Thursday, December 27, 2018

Teringinnya nak pusing-pusing di sarawak

Korang tahu Kuching? 'K.U.C.H.I.N.G' yah! Bukan kucing bingo meow..meow tu. Huhu
Kuching tu ibu Kota bagi Sarawak yah kawan-kawan. 
Iannya terletak di Borneo.
Kot lah ada Yang tak tau. Hehe

Macam aku Kan...sekolah dulu lagi admired sangat dengan Sarawak. Sampai lepas STPM tu apply IPTA kat Borneo sana. 1st choice kat USM subject psychology kanak-kanak. Sanggup walaupun gayat naik belon ..sebab niat tu dah tanam awal nak explore Sarawak. Yer USM tu kat Sabah...tapi Kira aci lah Kan. Kan Sabah Sarawak tu dua beradik jer. Kehkehkeh

Malangnya dapat sambung belajar kat Johor pulak...keinginan nak explore Sarawak tertanam di lubuk sanubari bergitu sahaja. Hahaha
Lepastu boleh confius pulak Muar dan Miri. Muar kat Sarawak, Miri kat Johor. Hahaha 
Okey ...inilah padahnya kelas subject geografi main sembunyi kat surau. Huhu

Namun...sejak berlaki dan beranak pinak nih keinginan nak explore Sarawak kembali membuak..tak taw lah faktor 'pembawakan' atau faktor umur.
Jeng...jeng...jeng 😊

Persoalannya...kenapa aku nak sangat pusing-pusing Sarawak?


Sarawak ada Kuching

Sebab Sarawak Ada K.U.C.H.I.N.G. kehkeh.
Kota Kuching ni mempunyai tarikan tersendiri taw. Pasti menyeronokan dan menjadi batu loncatan yang hebat untuk Kita terus meneroka seluruh bahagia Borneo ni. Tak perlu banyak, 4 hari pasti cukup untuk aku seronok menjelajah segala tarikan yang terdapat di Kuching. Kalau kat ibu kota lain di Malaysia mungkin Kita tertanya-tanya apa aktiviti best nak buat lagi-lagi pada waktu Malam?...tapi kat Kuching datang jer sini korang taw lah apa nak buat. Sebab waktu petang dan Malam lah waktu terbaik dan best nak meneroka Kota Kuching. Pelbagai aktiviti riadah individu atau keluarga boleh dilakukan di sepanjang tebing Sungai pusat Bandar Kuching ini.


Pada waktu ini, gerai tepi Sungai dan restoran kecil dibuka, lampu menyala dan penduduk setempat berada diluar dan memberikan Sungai itu sedikit buzz.

Salah satu tarikan di tebing Sungai Sarawak ni, kita boleh naik bot kecil untuk menyusuri Sungai atau menyeberangi Sungai. Kos hanya RM 1 seorang untuk setiap perjalanan. Di seberang sana terdapat jalan lain Serta pusat penjaja yang murah dan lazat. Jimat masa dan seronok Kan. Hehe


Selain itu, terdapat beberapa replika kucing di beberapa tempat di sini. Menjadi kewajiban Okey, bergambar dengan replika kucing yang merupakan mercu tanda keamanan dan kedamaian Bandar Raya Kuching ini.

Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Kalau ikut survey, ramai pengunjung datang ke Borneo untuk melihat orang utan dan Sudah tentu itu merupakan Salah satu tarikan kenapa aku kenapa nak sangat ke sarawak.



 Pusat hidupan liar Semenggoh sepatutnya menjadi highlight di Kuching memandangkan ianya sangat popular dan menawarkan peluang untuk melihat orang utan dalam persekitaran semulajadi mereka.


Wahh, tak sabar nak pergi! Nak melawat pusat hidupan liar ni dinasihatkan datang pada waktu ditetapkan, supaya korang berpeluang untuk menyaksikan gelagat dan aksi comel orang-orang utan ni.


See? Comel Kan? Nak tengok lebih jelas, bawaklah binocular sendiri, lagi puas tengok. Masa makan untuk orang utan adalah sekitar pukul 9 pagi dan 3 petang. 
Haa, kalau dating time confirm boleh tengok banyak orang utan. Boleh dating sama-sama orang utan. Sesuai sangat!! Hahaha


Kampung Budaya Sarawak


Untuk merasai pengalaman unik budaya dan warisan seni penduduk tempatan, korang harus mengunjungi Kampung Budaya Sarawak. Tak nak pening-pening, korang boleh arrange dengan pemandu teksi untuk bawak ke Sana. Kalau nak lagi senang, boleh jugak terus amik pakej daytrip dengan mana-mana tour guide. Lebih senang, sebab Kita tak perlu nak sibok cari mana tempat menarik untuk dilawati. Just ikut jer tour guide tu.

