Sunday, May 22, 2016

Shell-out Subang Bestari


Hari ini kita lari dari rutin kebiasaan. Asyik sembang pasal keje, sibok, business, keje, business, sibok... Bohsang sangat aiih...

So hari ni aku nak memperkenalkan kepada korang satu kedai seafood yang paling terbaik, paling rare, paling oh..ohsome, paling lain dari yang lain, paling save budget, paling kenyang. 

Haaa...dah mengelupurkan? ;D

Kahkahkah...kenyang but save budget tu yg penting buat mengelupur 3 Kali sehari selama 3 malam turut-turut.


Ninn diyaa...

Terletak di Subang Bestari, Jln Tasik Raja Lumut, Flat U4. 

Tak susah pun nak Cari tapi tak Mudah nak nampak kahkahkah. Dia berada dalam kawasan flat. Kalo korang dah jumpa flat U4 tu betul lah tu. Masuk ja kawasan flat tu, drive tewus masuk ke dalam. Dia berada dibahagian dalam. Masuk dalam dah korang akan nampak signboard 'Sue Tuya Shell-Out'...hah situlah tempat nya. 


Sue Tuya Shell-Out ni baru sangat ja beroperasi. Since April yang lalu.

Tapi dia punya ramai dan well-known tu macam dah lama ...mcm dah buka sejak zaman Tun Teja lagi. -___-

Aku sendiri pun tak boleh nak mengawal hawa dan nafsu ...memang tak sabar-sabar nak try makan Kat situ. Hari-hari jilat screen phone bila nengok gambar Kat fb Sue Tuya Shell-out nih.

T___T



Finally last week aku dapat berkesempatan jugak menjejakkan kaki  di shell-out. Memang different restaurant ngan port retis dok lepak tu tapi at least concept dia sama lah. Shell-out jugak...seafood jugak! 


 Merasa jugak concept makan bersepai dan berhantu dikalangan retis-retis tanah air.


Blurppp!!! Alhamdulillah
;D

Nampak tak? Sampai senget-senget aku kekenyangan. Hohoho ;D

Harga sangat murah dan sedap.
1 set RM50.00
Satu set ni untuk 4 orang makan.
Set nih exclude nasi Dan air taw.

So total cost untuk satu set seafood + nasi 3 mangkuk, Oren jus 3 gelas dan air kosong 3 gelas. RM67 dan sen sen.

Pada aku murah sangat kalo nak dibandingkan dengan shell out Kat damansara tu.

Tapi pada yang tak makan seafood don't worry boleh jugak join Ber shell-out jugak sebab diowang Ada menu lain, menu western and menu goreng-goreng.

So, sesiapa sahaja yang membaca entry nih go lah....go to shell-out now.

Confirm puas semacam jer korang selepas melangkah keluar sambil blurpp bau seafood. Jangan nak salahkan aku kalo korang ketagih shell-out nih dan ajak-ajak lah aku shell-out skali. At least terbayar penat lelah aku share entry shell-out nih kan ekehkehkeh...



Sekali lagi lokasi Shell-Out

Dekat flat section U4, Jalan Tasik Raja Lumut, Subang Bestari.

Buka dari selasa sampai Ahad (Isnin close)
Jam 5pm till 12pm (Jumaat sampai 1am)

Boleh follow fb Sue Tuya Shell-out untuk eyes-refreshing kihkihkih ;-)

Happy weekend lovely readers
^___^







Wednesday, May 18, 2016

Rindu awak separuh nyawa

Mak oiii!.....maless giloss nak hupdate blog. Ingatkan dah penuh post utk minggu nih. Rupanya aku menulis dalam mimpi jaa daaa...penah korang alami mcm aku. Rasa mcm dah hupdate blog hari-hari. Hakikatnya dah berkurun rupanya entry yang Sama appeared sejak kurun yang lalu.

