Friday, December 21, 2012

Hikayat si gadis labuci - epsod 2


“ Kau ni memang sengaja nak seksa jiwa aku kan? Cerita aje lah napa kau beli labuci banyak-banyak ni?” Iza memandang Zoey yang tersenyum kambing kepadanya. Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang dari pekan. Mereka berjalan kaki sahaja kerana pekan tidak jauh dari rumah masing-masing.

“ Alah kau ni, teka lah dulu baru challenging.” Zoey mengusik teman rapatnya sejak dibangku sekolah itu.

“ Challenging tengkorak kau! Aku jalan kaki ke Pekan teman kau ni pun dah dikira physical challenging tau, kau pulak nak challenging IQ aku.” Zoey ketawa mengekek melihat wajah tidak puas hati Iza.

“ Sampai hati kau sumpah aku, tengkorak. Dah lah aku ni memang dah kurus.” Zoey membuat ayat sedih setelah ketawanya reda.

“ Aloh..loh, buat ayat touching pulak! Tadi bukan main bahankan aku, meh sini, cium ketiak aku sikit, meh!” Zoey cuba untuk memeluk Zoey tapi dielak oleh Zoey.

“ Yurkk..tak nak lah aku, ketiak bau kapur barus nak suruh aku cium.”

“ Wei, tolong sikit ek! Kapur barus tu cerita lama. Sekarang ni aku pakai Nivea Pearl And Beauty Antiperspirant Deodorant, sangat fantastic baunya tau. Lelaki handsome bau confirm cair.”

“ Puiih! Kambing bau pun boleh muntah hijau tau tak?”

“ Aleh, kau dengki!” Iza memandang Zoey yang menahan ketawanya.

Tiba-tiba , sedang mereka bergurau senda, sebuah kereta Toyota Vios laju melintasi dan melanggar lopak air dihadapan mereka. Zoey dan Iza menjerit terkejut. Habis basah baju mereka dengan air kotor.

“ Woi, tak guna punya kereta, tak ada sivik ke?”

“ Hah! Yang ni baru boleh muntah hijau. Werkk, kelat lah air ni.” Iza meludah ke tanah.

“ Wei, kau telan ke air tu?” Zoey memandang Iza yang menunduk.

“ Aku tertelan lah!” Iza menyebik mukanya sementara Zoey menekan perut, mengekek ketawakan Iza. Aduh! Malang sungguh nasib.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...