Wednesday, May 18, 2016

Rindu awak separuh nyawa

Mak oiii!.....maless giloss nak hupdate blog. Ingatkan dah penuh post utk minggu nih. Rupanya aku menulis dalam mimpi jaa daaa...penah korang alami mcm aku. Rasa mcm dah hupdate blog hari-hari. Hakikatnya dah berkurun rupanya entry yang Sama appeared sejak kurun yang lalu.

Hah...ni bawu namanya 'siti di alam fantasy'...hahahaha

Dasar kuat berangan plus malas tahap 'tenuk skandal dengan dugong' tu lah kekdahnya. Bulan nih aku mengelabah tahap lipas kudung. Banyak benda nak kena settle specially hal keje. Biasa lah aku kan busy kalah kak rosmah. Syukurlah stock business online aku habis, dah habis dijual, tak sampai tengah bln pun. Boleh syukur mcm tu? Orang habis stock tambah stock lagi. Aku leh lex...lex..peace lagi.

Stock limited utk eskinol. Kena pre-order. Sebab tu ikut nasib lah kalo ada. Kalo takde menangis lah korang ditepian kolah air sambil tersedu sedan. Bulan depan, earlier month aku restock balik...insha Allah aku lebihkan stock. Tak yah lah nangis lama2 kang buta mcm kasim Selamat. Tragis sangat tu.

Jom aku hupdate sikit aktiviti aku masa cuti labour day itu hari yg forward ke monday tu. Meant aktiviti ni on monday lah kan. Aci bawu nak hupdate? Aci Kat India lah....yeh aku tahu Kat India!!

Aktiviti bertemu peminat...ewah..ewah hahaha. Bkn akuuu!! Tapi penulis novel kita ni Siti Rosmizah. Dia penulis tersohor terkenal dengan penulisan novel tebal tahap baling anjing, anjing terkehel.kihkih

Novel dia stock tebal-tebal k...takat peminat novel yg tak bape nak tegar cam aku ni, Setahun belum tentu habis baca. Bukak novel baca Bab 1 and Bab last..pastu sodakallah hul'azim....the end .. Sambung dalam mimpi ....kahkahkah

Aku serious citer panjang2 sangat nih aku malas nak baca. Sebab aku jenih tak sabar nak taw ending. Aku lagi rela berangan dari baca novel. Sebab tu aku boleh menulis cerpen ja. Cerpen aku yg 10 episode pun aku rasa dah panjang sangat....pastu tak sabar-sabar nak tulis ending. Hahaha penulis apa perangai mcm tu.

Tapi novel Siti Rosmizah ni memang meresap ke dalam jiwa. Dia punya plot seolah-olah berlaku on realiti. Sebab tu tebal pun peminat novel sanggup beli Dan baca. Setahun bawu habis baca pun setahun lah. Janji tak terlepas novel ni.hehe


Inilah novel terbaru Siti Rosmizah. Tajuk entry ni pun gigih letak tajuk novel. Style pulun noh ang? Hahaha

Dia punya Emce hari tu pun tak habis2 pickupline 'Rindu awak separuh nyawa'. Aku panggil dia abang sebab nama dia punya bapak sama dengan aku punya bapak. Masa nak balik tu aku bye2 lah Kat abang aku kan. Dia pun balas 'Rindu awak separuh nyawa'. Aku reply balik 'curi-curi Cinta'. Hahaha dua-dua sengal.

Curi-curi Cinta pun novel Siti Rosmizah okey. Novel terbaru 'Rindu awak separuh nyawa' dah boleh dapatkan dipasaran seluruh Malaysia..amboi promote !!! hahaha

Ada satu novel siti Rosmizah ni akan diadaptasi ke drama tak lama lagi. Maybe shooting on November nih. Tak silap aku tajuk 'Andai itu takdirnya' kot. Aku dah baca novel tu. Memang best jalan citer dia.


Boleh pulak jumpa member UTM Kat event tu. So apa lagi mengedik lah kita.

Hashtag 'kita kan geng!'

I ada boyfriend comel! U Ada?
^__^
Memek muka boyfriend I dah mcm 'emm..layan kan jerlah akak ni!' Haha


Siti Rosmizah cakap dengan menulis boleh jadi jutawan. 

Uwarghhhhh.....nak jutawan jugakkkk!
Bila nak start menulis ni?
Bila novel nak siap ni?
Bila nak jadi jutawan ni?

Tepuk dada...Tanya hati!

Next....tengok gambar kitowang selfie jelah. Letih lorrr...membebel banyak-banyak.

 




Okey, cukup lah cuci Mata tu. Dapatkan novel ke 9 Siti Rosmizah 'Rindu awak separuh nyawa' dipasaran sekarang. RM40 hingget sahaja. Jalan cerita dan plot yg diterapkan penulis ni memang terbaik. Berlaku dalam dunia realiti kita. 

Dan FYi, Siti Rosmizah jugak telah mengeluarkan product minyak wangi mengikut 7 judul novel. Menarik kan?

Nak beli atau nak jadi agent boleh contact SR Publication yeh..

WhatsApp 019-264 1099/019-282 3501
Atau
Fb: Siti Rosmizah Novelis SR Publication



Gambar kanan bakal jutawan...gambar Kiri bakal penulis tersohor...eh tersohor ke tercorok..ekihkihkih..



3 comments:

  1. Hah! samalah males kita nih! nak hup-date blog.
    Hup-date dalam mimpi rupanya.
    Mrs. A peminat novel gak tapi itu dulu sekarang dah kureng....faktor usia kot.

    ReplyDelete
  2. OMG siti rosmizah! Novel dia mostly best woo..
    tp mmg btul novel dia tebal bak ang. Baling anjing mmg terkehel.. Hahaha... Kira aina kategori gigih jugak la snggup tdo 5 pg semata mata nk baca novel dia. =P Tp skrg x nyempat nak baca novel da.. sobbb hehe

    ReplyDelete
  3. Wahhhh... penulis feberet ke tuh?
    sis memang x pernah habeskan 1 novel pon.
    pernah baca 1 novel. tak habes2. sudahnye sis bg kat kawan sis suh cerita ape kesah novel tuh. hahahahahaha

    ReplyDelete