Hah...ni bawu namanya 'siti di alam fantasy'...hahahaha

Dasar kuat berangan plus malas tahap 'tenuk skandal dengan dugong' tu lah kekdahnya. Bulan nih aku mengelabah tahap lipas kudung. Banyak benda nak kena settle specially hal keje. Biasa lah aku kan busy kalah kak rosmah. Syukurlah stock business online aku habis, dah habis dijual, tak sampai tengah bln pun. Boleh syukur mcm tu? Orang habis stock tambah stock lagi. Aku leh lex...lex..peace lagi.

Stock limited utk eskinol. Kena pre-order. Sebab tu ikut nasib lah kalo ada. Kalo takde menangis lah korang ditepian kolah air sambil tersedu sedan. Bulan depan, earlier month aku restock balik...insha Allah aku lebihkan stock. Tak yah lah nangis lama2 kang buta mcm kasim Selamat. Tragis sangat tu.

Jom aku hupdate sikit aktiviti aku masa cuti labour day itu hari yg forward ke monday tu. Meant aktiviti ni on monday lah kan. Aci bawu nak hupdate? Aci Kat India lah....yeh aku tahu Kat India!!

Aktiviti bertemu peminat...ewah..ewah hahaha. Bkn akuuu!! Tapi penulis novel kita ni Siti Rosmizah. Dia penulis tersohor terkenal dengan penulisan novel tebal tahap baling anjing, anjing terkehel.kihkih

Novel dia stock tebal-tebal k...takat peminat novel yg tak bape nak tegar cam aku ni, Setahun belum tentu habis baca. Bukak novel baca Bab 1 and Bab last..pastu sodakallah hul'azim....the end .. Sambung dalam mimpi ....kahkahkah

Aku serious citer panjang2 sangat nih aku malas nak baca. Sebab aku jenih tak sabar nak taw ending. Aku lagi rela berangan dari baca novel. Sebab tu aku boleh menulis cerpen ja. Cerpen aku yg 10 episode pun aku rasa dah panjang sangat....pastu tak sabar-sabar nak tulis ending. Hahaha penulis apa perangai mcm tu.

Tapi novel Siti Rosmizah ni memang meresap ke dalam jiwa. Dia punya plot seolah-olah berlaku on realiti. Sebab tu tebal pun peminat novel sanggup beli Dan baca. Setahun bawu habis baca pun setahun lah. Janji tak terlepas novel ni.hehe


Inilah novel terbaru Siti Rosmizah. Tajuk entry ni pun gigih letak tajuk novel. Style pulun noh ang? Hahaha

Dia punya Emce hari tu pun tak habis2 pickupline 'Rindu awak separuh nyawa'. Aku panggil dia abang sebab nama dia punya bapak sama dengan aku punya bapak. Masa nak balik tu aku bye2 lah Kat abang aku kan. Dia pun balas 'Rindu awak separuh nyawa'. Aku reply balik 'curi-curi Cinta'. Hahaha dua-dua sengal.

Curi-curi Cinta pun novel Siti Rosmizah okey. Novel terbaru 'Rindu awak separuh nyawa' dah boleh dapatkan dipasaran seluruh Malaysia..amboi promote !!! hahaha

Ada satu novel siti Rosmizah ni akan diadaptasi ke drama tak lama lagi. Maybe shooting on November nih. Tak silap aku tajuk 'Andai itu takdirnya' kot. Aku dah baca novel tu. Memang best jalan citer dia.


Boleh pulak jumpa member UTM Kat event tu. So apa lagi mengedik lah kita.

Hashtag 'kita kan geng!'

I ada boyfriend comel! U Ada?
^__^
Memek muka boyfriend I dah mcm 'emm..layan kan jerlah akak ni!' Haha


Siti Rosmizah cakap dengan menulis boleh jadi jutawan. 

Uwarghhhhh.....nak jutawan jugakkkk!
Bila nak start menulis ni?
Bila novel nak siap ni?
Bila nak jadi jutawan ni?

