Thursday, November 21, 2019

Cara Refund/Return barang kat shopee #Seller China


Hi uolls .... Assalamualaikum semua.
Aku selalu dapat Komen mengenai Cara nak refund kat shopee disebabkan entry yg pernah Aku post dulu.. klik Sana 'dapat refund shopee'. Dalam post Aku dapat refund tu dari seller from China ....so far tak ada masalah dengan seller. Dia bagi kerjasama yang baik.


Dari Komen yg aku dapat, ada kes buyer mengalami kesukaran utk refund/return disebabkan seller susah deal. Aku nak explain cara2 nak refund/return tu pun susah sebab kes kebanyakkan tak sama dan ia melibatkan system jgk kan. ... So Hari tu Aku Ada terbaca pasal refund/return shopee nih kat Facebook. Aku rasa experience hakak nih boleh membantu buyer diluar Sana yang bermasalah dengan seller shopee from China nih.

Sebarang pertanyaan boleh ja terus ke FB akak tu yeh.
________________________________

Copy paste dari FB Sha Ramson Abdullah


Ini pengajaran untuk kita yang order barang Shopee dari China. SELLER SHOPEE DARI CHINA SAJA. BUKAN SELLER DALAM MALAYSIA. Apa perlu buat jika kita dapat barang yang salah atau terima barang yang rosak, kemek, pecah atau kualiti barang yang kita terima tak cukup? Teruskan berjuang! Jangan termakan pujuk seller. Seller paling takut bila BUYER KLIK BUTTON REFUND. Ini ketakutan terbesar seller Shopee dari China.

Kes saya :
1. Order barang pada 5hb.
2. Dapat barang dalam masa yang sangat lama iaitu 16hb.
3. Bila buka parcel yang dihantar, rupanya seller salah hantar barang. Salah saiz. Saya order beg saiz besar tapi dapat kat tangan saya ni saiz kecil.
4. Kerugian 2 kali ganda. Masa ini jangan tunggu lama. Terus KLIK BUTTON REFUND. Maksudnya, kita nak duit kita balik.
5. Bila beritahu seller, seller TAK MENGAKU yang dia hantar barang salah. Dia kata dia hantar saiz yang betul. Ohh jenggg πŸ˜†
6. Seller minta gambar packaging dan saya beri gambar barang beserta UKURAN dan NOMBOR PACKAGING tapi seller tetap tak nak bagi refund pada mulanya sebab bermati-matian dia kata dia hantar saiz yang betul.
7. Saya contact Shopee guna LIVE CHAT.
Pihak Shopee suruh tunggu saja. Okey. Boring. Jangan guna LIVE CHAT. Sia-sia je sebab TIADA PENJELASAN TERPERINCI dari staff Shopee yang guna LIVE CHAT. Nak tunggu sampai bila?


8. Seller sepatutnya dibayar balik pada saya : RM 40.14 tapi seller cakap dia nak refund RM 8.55 saja! haha.. tak masuk akal. Part ni korang jangan pi cancel refund plak dan terima refund dia yang berharga RM 8.55 tu. Jangan termakan pujuk seller, kononnya nak settle cepat.
9. Sila teruskan perjuangan mempertahankan duit kita dengan cara CONTACT SHOPEE ditalian +60327779222 , bukan contact seller. Seller akan merapu-rapu nak jugak kata dia saja yang betul.
10. Saya dapat staff Shopee yang sangat baik yang ajar saya JANGAN KLIK BUTTON CANCEL REFUND jika seller masih tidak mahu confirmkan pulangan balik duit kita selama 4 hari kerana seller hanya ada 2 pilihan saja bila kita buyer dah klik button refund :
πŸ‘‰Reject
πŸ‘‰Accept

"Apa jadi kalau seller klik button Reject? Adakah saya tak dapat duit saya balik? Walhal seller yang salah sebab hantar barang yang salah."
saya tanya staff Shopee.

"Sekiranya seller klik button Reject, kami akan menghantar email kepada Seller dan Buyer untuk investigate kes ini. So Cik Sha tak perlu risau sebab gambar barang yang Cik Sha bagi kami ni semua dah cukup kuat."
jawab staff Shopee.



So kes salah hantar barang / barang rosak / tak cukup kualiti, kita perlu HANTAR GAMBAR BUKTI PADA SHOPEE :
1. snap gambar parcel yang belum dibuka. Ini penting tau.
2. snap gambar details penghantaran yang ada nama, alamat seller dan buyer pada parcel.
3. snap gambar parcel yang telah dibuka beserta gambar barang yang salah / barang rosak / barang tak cukup kualitinya. Jika barang tu salah saiz, sertakan tali ukur sekali pada barang tersebut.
4. Screenshot ordering kita pada Shopee beserta details pembelian kita (jenis barang, ukuran)
5. Kalau ada nombor packaging, snap sekali gambar nombor packaging.




