Assalamualaikum uolls...sekarang musim anak-anak kecik demam Kan. Hari tu pegi klinik RSAT ramai pulak bawak anak check doctor. Ada lah berbual dengan 2,3 orang emak kat Sana. Ada sorang mak tu anak dia umur 3 tahun mcm tu, sawan malam sebab demam tinggi. Allah...Aku dah istifar banyak2. Syukur ALuth tak kena macam tu. Pasal ALuth pun demam panas Malam tu. Demah badan dia dengan air Suam ja mampu. ALuth nih sejenis allergic dengan air asam jawa dan aloe Vera.
Dah jumpa doctor...tak demam plak dia. Batuk ja. Tapi mintak jugak lah ubat demam standby takut demam Malam.
Aidil pun Sama..batuk dan hidung tersumbat ja. Tak demam dan tak selesema pun. Aidil paling kesian giler...murung Ummi ang, menyenangkan baby sekecil ini hidung tersumbat plak. Merengek ja memanjang...Agaknya tak selesa...ubt tak boleh makan...lagi apa Ummi leh buat melainkan sapu bum Vick tu ja.
Hidung tersumbat nih Kali kedua Aidil kena...sebelum nih dapat masa Dalam pantang lagi. Aku amik daun sirih layur ngan tungku panas and then sapu Vick kat daun sirih tu sebelum letak kat belakang dan dada baby. Jab...Aku Ada snap gambar.
Layur dengan tungku panas
Sapu bum Vick kat daun
Then letak kat dada dan belakang bayi
Buat 3 Kali berturut-turut.
Aku tak pasti tahap keberkesanan dan kesembuhan tapi yang Aku nampak, baby Aidil nampak selesa Sikit. Dia bernafas pun ok...mungkin Rasa ketat hidung tersumbat tu ada kurang Sikit.
Tapi ini masa kat kampung. Now kat kuaters Penang mana nak Cari daun sirih. Huhuhu...bertabah lah Ummi ko. Tiap Malam berjaga..dah jadi Mata panda dah. Penat jangan cakap lah. Bila lah dapat me time ? Sob...sob..sob.. T__T
Ada satu lagi Cara untuk hidung tersumbat nih...Kita buat Minyak bawang puteh. Tapi minyak bawang puteh nih dia lebih elok utk rawat selesema. Kita yg dewasa ni pun boleh amalkan. Sapu kat batang hidung, atas kening, belakang telinga dan dada. Hingus cepat kering taw.
Aku suka tambah kunyit Sikit. Hehe. Ramuan nih boleh jugak letak kat sebelah bayi semasa diowg sedang tidur. Biar aromanya tu diowg sedut. Lagi cepat baik.
Bawang puteh ditumbuk bersama kunyit. Lepastu Gaul dengan Minyak zaitun.
Batuk pada baby Aidil pulak...tak Ada pilihan lain melainkan Ummi ang kena makan makanan yang tinggi vitamin C. Atau boleh jgk pil vitamin C. Sebab baby menyusu kan...so ubat batuk tu Ada pada Susu ibu. Pastu apaknya gigih lah g Cari buah-buahan kat pasar Malam. Nenas, pisang, kiwi, orange, delima semua dia hentam Beli. Pastu Ummi ang pun gigih blend semua tu buat jus. Finally ALuth tak minum pun...Ummi jgk Yang minum hahaha. Jus nenas campuran tu tinggi vitamin C, boleh menyembuhkan batuk.
Entah apa Aku merepek dalam entry ni... hahaha 😂. Tajuk entry dah excellent dah. Since budak dua orang ni demam..tak taw lah boleh kampung ke tak Apaknya tak mau balik Kalo anak still demam...tapi amaknya nak balik sangat-sangat... Warghhhh.... T___T
Get well soon my dear 🤗💓
Semoga baby cepat sembuh. aaminn
ReplyDeleteSemoga baby cepat sembuh ct.. Bagus perkongsian CT tentang cara rawatan itu..
ReplyDelete