Kek Lapis Sarawak

Sudah semestinya activiti yang tak boleh miss ialah merasai sendiri kelazatan kek Lapis Sarawak.

Boleh juga melihat process pembikinannya sampai lah ke pembungkusan kek lapis.

Rasa macam nak angkut jer semua Kan.
Huhuhu

Kebanyakkan kek lapis yang dijual di sekitar Kuching Waterfront agak murah harganya kalau nak dibandingkan dengan yang dijual di kedai-kedai lain.


Harganya sekitar RM 10 hingga RM 30 bergantung kepada flavour dan jenis. Kalau pandai bargain, boleh dapat lagi murah. So, pepandai lah manfaatkan skill korang yeh. Tak semua orang ada skill tawar menawar nih. Hehe

Banyak lagi tempat-tempat best kat Sarawak yang boleh explore. So, aku nak survey dulu sebelum ke Sana. Oh ya, tempat paling best aku Rasa boleh menginap di Hotel Pullman. Hotel ini terletak di kawasan paling strategic iaitu di kawasan Kuching Waterfront. Pengangkutan mudah, jadinya pergerakkan pun akan jadi mudah. Tempat makan ke, tempat lepak, tempat relax senang untuk diakses. Mahal? Hmmm..sebab korang nampak macam cosy sangat hotel ni Kan? Sebenarnya boleh jer dapat rate yang reasonable. Dengan syarat kena pandai cari! Boleh jer jumpa banyak special offer on Pullman Kuching online.




Meh sini aku bagi tips. Biasanya untuk reserve tempat penginapan dan tiket penerbangan pada harga berpatutan, visit application atau laman web Traveloka. Dengan Traveloka semua keje akan jadi mudah, dan jimat masa. Tak percaya Cuba la visit website Traveloka. Promo code pun banyak ditawarkan lagi-lagi during special occasions.

Aku sangat rekemen kalau korang pun ada plan untuk bercuti ke Kuching macam aku.
Nak jugak experience sendiri berjalan-jalan di Kuching kan? Make sure korang ada plan yang mantap supaya perjalanan berjalan lancar dan Kita pun enjoyed the vacation. Hihi

Okey lah...sampai sini dulu perkongsian aku Kali ini. Sharing is caring!
Ciaoo!!


P/S: Gambar semua aku cilok dari encik Google. Thank you 😁

Saturday, December 15, 2018

Dapat 'Refund' dari Shopee


Previous entry Aku ada mention still tak dapat brg poslaju Kan. Di sini --Brg tak sampai. Rabu petang tu Aku g amik kat poslaju cawangan serahan kat Bayan Lepas. Yes...brg Tu mmang Ada kat diowg. Bila Tanya kenapa tak hantar Dan delay banyak Hari mcm nih...katanya Kem tentera tak boleh masuk...krik..krik..krik kejab.

Derr....lawak antarabangsa apa nih? Sebelum nih boleh jer buat serahan Kat balai pengawal. Kali nih tak boleh plak?

Tak pe lah ...malas nak cakap banyak..janji brg Aku selamat.

Hadiah dari blogger kak sha. "Sesuatu" sangat tajuk Tu...hahaha

Barang yang shopping kat Shopee. Semuannya barang baby ALuth. Baju puteh tu kainnya cantik, lembut, tak panas. Murah jer tu, bape hingget jer. Memang BERBALOI sangat.

Wooden puzzle nih Aku Beli 20 pcs. Tapi tak cukup 5pcs Yang picture 'tiger' tak dapat. Walaupun aku taw murah ja barang nih....tapi aku nak tuntut jugak..hehe
Business is business... customer is always right. Ghituhhh!


Well...inilah Salah satu risiko Yang kena hadap Kalo business online Dan shopping online. Dua dua pihak kena main peranan dan bertanggungjawab. Both must find the solution. 

Kalo faced problem mcm nih.. customer kena take action...maklum kat Shopee... request refund ke, replace ke, or return. Bukannyer complaint mcm2 kat komen yeh., Burukkan sellers mcm tu, buyers mcm nih dan sebagainya..tak dapat APA pun k!! . (Eceh..mcm tuju kat diri sendiri jer pun kihkihkih)


Esoknya aku dapat email from Shopee yang mengatakan seller setuju utk refund balik duit 5 pcs wooden yang tak cukup tu.

