Thursday, June 28, 2012

Kecundangnya Cinta Sahabat! - Scene 2


Entah apa ada dalam jiwa aku sekarang, nak kata kosong rasanya tak. Tiap hari my Donat msj aku tapi aku still rasa sunyi dari perhatian dia. Mengapa ek?? Rasa cinta tu dah tak membakar jiwa yer???haha…dalam hati ada taman beb..Jom sambung citer hari tu…..

xxxxxxxxxxxxxxxx


Dia masih ingat, semasa di tingkatan satu dia diminati ramai remaja lelaki dan salah seorang remaja itu adalah Muhd Faizal Azizi atau lebih dikenali sebagai Gee dalam kalangan teman-teman. Pelbagai usaha dilakukan oleh lelaki itu untuk memikatnya tetapi hampa. Dia tidak memberi sebarang respon tetapi sebaliknya dia telah menerima Fairuz sebagai cinta pertama. Tindakan Suhana sememangnya  mengecewakan Faizal namun Faizal tidak pernah berputus asa memikat hati Suhana . Kadang-kadang bayangan Faizal membuatkan Suhana rimas. Keadaan masih sama apabila masuk ke tingkatan 4. Dia masih tidak menerima Faizal walaupun dia sudah putus dengan Fairuz hampir 4 tahun. Namun Faizal tidak sesekali berputus asa dia tetap cuba memikat Suhana sehinggakan permulaannya Suhana terpaksa menerimanya hanya sebagai kawan. Sesungguhnya lelaki itu terlalu unik baginya. Akhirnya, sikap bersungguh-sungguh Faizal telah membuatkan hatinya tergila-gilakan lelaki itu. Suhana mengakui, permulaan perhubungan mereka amat manis untuk dikenang.

     “Hai Su, happy birthday.” Ucap Faizal. Suhana  memerhatikan Faizal dengan perasaan terharu. Bertambah terharu apabila Faizal meletakkan sebuah kotak berisi hadiah di atas meja. Suhana terkejut dengan penghargaan itu, sudi jugak Faizal mengingati hari lahirnya. “Terima kasih Faizal,susah-susah ja.” Suhana serba salah untuk menerima hadiah itu. Dia memerhati sekeliling kelas,kosong. Patut la Faizal berani masuk ke kelas bawa hadiah untuknya. Setelah rehat tamat, semua pelajar tingkatan 4 amanah bergegas ke makmal biologi untuk terus belajar, hanya dia terkial-kial ke tandas tadi. “ Tak dak susahnya lah, Faizal ikhlas bagi hadiah ni,tapi kalau Su nak balas kebaikan Faizal,sudi tak Su keluar dengan Faizal.”.. cis tak guna betul,tadi cakap ikhlas, tapi mintak balasan pulak.

     “Emmm… thanks…Su dah lambat ni,nak pegi makmal biologi..bye.” Gara-gara melayan karenah Faizal, dia terlambat lagi ke makmal. Alamat kena leter lagi la hari ini.  

     Dari jauh Su mendengar suara riuh pelajar kelas 4 amanah, dia mengintai dari luar…..Huhh…lega, cikgu tak ada,dia masuk menuju ke meja yang diduduki 2 sahabat karibnya, Yooh dan Iyaah Riuh mereka bercerita disulami ketawa Yooh yang macam pontianak tu. “Hoi,bisingnya,aku kat kelas pun boleh dengar gelak ang tau ak,cikgu mana?”  “Cikgu keluar jap,ada hal. Dia suruh buat experiment ni.”jawab Yooh sambil membelek kertas kerja. Berpura-pura tekun di situ.

    “ Hah!! sibuk nampak?”,sergahan Tie mengejutkan Su,Yooh,dan Iyaah.
“Hang ni apahal terjerit-jerit,kena sampuk ka?”marah Iyaah,kuff semangat aku,nasib baik aku ni sihat walfiaat kalau tak boleh mati terkejut kat sini. “ Takde lah,aku sihat ja.” Iyaah mengerutkan keningnya,apsal la minah ni,tenung aku macam tu. Buang tabiat kut,dah tu tersengeh-sengeh pulak dia. “Semalam ang balik pukul berapa? Ayah ang cari ang kat umah aku.” Iyaah terkejut dengan pertanyaan Tie. “ Apa hal Tie?”Yooh menyoal Tie tanda tidak puas hati. "Tanyalah Iyaah.” Su dan Yooh memandang Iyaah mahukan jawapan. Tenungan Suhana dan Yooh membuatkan Iyaah gugup. Nampaknya dia terpaksa berterus-terang dengan sahabatnya kali ini. Ini Tie punya pasal la, habis bocor rahsia aku.

     Belum sempat Iyaah membuka mulutnya, Cikgu Asyifa masuk ke makmal,semua pelajar 4A bangun dan memberi salam hormat, pelajaran pun dimulakan. Iyaah tersenyum lega,sekurang-kurangnya dia selamat ketika ini. Dia sempat menjelirkan lidahnya pada Tie yang memandangnya seperti tidak puas hati. 

No comments:

Post a Comment