayah.” Miss receptionist mengingatkan Shark.

“ Yelah, terima kasih!” Shark menarik tangan Amar dan berlalu dari situ. Sebelum berlalu, sempat telinganya menangkap butir bicara yang menyakitkan hati dari pegunjung yang menyaksikan free live show tadi.

“ Dia ni tak reti jaga suami ke? Kesian suami tu, dah la buta.”

Shark berhenti berjalan setelah sampai dikawasan parking kereta. Lengan Amar dicubit geram.

“ Aduhh!!! Sakit lah!!” Amar menjerit.

ni la Kim Bum..ambik dri google ..Hehe

“ Puas hati Tuan sekarang? Kenapa tak habis-habis nak kacau hidup saya? Tak puas lagi tuan aniaya saya dengan kontrak bodoh tu, sekarang tuan nak sakitkan hati saya dengan malukan saya depan masyarakat semua. Buat-buat buta konon! Tuan nak apa? Napa tuan buat saya macam ni? Kahwin untuk membela nasib anak yatim konon, ni bukan membela, ini menyeksa!” Shark menjerit sebak. Meluahkan semua yang terbuku dihati. Dia sudah cukup terseksa dengan mainan takdir, dia tidak mahu lagi terseksa dengan mainan perasaan. Mencintai lelaki yang hanya memandang rendah akan dirinya. Lebih baik putuskan saja ikatan dari menderita menanggung perasaan sendirian. Cinta tak akan subur tanpa dua hati yang menyemainya.

“ Shark…aku..” Amar serba salah mendengar tangisan Shark,

“ Apa? Blah ah! Tuan kena ceraikan saya. Saya tak nak pun kahwin dengan lelaki zalim macam tuan! cukuplah, cukuplah tuan seksa hidup saya!!!” Shark menjerit sambil menangis. Dia mula melangkah, mahu jauh dari Amar. Dia tak peduli lagi pada mata-mata yang melihat mereka. Dia tak peduli lagi dengan cakap-cakap orang sekeliling. Selama ini dia berdiri di atas kaki sendiri untuk teruskan hidup. Tiada sesiapa yang menjadi tulang belakang, bukan Tuan Amar, bukan Umi bukan Dato Alam bukan juga Mak Jah. Yang dia ada Cuma tuhan, tuhan yang memberikan dia udara untuk terus bernafas, tuhan yang memurahkan rezeki untuk dia terus hidup. Cuma itu.

“ Shark, pasal kontrak tu..sebenarnya…” Amar cuba untuk mengatakan sesuatu. Shark menghentikan langkah dan memusingkan badannya.

“ Pergi mampus lah dengan kontrak jahanam tu! saya tak pernah hutang tuan apa-apa pun, tak ada sebab saya kena bayar 100 ribu tu. Kontrak bodoh tu menganiaya saya, saya tak tahu apa-apa pun pasal kontrak tu dan perkahwinan kita tak ada erti apa-apa” Shark menangis tersedu-sedu. Dia berlari menjauh dari situ. Air mata disapu kasar dengan lengan baju. Dia pasrah jika ini pengakhiran hubungannya dengan Tuan Amar.

Amar memandang sayu tubuh Shark yang menjauh. Shark betul-betul kecewa dengannya. Maafkan aku Shark, aku sunyi perlukan isteri. Dengan adanya kau hidup aku terisi, adanya kau hati aku punya penyeri, aku yakin hubungan ini masih punya erti. 



Related link:



1 comment:

  1. Alamak Shark dah majuk maaaa isk isk isk xsabau nak baca terus aaa episod last tu ahak...


    iskandarX Society

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...