Wednesday, December 5, 2012

My wife is driver - epsisod last


“ Mak, Shark ingat Shark kuat. Rupa-rupanya Shark tak cukup kuat untuk menghadapi dugaan ini. Shark tak nak pun nangis macam ni, mak. Tapi air mata Shark ni, tak nak berhenti. Shark tiada siapa-siapa di dunia ni, Shark ingat dia akan jadi pelindung Shark, tempat Shark bergantung tapi Shark silap, takdir Shark tetap sama, yatim piatu dan sebatang kara. Shark nak Mak!! Mak datang lah! Mak peluk lah Shark. Shark rasa tak bermaya, Mak! Tolong Shark, Mak! Shark tak nak hidup sorang-sorang lagi, Shark takut!” Shark teresak-esak sendiri ketika sedang mengemas pakaian dari dalam almari. Dia perlu keluar dari rumah Tuan Amar malam ni. Shark membiarkan ketukan bertalu-talu di pintu, tanpa tergerak untuk membukanya.

“ Irah, buka pintu ni sayang! Papa ni! Napa ni, Mak Jah cakap Irah nangis, balik tadi? Amar buli Irah yah? Nanti papa karate dia. Buka lah sayang, menantu papa!” Shark tersenyum hambar. Hatinya tetap sayu. Walaupun dia menantu express papa, tapi layanan papa tetap top five, sedikit pun tak pernah kurang. Cuma, dia tak sangka saat-saat dia merasa kasih sayang papa, perasaannya diuji sebegini rupa. Sehinggakan dia merasakan perpisahan adalah jalan terbaik untuk mendapatkan ketenangan jiwa.

“ Papa, Shark akan ingat papa sampai mati.” Shark berbisik. Selesai berkemas, Shark bangun dari katil. Semua pemberian Tuan Amar, kunci kereta dan telefon bimbit dia tinggalkan. Shark Cuma mengambil satu barang milik Tuan Amar iaitu tali leher yang belum dibasuh sebagai medium untuk lepaskan rindu. Tak salahkan, dia mencintai Tuan Amar dalam diam. Meskipun menyakitkan tapi Shark yakin cinta untuk Tuan Amar tetap ada.

Sebaik sahaja Shark membuka pintu, wajah Amar tersembul. Mana hilangnya papa? Tadi dia yang beria ketuk pintu.

“ Kau nak pergi mana?” Amar bertanya serius.

“ Saya nak keluar, saya tak layak tinggal sini.” Shark menahan air matanya yang bertakung dari tumpah ke pipi.

“ Kau jangan nak mengada-ngada, aku tak izinkan kau keluar dari rumah ni.”

“ I’m not you driver, anymore. No need to care me so much.”

“I’don’t care about my driver, I'm care about my wife.”
“ Kita nak cerai! So, tak payah nak belagak gentlemen sangat lah!”

“ Siapa cakap aku nak cerai? Like it or not, you will be my wife forever, and ever. Masuk!! We need to talk.” Amar menarik tangan Shark masuk dan mengunci pintu bilik dari dalam.

“ Nak cakap apa lagi? Tolong lah Tuan, saya dah tak larat dengan semua ni! Tolong lah!” Akhirnya tumpah juga air mata yang ditahan Shark tadi. Dia tidak cukup kuat lagi melawan perasaan yang membelenggu jiwanya kini. Dia kalah dengan sifat cool Tuan Amar.

“ Kau letih, yah? Aku mintak maaf kalau buat kau terseksa. Aku tak ada niat buruk atas kau. Kontrak tu tak wujud, aku tipu aje.” Nah! Terbongkar semua tentang kepalsuan yang dia cipta untuk dapatkan Shark. Amar tak sanggup hilang isteri yang dicintainya sepenuh hati. Biarlah kali ini dia rendahkan egonya untuk kebahagian bersama.

“ Tuan cakap apa ni? Saya tak paham?” Shark memandang Amar tepat ke dalam anak matanya. Mencari kebenaran kata-kata Tuan Amar di situ.

“ Aku perangkap kau untuk kahwin aku, supaya aku dapat berikan papa menantu tapi dalam waktu yang sama aku tak perlu beri apa-apa komitmen atas perkahwinan ni. Dengan sikap berlagak tomboy kau, kasar, samseng, aku rasa bebas dan selesa macam ni. Rancangan aku berjalan lancar sehinggalah aku temui cinta dalam diri kau. Aku betul-betul jatuh cinta dengan kau. Tapi aku tak pasti perasaan kau pada aku. Jadi aku layan kau macam biasa, kawan dengan kau, buli kau, susahkan hidup kau, aku mintak maaf!” Amar menghampiri Shark yang sudah agak lama berdiam diri.


“ Kau sayang aku?” Amar memegang dagu Shark yang menunduk.

Shark terkesima. Apa perlu dia jawab? Dia dah tak tahu nak cakap apa lagi. Memang dia dah terperangkap dalam rancangan Tuan Amar. Tiada lagi jalan untuk keluar. Dia redha. Kepalanya diangguk lambat. Baik guna kepala, lagi senang tak perlu bazir air liur.

“ Kau nak sehidup dengan aku?” Amar menduga. Shark hanya menganggukkan kepalanya.

“ Kau nak semati dengan aku?” Amar menduga lagi.

Mulanya Shark mengangguk tanpa menunggu lama, apabila tersedar dia menggeleng laju.

“ Tuan mati lah sorang-sorang, saya takut mati, amal kurang.” Jawab Shark tanpa berselindung. Amar ketawa geli hati dengan jawapan jujur Shark.

“ Janji, jangan tinggal aku?”

“ Insyak Allah!’ Jawab Shark tenang

“ Okey, kita dah boleh kahwin!” Amar berkata ceria. Tak susah rupanya memujuk tomboy ni.

“ Kahwin? Tapi tuan, kita kan dah kahwin?” Shark menyoal pelik. Mabuk ke laki aku ni?

“ Nope, nikah dah, kahwin belum!” Amar memandang Shark nakal.

“ Errr…I’m you driver, Tuan!” Ayat melepaskan diri. Hati Shark gementar tak tentu arah.

“ Yah, my wife is a driver!” Amar mengenyitkan matanya sebelum menolak tubuh Shark ke atas katil. Shark tersenyum. Nakal sungguh Tuan aku ni, tau!

~ Tamat Sudah~

p/s: Kowang Sukew tak ending aku buat mcm ni????hehe


Related link:

7 comments:

  1. Ceita yang mengesankan. terima kasih sudah bercerita dengan http://celotehzookdee.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hahahaahahh best best.. tapi endingnya tu XXX sikit hehehe tapi best cheery.

    iskandarX Society

    ReplyDelete
  3. tolong kelik nuffnang,, ada masa,, nak singgah baca lagi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...