Lepas klik button PEMULANGAN REFUND, sertakan sekali gambar-gambar di atas sebagai BUKTI ANDA TIDAK SALAH. 5 gambar di atas menunjukkan bukti yang sangat kuat!


Alhamdulillah!
Saya dah buat dan akhirnya seller refund jugak setelah 4 HARI BER'JUANG' dalam chating.

Apa jadi bila seller klik button ACCEPT REFUND?

Barang yang ada di tangan kita itu adalah PERCUMA dan telah menjadi hak kita secara automatik. Ini yang staff Shopee beritahu saya berkenaan barang yang ada di tangan saya. Sebab itu seller paling takut bila BUYER KLIK BUTTON REFUND. Ini ketakutan sebenar seller Shopee dari China. Jika Shopee kata pulangkan barang refund tersebut, bukannya perlu pos semula ke China tapi hanya di Shah Alam, kata staff Shopee dalam talian semalam.

Ingat ya... ini berkenaan SELLER SHOPEE DARI CHINA SAJA. BUKAN SELLER DALAM MALAYSIA.

.

Sha Ramson Abdullah
selasa | 1.53pm

P/S : Nak dapatkan discount RM 8 dari shopee? Guna code voucher ini -->> CTCHE228

Saturday, November 9, 2019

Bihun kungfu mudah Cara ct cheery

Nampak entry nih dah berkepam dalam draft. So Mari Kita edit dan dan publish. 
πŸ€—πŸ€—
_________________________________

Tak dak modal lain....asyik share resepi.
Gaya macam taukey restoran 5 Bintang.
Padahai...resepi budak darjah 7 pun boleh buat. Darjah 7 Tu mean dah Lepas sekolah rendah lah yeh πŸ˜‰ Budak sekolah rendah tak boleh main API...bahaya !!!hehe


Menyelerekan tak? 


1st of all, kena sediakan bahan siap-siap supaya mudah untuk Kita main campak-campak. Diingatkan resepi mudah ni, konsep dia memang main campak-campak jer yeh....ghituhhh....hehe


Ini bihun yg digaul dgn telur k adik-adik. Hakak asingkan sedikit telur puteh, untuk cantikan kuahnya nanti.


Goreng dulu bihun bersalut telur tadi tu.



Panaskan Minyak dan tumis bawang puteh 2 ulas, cili 3 biji. Kalo tak nak pedas, tak yah cili tu k. Dah Naik bau leh masukkan ayam. Ayam dah agak masak bawu masukkan sos tiram 2 sudu, kicap 1 sudu. Kicap hakak tak letak banyak sebab tak suka hitam... kakkahkah. 

Masuk sotong...saja masuk sotong lewat. 
Sotong if masak terlalu lama, dia liat. Dah agak masak kuahnya dah boleh masuk sayur, air tepung jagung dan telur puteh yg Kita simpan tadi. Perasakan if tak cukup rasa ke hape ke yeh.



Siap!!! Aku Ada letak tauhu goreng dan tabur bawang goreng... Tu pasal nampak meriah kihkih


Ceduk ke Dalam pinggan berwarna puteh...bawu hidangan tu nampak cantik, suci Bersih dan menyelerekan. Ghituhhh....konsepnyer. 



Sedia untuk dimakan...nyum...nyumm.
Hakak tak tipu...sedap k! Sedap Cara hakak lah. Kalo uolls tiru tak sedap tu silap uolls lah....tak guna pinggan puteh lah Tu!....
Hahahaha.....πŸ˜†

Jom Cuba Resepi: Kuah Mee Kari Meletop


Wednesday, November 6, 2019

Sunday, November 3, 2019

Rawat bayi hidung tersumbat dan batuk

Assalamualaikum uolls...sekarang musim anak-anak kecik demam Kan. Hari tu pegi klinik RSAT ramai pulak bawak anak check doctor. Ada lah berbual dengan 2,3 orang emak kat Sana. Ada sorang mak tu anak dia umur 3 tahun mcm tu, sawan malam sebab demam tinggi. Allah...Aku dah istifar banyak2. Syukur ALuth tak kena macam tu. Pasal ALuth pun demam panas Malam tu. Demah badan dia dengan air Suam ja mampu. ALuth nih sejenis allergic dengan air asam jawa dan aloe Vera.


 Dah jumpa doctor...tak demam plak dia. Batuk ja. Tapi mintak jugak lah ubat demam standby takut demam Malam.