Alhamdulillah...dapat balik dalam wallet. Boleh jer withdraw..means mintak transfer dalam Akaun tapi...Aku biar jerlah dalam wallet. Nanti nak shopping lagi boleh guna.

Tak lama kemudian dapat chat dari seller Mohon maaf. Tak jadi nak banned seller Tu kahkahkah 😄. (Teruk jgk perangai tu rupanya) hehe

 It's. Okey...maybe terlepas pandang Dan stock totally habis Kan. #husnuzon

Cara nak refund duit balik dari Shopee boleh jer nengok step gambar yg Aku uploaded tu. Alah tak susah pun follow the flow ja. Simple jer application Shopee nih. 

Eceh... budget macam korang tak pernah shopping Shopee jer Kan ..Aku nih pon.. Hahaha

Okey..bye...bye

P/S: Bersiaran dari kampung nan Indah...jelapang padi 😊👍

Baca jgk sini --->  Cara refund Dari shopee (terpakai utk semua seller yeh, tak Kira seller local atau overseas)

Wednesday, December 12, 2018

Barang Tak sampai - frustrating

Frust nonggeng...barang beli online tak sampai..dah lah berminggu menunggu. 
Jgn kata barang beli...barang hadiah dari blogger kak sha pun Belum sampai. Sangkut kat pos office since 5 December.
What the fish is this? 


Today dah 12 December Wei, hampa nak delivery jauh mana sangat?

Husband dah started cuti Hari nih...nampak gayanya kena pegi collect sendiri lah. Banyak keje nak kena settled today before cuti panjang kat kampung...mana urusan postponed appointment checkup anak...urusan Jpj, urusan pos, urusan collect brg. Owhhh....hakak stress!!!😆 
Hahaha nampak tak pompuan nih busy?

Nanti free Aku blogwalking yeh...sibok lately. Business women katakan kihkih.
#Bytheway...Lepas dah settled semua urusan...program dan project Aku nih...Aku nak share rezeki dengan blogger2 Malaysia. Malaysia?? Wahh...mcm ramai jer follower tu ek...hahaha. Nak buat giveaway dan open Bloglist. Hampa tengok lah Bloglist Aku semua dah tak active...mungkin masing2 sibok dengan urusan dan keluarga. 

Giveaway nih..off course Aku perlukan support dari blogger semua. Hope Sudi support Aku. Hah...jemput lah follow blog Diary Aku Manja nih hehe. 

Stay tuned!!!

Wasalammm...Hari ni nak g serbu pos office 😆


Sunday, December 2, 2018

Mystery Boxes Giveaway by Liyana Jasmi


Assalamualaikum...dan selamat Malam. 
Dah tak Ada keje lain Aku nih ..join GA jer kejer. Huahuahua...By the way...tengah-tengah Malam hubby request mee sedap... Tak mau derhaka so buat jugak lah...walaupun dlm hati mcm bergelora tahan nafsu mee sedap...uwaarghhh...nak mee sedappp!!! 

Okey...balik pada GiveAway.. tak mau lari topik please...tak mau...tak mau!!

Here it is...


Aku nak tag blogger hebat

Giveaway nih tamat pada 16 December 2018. Cepat click banner utk join. Kena join sebab if Rezeki Akan dapat Hadiah Misteriiii.. hi..hi..hi.. (Eh..mcm Seram pulakkk!) Hahaha


Selamat Malam bloggers
🤗

Thursday, November 29, 2018

Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K.


Jom buat entry mini pencarian Bloglist by S.K. Dapat jadi Bloglist di blog selama setahun. Wow...agak ramai yg join!


Klik banner utk meriahkan lagi dunia blog.

Dateline: 12/12/2018

Finger Lickin' good by KFC


Dah register application KFC Lickin' Good?
Aku dah...so dapat lah free cheezy wedges, favourite hubby nih. Pernah dah Aku buat cheezy wedges homemade nih...berpeluh ketik aku dengan ramuan kasih sayang semua..tapi Yang KFC jugak dia sedap...
KFC mandrem laki Aku hape nih? Huhu



Dah redeem dah semalam. 
Gigih jugak laki Aku nih. 

Makan bersama nasi lauk gulai.
Ko hadoo? Hahaha

Nuget Aku Tu dah habis Kan..bawu Aku perasan sweet mustard Dan sour cream onions tak bukak. Bahahah

Esoknya...buat lah cucur ikan bilis. Pun Okey...sedap!

Okey dah lah tak mau cerita panjang2..pegi install KFC application sekarang!

