Minggu ni bermcam-macam perkara aku alami..mungkin sebesar zarah bagi orang
lain tapi ianya sebesar pasir pada aku..dan aku amat berbangga pada diri
sendiri kerana dapat menghadapinya..Alhamdullillah bantuan yg maha kuasa aku
success...haha poyoss...aku nak kongsikan satu cerita pada yang sudi
membaca..(yup,aku sedar aku xde follower)..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Suhana gelisah, dia merenung jam di atas meja. Jam 2.00 a.m. dia
masih tidak dapat tidur, walaupun sudah awal pagi. Dia kesal dengan apa yang
telah dilakukannya semalam. Hanya kerana satu balasan sms dia telah meluahkan
suatu kebenaran pada orang yang telah mengecewakan dan melukakan hatinya selama
ini. Dia tahu dan sangat mengerti kebenaran yang diluahnya akan memjadikan
lelaki itu ego dan bangga diri. Apa yang perlu dilakukannya lagi, telajak
perahu boleh diundur, telajak bahasa padah yang menimpa. Suhana mengirim sms
kepada Tie untuk meluahkan kekesalannya.
“Apa aku dah buat Tie,aku bagi tau kat Gee bahawa satu penderitaan bila
aku cuba
lupakan dia….aku sedar aku masih cintakan dia. Selama ni aku ego ja. Tak dak
sapa boleh ganti tempat dia.” Tiada balasan dari Tie, mungkin juga sudah tidur.
Tie adalah salah seorang daripada teman yang masih setia dengannya. Banyak
rahsianya yang diketahui Tie, tambahan
pula dia memang suka meluahkan perasaannya pada Tie. Tie boleh dipercayai dan
kadang-kadang nasihat Tie amat berguna dan boleh membangkitkan semangatnya.
Kadang-kadang dia juga amat merindui Iyaah dan Yooh. Mereka adalah 4 sahabat
yang sangat rapat sejak sekolah rendah lagi. Walaupun kadang-kadang Tie jarang
menyertai mereka di sekolah, tapi mereka sangat rapat di luar sekolah.
Sesungguhnya dia amat bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang baik dan sangat
mengambil berat akan dirinya. Buktinya sekarang ini walaupun masing-masing
sibuk dengan karjaya masing-masing tapi mereka masih lagi berhubung antara satu
sama lain.
Muhd Faizal Azizi , dia takkan lupa dengan nama itu, walaupun nama itu
cinta kedua baginya. Hampir 3 tahun mereka berkasih namun tidak membawa apa-apa
pengertian. Mereka berpisah kerana keegoan dalam diri masing-masing. Dia tidak
sanggup lagi untuk meneruskan perhubungan itu, lantas dia membuat keputusan
untuk putus. Suhana tidak sanggup terus
makan hati dengan sikap Faizal yang tidak lagi prihatin terhadapnya. Faizal
banyak berubah setelah pulang dari Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). Sememangnya dia terlalu merindui lelaki itu
pada ketika itu, tiga bulan Faizal meninggalkannya kerana mengikuti PLKN, namun
setelah pulang dari PLKN Faizal tidak mahu lagi berjumpa dengannya. Setiap kali
diajak berjumpa, pelbagai alasan yang diberi….sibuk lah!jumpa kawan lah!…pergi
makan angin dengan teman-teman dan macam-macam lagi alasan. Keadaan ini menyebabkan Suhana tawar hati dan
jalan terbaik bagi mereka adalah putus. Suhana bertambah kecewa apabila dia mendapat
tahu Faizal curang terhadapnya. Walaupun dia tidak mempunyai sebarang kesahihan
mengenai perkara ini namun sikap lelaki itu yang tidak kisah dan tidak cuba
memujuknya telah membuktikan segalanya. Lelaki itulah yang memecahkan arca
kasihnya, yang membuatkan hatinya beku, susah untuk mempercayai lelaki lagi.
Dia bukan anti-lelaki tetapi pengalaman yang dilaluinya, menjadikan dia serik
untuk bercinta lagi.
Bersambung.......xoxo
No comments:
Post a Comment