Tepuk dada...Tanya hati!

Next....tengok gambar kitowang selfie jelah. Letih lorrr...membebel banyak-banyak.

 




Okey, cukup lah cuci Mata tu. Dapatkan novel ke 9 Siti Rosmizah 'Rindu awak separuh nyawa' dipasaran sekarang. RM40 hingget sahaja. Jalan cerita dan plot yg diterapkan penulis ni memang terbaik. Berlaku dalam dunia realiti kita. 

Dan FYi, Siti Rosmizah jugak telah mengeluarkan product minyak wangi mengikut 7 judul novel. Menarik kan?

Nak beli atau nak jadi agent boleh contact SR Publication yeh..

WhatsApp 019-264 1099/019-282 3501
Atau
Fb: Siti Rosmizah Novelis SR Publication



Gambar kanan bakal jutawan...gambar Kiri bakal penulis tersohor...eh tersohor ke tercorok..ekihkihkih..



Wednesday, May 11, 2016

Rezeki mencandat dan pulut durian seketul


Baru-baru ni kan...eh, tak bapa nak baru sangat lah. Minggu lepas lagi. Adik aku and the geng pegi mencandat Kat terengganu. Bukan main syok lagi dia mencandat...bawak balik soh aku masak sotong tapi dia sndiri tak makan sotong. Hahaha...loqat..loqat


Buntu akak kau tak taw nak masak apa. Banyak ekor sotong ni, besor-besor pulak tu....sampaikan kena bahagi tiga dengan jiran. Dah tu banyak sangat sapa nak makan..takat pewut aku sorang leh kejong oqat mulut aku mengunyah menatang liat nih...haha. 

 Okey jgk kan, Kongsi-kongsi rezeki.



Ni lauk 1st day yang aku mampu masak. Sambal main hentam keromo..janji Ada rupa sambal dan rasanya adalah pedas.



Aku kan tak nak makan nasi lagi kan ..so aku makan dengan keropok terengganu ni. Hahaha Boleh? Keropok nih pun banyak stock Kat rumah. Tak larat aku nak mengoreng utk Adik aku. Fv dia nih.


Adik aku suka jeling kalo aku snap gambar food...takleh ek?? Hahaha

Hah...INI fv aku...sotong goreng tepung. Tiga hari turut-turut makan benda alah ni. Aku kalo nak masak lauk sotong...ini ja lah aku akan fikir nak masak. Dah Mudah! Goreng jer...pastu acah-acah makan Kat restoran 5 star...kihkihkih

Alhamdulillah... Happy dapat kongsi2 rezeki. Tapi serious.. Windu sangat ngan family Kat kampung. Alangkah best kalo dapat buat makan-makan dengan family..


Itu hari mengidam benda alah ni...dapat WhatsApp mektie malam tu suruh turun seksyen 24. Gigih aku Waze medan selera seksyen 24 tu. Waze mcm mana pun tetap nak sesat gak. Tu tak menahan...rupa-rupanya seksyen 24 tu jiran jer ngan seksyen 18...kahkahkah..sengal! Penat ja sesat jauh-jauh.








Monday, May 2, 2016

A day at the garden, restore the soul (Taman Botani Negara Shah Alam)

Hamboi...tajuk nak matsalleh saja. Lama gak tak hupdate nih. Banyak benda nak hupdate Dan nak share tapi kenkangan masa. Masa free tak pernah kata cukup.
Balik umah dah terbongkang penat... Pastu nak bukak blog dah rasa mcm malas. Tetiba takde energy. Lembik mcm sayur pucuk masak lemak.

Uisshhh...sedap ! Hahaha

Maafkan hamba kiranya buat Tuan hamba terliur....menitik-nitik Kat screen hand phone nih oiii....

