Sunday, February 23, 2020

" Buy 1 Free 1" - Suami Emma Maembong cium adik ipar

Pada jam 11.58 pagi hari Khamis, pelakon Emma Maembong, 27, telah sah menjadi isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32. Pengantin lelaki menyerahkan RM 2,000 dan senaskah Al-Quran sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran kepada pihak pengantin perempuan.


Foto: FB Emma Ma'embong

Dengan sekali lafaz, pasangan sejoli ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, cerai dan rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Pasangan ini disatukan di hadapan kira-kira 300 tetamu, termasuklah adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, rakan artis lain, Mawar Rashid, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.


Walaupun Emma Maembong telah merahsiakan perkahwinannya, namun majlis tersebut masih menjadi tumpuan media apabila gambar-gambar perkahwinannya dimuat naik ke laman sosial.

Beberapa jam selepas pasangan ini bersatu, telah menjadi kecaman netizen apabila gambar suami kepada Emma Maembong mencium Chacha Maembong semasa diatas pelamin dimuat naik. Semua sedia maklum status Chacha adalah ipar kepada suami Emma.


Foto: FB Emma Ma'embong

Seorang individu berpendapat, tiada apa yang boleh dibincangkan mengenai isu ini memandangkan Emma sendiri tidak kisah dengan pelakuan suaminya.



Foto: FB kotak petak

Mungkin pada mereka ini bukan satu kesalahan sebab mereka sekarang adalah ahli keluarga, namun bagi kebanyakkan netizen, perbuatan tersebut kelihatan tidak manis. Tambahan pula mereka beragama Islam. Ianya boleh mendatangkan fitnah dan memberikan nilai yang tidak baik dalam masyarakat.

Foto: FB Emma Ma'embong

Pasangan ini masih belum merancang destinasi berbulan madu. Pada 6 Mac depan, akan diadakan majlis berinai, dan sehari selepas itu, pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi di Putrajaya.

Sumber: Sinar Harian dan FB kotak petak

4 comments:

  1. Semoga mereka bahagia, doakan yang baik..aamiin

    ReplyDelete
  2. Retisss... memang tak heran dah perangai puak2 ni cenggitu...

    Btw, jemput join contest ai kat link bawah ni, deadline dia 15 April 2020 :D

    https://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2020/02/contest-saya-mahu-produk-creative.html

    ReplyDelete
  3. Dasyat netizen Malaysia buat kerja.. Ada tetbaca juga..

    ReplyDelete