Wednesday, November 28, 2018

Contest GA: Isi Buih-Kata Komik #3!!!

Assalamualaikum...salam petang Rabu.
Gigih bersiaran petang nih sebab nak join 


Jom support blogger Kita - Click banner utk join. Syarat dia tak susah pun. 

Nak create sketsa ni susah Sikit pada Aku yang tak dak jiwa seni penulisan komik nih..semalaman perah otak. 
Buasir otak guwee!! Bahaha

Hakak Cuba....






Cepat click banner join GA ni.
TAMAT 1 DEC 2018


Monday, November 26, 2018

Percuma 1 beg Super Wings - Edisi Terhad

Kelmarin adalah hari yang memenatkan hubby. Sebab dia duty malam sabtu, so pagi ahad tu baru dia balik. Pagi pun tak pagi sangat kul 9 jgk sampai rumah sbb katanya singgah ofis siapkan keje. Kesian laki Aku! Mesti dia stress sangat an..an?

Jadi...Aku selaku isteri mithali abad ini, sehabis baik sambut hubby balik kerja, supaya bila dia jejak Kaki kat rumah ja terus dia rasa damai dan stress dia pun terbang hilang dibawak anginn...ghituuhh! Okey... Air penyejuk tekak standby siap-siap dlm freeze. Aku berdiri kat pintu dengan senyuman Manis terukir di bibir...tangan kanan dipinggang, tangan Kiri sandar kat pintu, Kaki silang, punggung Kasi up sikit...ewah..mcm Nicky Minaj sangat. Huhu

Hubby bukak ja pintu gate...

Hubby: Haiih...ni dah Napa mcm beruk makan coklet? 

(Terkejut la tu Nicky Minaj depan pintu rumah huhu)

Aku: Tak dak pa la. Abang penat?
Hubby: Boleh tahan lah.
Aku: Nak air?
Hubby: Boleh jugak. Air sejuk ja.
Aku: Sure! ( Dah itu ja Yang Ada pun haha)

Pegi dapur amik air sejuk Yang Aku stanby tadi hahaha

Hubby: Terima kasih
Aku: sama-sama kasih (Senyum terukir dibibir)
Hubby: Kenapa lain mcm ja Hari nih? Baik semacam. Biasa air abang amik sendiri.

(Okey foingg! Aku bukan mithali pun, bior laki amik air sendiri!)

Aku: saja lah. Uhmm...petang sikit Kita keluar Kan?
Hubby: Hah..! Keluar? Pegi mana?
Aku: keluar lah..pegi gaint Beli pampers dengan Susu anak...
Hubby: LoL..habis langsung ke...apsal tak msj, abang boleh Beli kat kedai depan Sana tadi.
Aku: No! Kena pegi gaint..abang dah janji. Lagipun dah lama giler kot tak pegi gaint. (Yup..memang dah lama giler k )
Hubby: Abang Ada janji ek? Lain Kali lah...abang penat lah sayang!
Aku: Okey..fine (Majuk seminggu)

Routine ku sebagai isteri yang kebosanan berjalan seperti biasaa...Hello!! Gaint jer punnn!

'Kini Aku pasrah...dengan segalanya,
Kepedihan itu Masih terasa,
Apa kah salahku..
Apa kah dosaku.." 

(Tetiba keluar lagu Erra Fazira bahaha)

Petang Dalam kul 5 macam tu, tetiba laki Aku kuar dari bilik suruh siap. Kebetulan ALuth pun ngam..ngam baru Lepas Mandi. Horeyyy...Kita keluar...Kita keluar! 

(Joget-joget dengan ALuth) 
ALuth pun gelak seronok, macam dia paham! Aku syak laki aku dengar lagu Erra yang berkumandang dalam bilik tadi.

Dah kantoi dengan hubby, apa Yang Aku nak sebenarnya kat Gaint tu. Pastu sutt jalan kena bahan. Nasib lah 😂!

Pastu tak habis-habis perli..."Esok Kita dtg gaint lagi ek Beli pampers dengan Susu!" 

 Hakak blushing dot dot kat pipi huhu

Tak kisah lah...Ummi over dari anak ke, hape ke..janji Ummi dah dapat Kan apa Yang patut untuk jantung hati Ummi. 

Finally...Jet datang ke Malaysia! (Tetiba) 


 Saiz L dapat character Donnie. ALuth seronok main dengan pampers.

Lagi seronok dapat bag galas.. walaupun dia nampak mcm tak selesa. Kita anggap ja dia excited kahkahkah..kejam Ummi ko.

