Hari ni genap 6 bulan
aku bekerja di rotary mec M) sdn bhd. Dalam tempoh yang singkat, waktu singkat
itu lah banyak yang aku belajar. Tentang sikap,tabiat,persahabatan,pekerjaan
dan cara pengurusan dan macam-macam lg. ‘Plus sedikit information pasal
Bomoh,buatan owg and perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Haha..info tiba-tiba
Siyes, aku tidak sangka
owg sekarang pun masih lagi percaya dengan cara perubatan bomoh ni. Sakit and
lenguh2x badan sikit ja dah jumpa bomoh padahal entah2x lenguh2x tu sebab salah
lending time tido ja. Ataupun rasa xsedap badan,rasa hidup xhappy and murung,
ambik cuti 1 minggu sebab nak berubat kampong. Menjadi pulak satu isu bila
bomoh tu cakap terkena buatan orang..
Buatan orang???bunting???oh!!no!no!
bukan yg tu ok..Buatan owg yang berkaitan dengan makluk2x halus ni. Bukan aku
tak percaya perkara pasal makluk halus ni,percaya! Tapi biar lah berpada jangan
terlalu taksub. Makluk halus a.k.a perkara ghaib la kan . Jangan sampai kita iktiar mintak
pertolongan bomoh yang menyeru makluk ghaib lain yg kononnya jin baik berlawan
dengan jin jahat..Tak ker kurafat tu. Kalau perubatan cara ustaz memang boleh
dipercayai sebab menggunakan ayat2x Al-qur’an dan bergantung harap dengan kuasa
ALLAH.
Apabila kita rasa tak
sedap badan atau rasa murung,kawan buat lawak pun tak terasa nak ketawa,asyik
nak marah jer even benda kecik je or rasa sedih yang berpanjangan,jangan pulak
kita pikir kita ni terkena buatan orang. 1st Step cuba cari punca..pada pemikiran aku
ada dua punca mungkin gejala period ataupun kita alami sindrom “depressions” atau
bahasa melayunya sindrom “kemurungan”.
Sindrom kemurungan
adalah penyakit “seluruh jasad” dimana ia melibatkan kesihatan badan,perasaan
dan fikiran. That why we call penyakit seluruh jasad ok?...Dimana penyakit ini
akan menjejaskan tabiat seseorang seperti tabiat makan,tidur, aktiviti harian
dan juga proses berfikir seseorang manusia itu. Nak info seterusnya baca info
ni,hasil carian dari google…
KEMURUNGAN
|
kemurungan adalah gangguan
kepada perasaan seseorang. Gangguan perasaan ini boleh menjadi teruk dan
tegar dan biasanya tidak dapat diatasi hanya dengan dihiburkan oleh rakan dan
keluarga. Kemurungan ini juga tidak dapat dihapuskan dengan hanya ada
semangat. ia memerlukan rawatan yang rapi dan intensif bagi menghapuskan
simtom-simtomnya. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan
atau bertahun-tahun.
Individu murung didapati mengalami
perubahan dalam kimia otak. Perubahan ini boleh dicetuskan oleh penyakit
fizikal, tekanan, kekecewaan atau kesedihan. Selain persekitaran, faktor
keturunan juga memainkan peranan didalam menyebabkan penyakit ini.
Walaubagaimanapun tidak semua individu begini akan mengalami kemurungan. Kemurungan
juga boleh dialami individu yang tidak ada sejarah keluarga.Simtom Kemurungan :
Penyakit kemurungan boleh dirawat, lebih 80% daripada pesakit dapat disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan yang teratur dan intensif. Rawatan ini termasuklah penggunaan ubat antidepressant, terapi elektrokonvulsif (ECT) atau kaedah psikoterapi berupa terapi kognitif. BANTULAH DIRI ANDA DENGAN :
|
So pada keluarga yang
ahli keluarganya mempunyai tanda-tanda “depression” yang melampau bawak lah ke
doctor ,jangan pulak bawak ke bomoh. Kecian kat budak tu taw. Bawak ke ustaz
pun tidak menjadi masalah,sekurang-kurangnya ustaz tu boleh bacakan ayat pulih
semangat pada dia. …
Bye……
Sumber: Majlis
Kesihatan Mental Malaysia
(MHM)
p/s: Blog pilihan hati Korn el Jr
No comments:
Post a Comment