Tuesday, January 25, 2011

Detik yang indah tapi sengal~

Haloooo ct menje kembali..kihkih..manja la sngat!!. napa ek ct yang xberapa manja nie dapat gelaran manja. sebenarnya gelaran manja itu sengaja dianugerahkan pada diri sendiri tetapi tidak disangka gelaran itu diterima oleh semua pihak yang mengenali diri ini. ..urmmm kira bagus la 2 kan atleast kita tahu apa yang ada pada kita..rite???

(citer diATS xde pertalian sedara dengan citer dibawah)

Dah lama sih aku xkembali disini. kerana terlalu buzy dan memberi terlalu bnyk komitmen pada kerjaya aku abaikan blog yang xpopular nie.. ats peringatan my sweet friend dekda supaya aku aktif semula memberi aku motivate tuk buka dan tenung balik blog nie. hehehe..so aku kembali hari ni 25/01/2011... sepanjang aku mnghilangkan diri bnyk perkara dan isu yang berlaku, mengubah dan memberi kesan negatif dan positif. ...aisih..pe aku mengarut nie..k lah xnak ckp bnyk DAH...baca citer kat bawah nie...huhu.

“Citi!!!! Macam mane?beres?”. Manager tempat aku bekerja bertanya sambil menunjukkan ibu jari tangannya. Entah mengapa suka benar manager aku menyebut perkataan ‘beres’ tu. Mungkin perkataan itu amat BERERTI baginya walaupun kerja yang dia maksudkan tak pernah pun beres.

“ Beres bos,tiada lagi talian hayat”. Jawapan sekadar menyedapkan hati bos aku. Biarlah dia keluar dari stor dengan perasaan tenang dan senang. Bukan apa kalau dia keluar dengan senang hati tak de la dia bebel-bebel kat aku sebelum keluar. Tenang sikit jiwa aku nak bekerja. Kih..kih..kih

“ ok bagus! Saya dah nak balik. Besok saya cuti jadi kamu backup saya. Macam biasa kamu kira sales. Ok? Apa-apa hal kol saya directly”.

Pertanyaanya aku hanya balas dengan anggukkan dan senyuman yang ku kira semanis kurma. Nilai keikhlasan yang kurang terpancar diwajahku. Entah kenapa jiwa aku yang kosong sering menemaniku setiap hari.

“Ting tong!!”. Bunyi loceng pintu kedai berbunyi. Itu menandakan pelanggan masuk ke dalam kedai. Terkedek-kedek aku berlari membawa tubuhku yang sedikit gempal ke kaunter.

“ yer pak polisi boleh saya bantu?”. Soal aku dengan senyuman bergurau diwajah.

Tergelak kecil pelanggan yang memakai pakaian seragam polis itu. Mungkin sedikit terhibur dengan usikan aku. “ Boleh kasi saya topup maxis sepuluh ringgit cik adik gemok?”. Balasnya sambil mengenyitkan mata padaku. Bengang aku seketika mendengar panggilan gemok tersebut. Dan aku tersengih menyedari kenyitkan mata pelanggan itu. Semestinya dia agak nakal bergurau.

“Ini topupnya. Sepuluh ringgit. Terima kasih,datang lagi”. Ucapku sambil menghulurkan slip topup dan ingin mengambil wang dari pelanggan. Disaat aku ingin mengambil wang dari jari jemarinya,jari jemariku terpeluk jari telunjuknya yang sengaja dihulurkan untuk mengusik aku. Aku tersipu malu dengan kesilapan yang bukan disengajakan aku.Fahamlah aku yang pelanggan ini ingin bergurau dengan ku lagi. Aku hanya mampu tersenyum dan menjeling manja padanya. Tidak harus aku teruskan asmara ini kerna aku perlu mengambil pelanggan lain yang menunggu layananku dikaunter.

DISAAT AKU PURA2 BUZY,MUNCUL LAGI PAK POLISI DISEBALIK PINTA 'TING TONG'.“Urmm…woi pompuan boleh bagi nombor?”. Mulut aku sedikit terngaga, mungkin sedikit terkejut dengan permintaan pak polisi yang samseng itu. Sikapnya yang yang terlalu ‘straight to the point’ buat aku tersipu malu. Nada suara yang begitu ganas itu sememangnya buat aku teruja. Yes!!!aku suka lelaki ganas,ganas itu macho..huhu

“woii!!berangan pulak pompuan nie”. Sergahan pak polisi itu membawa aku pulang ke reality kehidupan. Fuh memang agak jauh aku berangan. Aku malu sendiri lalu mempamerkan barisan gigi yang sedikit kekuningan.

“ eee…buruknya senyuman awak!” pak polisi itu mempamerkan wajah kegelian yang amat menjengkelkan. Seriously buat aku bengang giler dengan kutukan yang disengajakan itu. Memang cari nahas pak polisi ni, mulut tak makan saman.

“ senyuman aku buruk? Ada aku kisah!!,awak dengan uniform dan moto buruk awak tu boleh blah, berambus sekarang!”. Ucapku dengan nada marah walaupun volume agak slow. Volume sengaja dikurangkan untuk menjaga air muka pak polisi yang egois dan perasan bagus itu.

bersambung.................


kuang ajar kan polis 2.sesuka hati die jer ngutuk senyuman owang. apa,dia pikir senyuman die 2 bgus sngat..baik senyum kambing lg manis dari senyuman die. dah la muka hitam cm pot kenA api...porahhhhh....huhu opsssst emo lak manje nie...hehe..lain time kita smbung lah k bye2 muah2..



4 comments:

  1. nak tunggu cerita latest!!!!

    siti.. nape x curi snap gambar dia? boley usha2.. macho sgt ke dia nak kutuk2 org.. hehehehe..

    btw.. welcome back to blog world darling.. (^__^)

    ReplyDelete
  2. 10Q lalink..i'm back 4 u..hehe

    nk tahu next episod??sabar yer,coming soon.
    ct dah cuba la anis tp dia cm tahu2 jer dia xensem cepat2 cover muka die ngan intercom die 2(tah betoi tak nama alat 2)hehehe...

    ReplyDelete
  3. hahaha..seriously klaka la..im waiting 4 d next entry ;p

    p/s :Anis follow la blog dkda gk (da r xpemes,sibuk lk suh org fllw..haha)rerama-rerama.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. machih omate 4 da respon...hehe

    p/s:to anis:add anis add cepat tambah kenalan blog kihkih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...