Kuning lagi ..boleh match dgn Jesi Brazil Yang dapat Hari Tu. Drypers biasa pun Ada promotion jugak tapi percuma nya bekas bento. Drypers Drypants pulak bag galas. Ikut Hati nak amik dua-dua tapi kena jeling dengan hubby...pilih lah Drypants...sob..sob..sob
(Sob...sob tu sebab kena jeling...hakak tak kuat) 




Yer Redha Dan Pasrah tu nak Sama jer!
Eekau redhalah mcm walid eekau k!


Settle makan Tu..singgah makan jab kat restoran Ara seafood. 


Nampak tak hakak blushing dot dot dot

ALuth entertain diri sendiri yeh, Ummi nak makan jab. Tokaklah apa pun jangan tokak besi kerusi tu jer ..sebab Kotor sangat.


Serious..dapat keluar sekejab pun dah Rasa mcm refresh sangat...Rasa bebas..Rasa mcm pemikiran dan pandangan ko terbukak luas. Advantage nya hilang segala perasaan loser selama ni kahkahkah

Dapat pegi gaint Beli Drypants pun advantage jugak Kan...Hehe
See yah! 




Tuesday, November 20, 2018

Segment Blog Review 2018


Assalamualaikum..jom Kita join segment jab. Senang jer terma dan syarat nya.
http://www.shuhaidasaad.com/2018/11/segmen-blog-review-2018.html
Click untuk join

Terma dan Syarat :
1. Follow blog ni.
2. Buat entri bertajuk " Segmen Blog Review 2018", letak banner dan backlink ke blog ni.
3. Kalau nak komen berkenaan blog shu pun, di alu-alukan.
4. Paste link entri di komen.
5. Done! 

Tarikh Tutup :
24/12/2018 

Baby ALuth dah 11 Bulan

Dan sekarang baby ALuth dah pandai meniti dan panjat memanjat. Dan aku tak faham kenapa anak aku nih tak nak berjalan sendiri. Dia asyik nak meniti walaupun aku dah raging dia soh berjalan sendiri ...(wah, ragging katanya!) Aku Lepas dia mengejut ...Aku kasi walker....Aku joget-joget sambal menyanyi lagu, WALKING... WALKING...WALKING... WALKING...HOP!, HOP...HOP...HOP...HOP..HOP, pun still dia tak nak jalan. Penat ja mak ang joget. -..-

Aku nih bukan apa sangat...just tertekan nengok anak orang lain baya dia dah boleh berjalan..siap berlari..lompat katak..owh my, damn cute! Tak sabar k nengok bontot anak sendiri berlari..mesti cute hahaha
Agak loser Ummi ang nih 😂




Selain itu skill memanjat memang aku tak penah ajar..mcm mana dia boleh memanjat? Gunting merah tu mcm pendorong dia plak kan. Dah pandai memanjat nih semua sesuatu Yang tinggi dia nak panjat. Meja, kerusi, katil, gate,..bahkan peha Aku pun dia nak panjat, seronok pulak Tu, ...mungkin satu 'highest achievement' dalam kamus hidup Baby ALuth bila dapat panjat peha Ummi, package dapat tarik baju, tarik rambut, lempang-lempang Muka Ummi, korek-korek hidung Ummi dan kena caranya dapat lah tarik glasses Ummi tanpa kena lempang ngan Ummi balik...yah ghituhh!!


Selain itu, since baby ALuth dah pandai makan sendiri, aku ajar dia makan salad... senang keje umminya, tak payah nak blender-blender. Bagi ja , kompom laju masuk mulut...


walaupun mukanya macam takut-takut ja nak masuk mulut ..kahkahkah

Sebenarnya kompom masuk mulut Ummi nya lah derr.. hahahha

Sebelum mengakhiri entry ini, baca
conversation Aku dengan Baby ALuth petang kelmarin. Hoppss! (Selam)

Baby ALuth: Apa nih Ummi? (Cuba nak pegang)

Ummi ALuth: Itu bayang

Baby ALuth: Bayang Tu apa Ummi?

Ummi ALuth: Bayang tu cahaya yang terhalang oleh sesuatu object



Baby ALuth: Owh...Bayang tu mcm....
'Bayang...,mekar di dalam jiwaku, bersebelahan tanganku, tak mungkin aku terlupa, Rinduu...' 

Ummi ALuth: Derr tak lawak! 

Okey...Tipu sangat Kan tetiba ALuth boleh bercakap..tak tahan siap menyanyi Tu.
 Dah lah, Ummi ang tengah stress nih. T___T

Salam Maulidur Rasul!