Friday, March 30, 2018

Menang RM 20 ribu peraduan 'Nestle' rupa-rupanya

Assalamualaikum semua.....
Simkad aku terpilih utk menang RM 20 ribu dari Nestle Malaysia .....rupanya sindiket penipuan. -..-

Aku bawu ja dpt wasap tu ptg smlm. Mentang-mentang today gaji kan...Tewus nak perdaya aku mcm tu. Why to kejam!

RM 20.000 jer ?? Dah lah nak menipu lepas tu typo pulak....bahaha. Aku bukak website yg dia bagi tu. Memang lain mcm website dia, lekeh giler, Tak standardized langsung, no professional, not up to date, no value. 

Nampak no siri aku? 
Website budak tadika lagi vougue.

Bahasa melayu pun tunggang langgang.
Ada hati! 

Boleh lah nampak cara-cara nak tebus hadiah. Bila dah sampai mintk gambar atm card depan blakang dah something wrong tu. Ingat yah, card atm Kita kan ada system paywave tu, jaga lah ia mcm wang cash. Dgn no yg Ada pada card tu diowg boleh duplicate card ATM tu yeh. So,  Jgn dedahkan pada sesiapa pun. Kalo hilang cepat-cepat kol bank mintak block.

Aku kol talian pusat perkhidmatan pengguna Nestle utk buat report. Sesaja ja nak wat report, takdak keje bahahaha

Menurut pihak Nestle dah Banyak aduan yang mereka terima. Mcm-mcm modus operandi diowg nih. So Kita sebagai pengguna just beware k. Tak payah lah harap organisasi/person sesaja nak bagi RM 20 ribu Kat ko. Rm 20 hingget pun belum tentu ko nak dapat. Tapi kalo nak bermimpi Dan berangan takpe yeh, dibolehkan..hehehe

Memang lah ko xmintak bayaran tapi ko tarik duit dari ATM card tu...kan...kan?Pandai betul ko nih.

Jangan risau kalo dpt wasap mcm aku tu, boleh block atau boleh kol talian Pusat perkhidmatan pengguna Nestle utk sebarang pertanyaan.
1-800-88-3433

Fyi., Nestle cuma Ada satu website sahaja iaitu www.nestle.com.my





3 comments:

  1. Sis , pastu apa diorang boleh buat kalau dh dpt no kt atm card tu ?

    ReplyDelete
  2. Dpt no card ATM Tu ja mcm2 Cara diowg boleh amik duit dlm tu. Cth duplicate card pastu guna paywave utk tarik duit Tu. Sbb Tu if card ATM bank hilang Kita kena cepat2 kol bank mintak block card

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain Tu diowg boleh godam Akaun kita. Nak cerita lebih pun xpandai sangat. Owg jahat nih mcm2 tektik diowg nak menipu.

      Delete