Okey...sempena labour day itu hari...iaitu hari ahad kan...sesaja award diri sendiri buat something yg chillax...chill dan relax. Eh mcm tiap minggu ja chillax? Hehe


Taman botani negara Shah Alam menjadi destinasi chillax Kali nih. Takde nak pegi jauh2 tak kosa dengan jem bagai. Labour day ramai yg amik peluang balik kg kan. Legang ja subang-shah alam hari tu. Syukur alhamdulillah.. Bagus-bagus. Kerap-kerap lah balik kg noh! Tapi awal posa nanti jgn balik, sebab aku nak balik! Haha


Before masuk beli ticket dulu lah. Dah bayar ticket RM3 untuk parking masa Kat pondok pengawal tu. Nak masuk ke dalam another's ticket RM3.00. Nak melawat rumah iklim 4 musim kena bayar harga lain RM3.00. So total semua RM6.00 per adult. Add parking jadi RM9 untuk harga bapak sebab bapak yg drive kete. Anak-anak harga lain. Boleh lah berpatutan harganya.


Muka jakun naik bus pertanian hahaha.
Expensive experience ni... tauhuuu?


Ni lah rupa busnya. Open bus mcm ni, korang boleh melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Best rasanya.


Dah sampai pun. 4 seasons temperate house. Kami terus tuju kesini sebab memang niat nak datang sini. Masa ni musim bunga...so dtg nak tengok bunga lah. If korang nak tengok salji. Datang dalam bulan December or January. 



Dah blog aku kan, so mengadap ja lah muka aku Kat sini. Hehe

Banyak lagi tempat yg korang boleh explore macam titi gantung, zoo haiwan mini, jenis2 rumah lama mengikut negeri, skytrex dan mcm2 taman lagi. Nak aku type semua takleh lah..penat. Dengan suasana dan keadaan aman damai Kat sini memang sesuai bawa anak-anak kecik dtg. Family ramai datang dan join activities Kat sini. 

Korang boleh berjalan..jogging...berbasikal.

Tempat makan semua Ada dalam ni dan harganya berbaloi dan mampu beli. Air mineral pun sebotol singget jer xde cekik darah mcm sesetengah tempat.










Sini sepatutnya korang boleh nampak pemandangan sawah padi. Tapi maybe sebab now musim kemarau. So sawah padi takde. Tapi kalo tengok pada gaya mcm lama jgk terbiar mcm Padang jarak Padang terkukur hehe. Memang best pemandangan pun boleh layan lah...rasa dekat dengan alam. Tapi banyak kawasan yg terbiar aku nampak...so agak mencacatkan pemandangan.

Eh..banyak pulak tapi aku huhu


Gambar 1: sini lah pintu masuk, sinilah pintu keluar.
Gambar 2: sini kaunter untuk beli ticket masuk dan belakang Sana hentian menunggu bus. Blakang Sana jugak korang boleh nampak tempat utk Sewa basikal. Harga RM10 untuk 1 jam kot. Tak sure hehe
Gambar 3: Hall pintu masuk dan kaunter tickets.

Rumah iklim ni beroperasi mengikut musim2 yg terdapat di kawasan iklim sederhana iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan. Kita kan tahu Malaysia takde musim2 tu kan. So kementerian pertahanan mengambil inisiatif utk sediakan rumah iklim ni untuk Malaysian.

Okey jadual 4 musim seperti berikut;
Dec-Feb # Musim salji/ winter
Mac-Mei # Musim bunga/Spring
Jun-Aug # Musim panas/Summer
Sept-Nov # Musim luruh/Autumn

Amacam? Teruja tak nak rasa 4 musim ni?

Terjah lah cepat!! Tapi nak inform awal2 lah. If datang sini dapat lihat, rasa dan amik bau ja. Xleh nak blend/adopt ngan season tu. KO masuk ko berdiri lah Kat beranda. Pastu budget mcm Kat oversea. Kihkihkih

Musim bunga....wangi sangat bunga2 tu.

Cantik kan??