Aidil pun Sama..batuk dan hidung tersumbat ja. Tak demam dan tak selesema pun. Aidil paling kesian giler...murung Ummi ang, menyenangkan baby sekecil ini hidung tersumbat plak. Merengek ja memanjang...Agaknya tak selesa...ubt tak boleh makan...lagi apa Ummi leh buat melainkan sapu bum Vick tu ja. 

Hidung tersumbat nih Kali kedua Aidil kena...sebelum nih dapat masa Dalam pantang lagi. Aku amik daun sirih layur ngan tungku panas and then sapu Vick kat daun sirih tu sebelum letak kat belakang dan dada baby. Jab...Aku Ada snap gambar.

Layur dengan tungku panas

Sapu bum Vick kat daun

Then letak kat dada dan belakang bayi

Buat 3 Kali berturut-turut.

Aku tak pasti tahap keberkesanan dan kesembuhan tapi yang Aku nampak, baby Aidil nampak selesa Sikit. Dia bernafas pun ok...mungkin Rasa ketat hidung tersumbat tu ada kurang Sikit.

Tapi ini masa kat kampung. Now kat kuaters Penang mana nak Cari daun sirih. Huhuhu...bertabah lah Ummi ko. Tiap Malam berjaga..dah jadi Mata panda dah. Penat jangan cakap lah. Bila lah dapat me time ? Sob...sob..sob.. T__T

Ada satu lagi Cara untuk hidung tersumbat nih...Kita buat Minyak bawang puteh. Tapi minyak bawang puteh nih dia lebih elok utk rawat selesema. Kita yg dewasa ni pun boleh amalkan. Sapu kat batang hidung, atas kening, belakang telinga dan dada. Hingus cepat kering taw. 

Aku suka tambah kunyit Sikit. Hehe. Ramuan nih boleh jugak letak kat sebelah bayi semasa diowg sedang tidur. Biar aromanya tu diowg sedut. Lagi cepat baik.

Bawang puteh ditumbuk bersama kunyit. Lepastu Gaul dengan Minyak zaitun.

Batuk pada baby Aidil pulak...tak Ada pilihan lain melainkan Ummi ang kena makan makanan yang tinggi vitamin C. Atau boleh jgk pil vitamin C. Sebab baby menyusu kan...so ubat batuk tu Ada pada Susu ibu. Pastu apaknya gigih lah g Cari buah-buahan kat pasar Malam. Nenas, pisang, kiwi, orange, delima semua dia hentam Beli. Pastu Ummi ang pun gigih blend semua tu buat jus. Finally ALuth tak minum pun...Ummi jgk Yang minum hahaha. Jus nenas campuran tu tinggi vitamin C, boleh menyembuhkan batuk.

Entah apa Aku merepek dalam entry ni... hahaha πŸ˜‚. Tajuk entry dah excellent dah. Since budak dua orang ni demam..tak taw lah boleh kampung ke tak  Apaknya tak mau balik Kalo anak still demam...tapi amaknya nak balik sangat-sangat... Warghhhh.... T___T

Get well soon my dear πŸ€—πŸ’“



Friday, November 1, 2019

Iranian Candy


First time cuba Iranian Candy ni. Petang kelmarin dapat parcel tewus bukak dan makan. Jakun sangat hampa oii...hahaha


Beli 2 pek ja yg 100g tapi dia punya packing kotak habis besaq...nak jugak  Tanya seller tu tak dak Ka kotak yg besaq lagi? Hehe


Nampak?? Selamat sangat candy dok Dalam Tu. Owh yah...Aku Beli Iranian candy ni kat shopee. Minggu Lepas lah Aku nampak dekat page BMF pasal Nougat ni. So, gigih lah Google. Yang menariknya nougat ni diperbuat daripada Susu unta. 

Nougat Pistachio

Susu unta dipanaskan dengan gula, sirap glucose dan madu, kemudian dimasukan pistachio. So, jadilah Nougat Pistachio ni.
Candy nih berkhasiat k, bukan biashee..biashee lah. Vitamin, mineral, lemak dan protein Yang Ada pada pistachio semuanya sangat baik untuk kesihatan yeh.

Pistachio adalah  Salah satu kacang tertua yang biasa digunakan di dunia 

Bermanfaat pada kesihatan jantung, pengurusan Berat badan, perlindungan terhadap diabetes dan hipertension dan meningkatkan penghadaman

Peanut Barley Sesame

Yang ni pulak dibuat daripada kacang tanah, gula dan Minyak sayuran. Kemudian  dibalut dengan lapisan kulit popia yang lembut dan nipis. Candy ni sedap crunchy dan Manis. Pun berkhasiat jgk. Peanut sesame nih sesekali Rasa mcm kacang tumbuk Kita punya ja. Nih Kiranya kacang tumbuk versi iran lah Kan Hehehe

Okey uolls...itu ja nak share Hari nih 
Bye...bye..