Assalamualaikum...apa khabar reader yg dikasihi dan dirindui. #budgetretissangat.
Nih lah bahananya ko buat entry berepisode...sebab ko sendiri tak ada kekuatan untuk menulis. Lepas tu sambungannya...setengah tahun kemudian.
Punggah! Bawu seperenggan Ank dah bangun, merengek nak nenen. Maaf noh, sambung sat g!
Memandang entry nih mcm dah basi, hahaha. So aku Cuba untuk tidak membebel terlalu banyak...dan jugak aku Cuba untuk tidak letak gambar syok sendiri terlalu banyak... maksudnya ada jgk tapi promise tak banyak..kihkih
Tapi Kalo ada jugak Yang banyak Tu, korang dimintak untuk banyak2 bersabar lah. Sesungguhnya sabar itu separuh dari Iman Kita. Ghituhh!! Hehehe
So..ini dia cake untuk December babies. Tulisan mcm cakar Musang Sikit...Aku pun xpasti Di mana Nama baby ALuth huhu
Adik, abg ipar, sepupu sepapat hubby.
MIL cakap Lepas nih memang wajib celebrate birthday sesama puak-puak nih.
Kecuali hubby yeh...dia tu menyemak ja kat situ. Huhu
Done makan². Alhamdulillah. Tak ingat dah Nama cafe nih. Punya basi ceritanya Kan huhu -..-
Geng gentleman
Geng ladies
Makanannya pun leh tahan sedap. Rakus jugak Kami menjamahnya. Ada nampak Kami happy? 😄
Jemput suku family member jer nih. Tak mampu nak buat meriah2. Nih pun Aku Rasa dah cukup meriah. Dengan makananya lagi agak memeriahkan poket dan perut aku. Hahahah
As usual, gambar bertiga mesti ada.
Ada lagi. Cute Kan? Lepas shot gambar nih, hubby tetiba cuit Aku. "Ayang, tadi abg pakai baju nih ngam elok ja, tetiba nih Rasa ketat plak kat perut. Tak paham betoi!"
Hamboi abg, Muka tu tak payah lah nak buat Muka innocent buat-buat tak paham plak...dia pelahap mcm Bela saka...hahaha.
Cukup lah setakat nih...banyak Kan gambar? hahaha
Cukuplah...Aku nih pemalas tahap hape entah. Btw... Lepas birthday celebration nih, Kami terus gerak balik penang Malam tu jgk. Otw balik tu...tiga empat Kali hubby kena benti tepi...sebab Bini gojes dia nih telah memuntahkan segala mak nenek yg di pelahap tadi. Kejadian Yang agak misteri bagi Kami. Badan Rasa agak seram sejuk. Loya Yang tak taw nak described. Dah lah benti tempat sunyi dan tepi hutan.
Wah tetiba meremang!
Kejadian muntah ini berlaku setiap hari. Masih menjadi misteri selama seminggu. Sampai susut badan si gojes nih. Hilang keserian dan kegojesan Aku. Selepas seminggu, hubby dah tak sanggup, Aku pun dah tak tahan. Peluk dah tak best katanya, mcm peluk tiang Telekom, kuang hajoo laku guwe nih....huhuhu
Demi isteri tercinta dan kebahagian yang abadi, Malam tu hubby pergi berjumpa dengan seorang gadis berbaju merah di sebuah tempat. Gadis baju merah tu telah memberi hubby sesuatu. Katanya guna lah ia untuk mengetahui punca penyakit isteri. Guna sebaiknya esok pagi.
Aku nangis , Aku sedih, Aku kecewa, Aku Masih belum bersedia. Tapi apakan daya, semuanya ketentuan Allah. Allah sebaik-baik perancang. Aku sebagai hamba hanya mampu redha dan menerimanya.
Alhamdulillah....resultnya positive.
Hubby lah insan paling happy. Muka sengeh sambil lompat Bintang. Harimau Bintang pun tak mcm dia. Huhu
Moga dengan results ini... kebahagian abadi milik Kami selamanya dan menjadikan ikatan cinta dua insan lebih kukuh dan kuat. Amin...yarabbilalamin.
#yangpahampahamyangtakpahambuatbuatpahamok
Okey..jumpa lagi uolls. Hehe
Hapy birthday buat baby..
ReplyDeletesemoga membesar menjadi anak yang soleh.. Aamiin..
Amin... TQ untie sha 😊
DeleteAlhamdullilah tahniahhh..ank kedua pulala ye...heheeh....take care..;)
ReplyDeleteHehe alhamdulillah...TQ deae
Delete