Thursday, November 5, 2020

Terkandas di Kampung nan Indah #PKPB

 Hi Assalamualaikum semua sahabat Maya... Sibok ke? Kehidupan aku biasalah sibok dengan anak-anak."Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari"..eh betoi ke peribahasa tu? Lately nih hidup Aku sekeluarga diduga Sikit..tak lah seberat mana Insha Allah Kami boleh hadapinya dgn tenang dan senyuman yang cantik bak Bunga. Yeayy..tudiaaa!!

Pemandangan di Kampung Kuala Lanjut nih. Subahanallah..cantik Kan!


Best Cari ketenangan kat kampung.

Firstly, Pemenang GA satu dan dua, Aku belum lagi arrange hadiah diowg. Minggu Lepas Gaya nak arrange tup..tup..ada halangan . Dah tangguh. Aku tetap Akan arrange utk bagi hadiah cuma lambat dan lembab Sikit ja. Harap korang boleh sabar jab yeh. 

Pemenang saguhati..dah arrange hadiah dan dah packing dah. Tnggu nak POS jer belum ada masa lah. Pak hencik sibok kursus Sana sini sinun..dan of course pergerakan aku jadi terbatas sebab si kecik dua orang tu. 

Sekarang pun aku dan anak-anak terkandas kat kampung. Suami hantar balik kg lah since dia kena outstation. Bila dah kat kampung faham-faham lah line internet macam mana. Macam siput sedut, kejab Ada kejab tak der. Kejab OK kejab KO. Gheram plak aku!!!! Ini pun boleh update sebab 3 hari dah tulis entry. Gambar update dalam kete, park kat pekan pendang, sambil tunggu kakak beli barang tu kita manfaatkan masa yang ada. Hehe 

Tambahan pulak Semalam diumumkan MP, Penang kena PKPB, start 6 November sampai 19 November kan.. tak sempat jugak lah suami nak balik amik.....dah terkandas kat kampung lagi lah nampak gayanya.

Anak-anak seronok dok kampung..hari2 ajak jalan meronda kampung. ALuth lah terpaling best, tak lekat kat rumah..berjalan mengekor ayah dan abg chik dia ja kejanya.

Sekecik nih pun tak kurang perangai dia. Seronok nak 'ukur' jalan. Air Muka dia memang mcm tu, monyok memanjang.
Hahaha 😅

ALuth tunjuk bendang...dia kata 'sea!!' hahaha. Tergelak kakak sepupu dia 😅😅

Sekali lagi Aku nak Mohon maaf pada pemenang semua yah. Aku akan arrange hadiah korang secepat mungkin setelah keadaan kembali pulih. Insha'Allah..sama-sama kita doakan Malaysia kembali bersih dari wabak COVID-19 nih. Aminnn 🤗

Jaga diri yah semua!! #kitajagakita 

P/S: Rindu kuarters, rindu rumah, rindu dapur rumah, rindu katil, .... Hmmmm.,.rindu Pak hencik jugakk. kihkihkih 😁 

4 comments:

  1. Moga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat..

    erm cntik gmbr sunset tu!

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya dipermudahkan dan baik baik je. Take care. Seronok duduk kampung. Macam macam aktiviti boleh buat. Permandangan pun indah :)

    ReplyDelete
  3. Duduk kampung best juga! Macam2 boleh buat kan. Anak2 pun boleh luang masa dengan nenek atuk dia lama sikit

    ReplyDelete