Sunday, May 17, 2020

Speaker Untuk My TV


Al-kisahnya TV kat rumah aku sound dia macam dah pecah. Buka volume kuat lagi lah ketara bunyi pecahnya tu, package bergegar, Bergema sekali. Stress Makkk!! 
Lagi-lagi cerita Melayu none ada subtitles.


So, sepanjang PKP hari tu memang banyak layan cerita Filipino dan cerita Korea atau cerita Hindustan heyy.

I olls dah jadi pekak kat rumah.

Anak-anak lagi best...diowg steady ja aku nengok. Tengok kartun suara tak dengar pun boleh terbahak-bahak depan TV.
Macam mana diowg boleh dapat penghayatan yang bergitu extreme sekali.

Yang kecik si Aidil tu tak sampai setahun lagi, khamis lepas baru ja cucuk 9 Bulan. Dia punya terbahak-bahak nengok cam & Leon, kalah abg dia yg 2tahun setengah tu.
Yes correct...diowg nengok kartun bisu. Kartun bisu nih bagi sentiment lucu pada kanak-kanak kan. Aku nengok juga kartun tu...part diowg gelak tu aku berkerut dahi...diowg gelak pandang aku soh gelak Sama. What?? Macam mana Ummi nak gelak? Tercari-cari Ummi munggg dimana kelucuannya. 

Tapi walid boleh layan depa...bantai gelak sama..seronok lah depa kalo nengok kartun dengan walid. Tapi nampak lah walid ang buat-buat lucu ja.  Amik hati anak....what?? Berkerut lagi Ummi ang hahahah


Ini dia soundnya sudah sampai...yes, iolls beli kat shopee ja. Seller boltgizmosdn.bhd.
Harga berbaloi, packaging pun kemas elok...harga murah service baik punya. Memula aku pilih sound kecik ...nasib lah chat seller dulu tanya sesuai tak guna utk TV. Yg kecik tak sesuai k...seller cadangkan yang ini. So beli yang ini ja lah.


Memula risau jgk...sebab speaker macam biasa guna utk PC atau Laptop kan...kat kotak dia pun takde mention utk tv pun. 
Kalo search kat shopee tu 'speaker for TV' memang yg mahal, yang jenis panjang Tu, rate harga memang ratus lah cerita dia. Buat masa nih tak mampu lagi nak beli yang Mahal. So, lega sangat bila seller kata ini boleh dan sesuai utk TV. Dah mudah kerja aku tak yah survey lama2 jauh2.


Iolls pun happy...dah boleh nengok TV dengan gembiranya. Lagu didi & friends pun dah boleh dengar..takde lah suram sangat hari2  Ummi hahaha. Lampu kat speaker nih cantik colorfull. Jab lagi dia tukar merah, hijau, kuning, biru, unggu...color apa lagi ek? Hehe

Okey walaupun tengah PKP, barang sampai dengan cepat.... mungkin sebab aku guna Ninja van. Tak berani nak guna J&T since kerap dengar berita kurang enak pasal dia. 


Rasanya diowg kena stop kejab kot. Settle kan dulu delivery barang yang bertimbun tu. Biar courier lain yang buat kerja.
 Dah berkurang boleh lah on balik. Daripada nak soh buyer stop membeli...rasanya tak practical...sebab apa, ada ja courier service lain yang tak gah dan popular. Kalo dah ko tak mampu buat kenapa nak tambah beban. Peram brg customer ..buat customer marah ja dan secara tidak langsung cemarkan nama company ja.

Ini sekadar cadangan peribadi...maaf kalo ada yang tak setuju atau tak puas hati, 
 fikir Aku nih menyibok ja kan. Huhu

Okey uolls..bye see again.


3 comments:

  1. Makin best lah tengok cerita ada speaker baru.kira okaylah boleh guna speaker untuk TV juga..jimat tak perlu besar gedabak tu

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.. datang terjah blogwalking sini. Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    hahaah itu yang dikatakan sel sel otak berhubung dengan jayanya cheery, ckp kat your son nnt leh kwn dgn uncle is sbb uncle pun suka tgk katun walaupun xdak suara (otak anime)

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    ReplyDelete