Sunday, January 3, 2021

Apa Azam tahun baru 2021

 Assalamualaikum

Apa Azam tahun 2021 uolls?

Aku? Dah malas nak berazam bagai sebab.. sebab azam tahun sebelum ni pun 100% Tak tercapai pun. Sadis betoi!!! 

Kalo Ada pun diam-diam ja Tak payah citer...dengan suami pun Tak leh citer Kang dia gelak guling-guling macam tenggiling. 

Cukuplah azam tahun ni aku tanam dilubuk hati yang paling dalam. Ghituhhh!

Selamat tahun baru uolls... Uolls buat aktiviti apa jer? Tahun ni aku Tak celebrate apa pun ...chillex Kat Penang ja. Balik kampung pun dah Tak dapat...kering daun kering sungguh-sungguh nih. Yessza..Terkesan dengan covid-19 lah apa lagi. Susu and pampers Anak pun korek tabung Wei... serious Tak tipu atau jauh sekali nakkan belas ehsan uolls..no..no ok. Just nak luahkan. 

Tabung yang korek tu tabung '2 ketul' tu lah yeh..kalo tabung ummi diorang Ada syiling jer..hehe. Ada duit nanti ganti balik duit diorang. Masuk bank terus.

Walaupun sekarang tengah diuji...Hati kena rawat yeh..Tak boleh lama-lama sedih Kang depression. Kita manusia mcm ni lah always diuji Allah. Bertahan Dan bertabah selagi mampu...ghituhhh!

Aku ni sejenis yang Tak boleh dok mereput Kat rumah ja kalo Hari cuti..lagipun dah lama sangat mereput kat rumah..Kang meroyan. Plus depression nengok hubby tido dari pagi sampai malam...lol.. kaum lelaki memang mcm tu ek...kalo dapat rest tu diorang boleh tido sepanjang Hari...bangkit pun untuk makan dan solat...itu pun kena kejut yeh, kalo Tak, entah-entah pagi esoknya bangun... Hah,uolls mampu? Aku serious Tak mampu.

Pagi  dapat kuar sekejab dok dalam kereta ronda-ronda pun dah ok..tapi mesti hari-hari hahaha. #peninglakimakk

So...hubby ni nak elakkan aku depression Tak tentu hala hahahaha...dibawanya kami jogging Kat Sg Ara waterfront. Bini ni okey jer...seronok pulak rasanya sebab bukan duit yang keluar tapi si peluh yang keluar... dey, tangechi..Ada ke keluar peluh duit pun keluar? Eh...Ada, yg senam Kat gym tu. Wink..wink...wink 😂

Bimbang tu ada jugak sebenarnya sebab bawak anak kuar kat playground kat area sg Ara ni. Kan kes masih aktif area sini...tapi kali ni kami tawakal ja lah. Merata pegang..si kecik tu pulak tiang pun dia cium..(tepuk dahi)..untie, uncle semua pun dia tegur...sampai dioràng datang cubit-cubit pipi geram dengan dia. Ahailah Anak!!! (Ummi mung menangis dalam hati).


Balik rumah ja terus Mandi...pakai cantik-cantik duduk depan tv. ...kuarantin kat umah. Tepat jam 12 tengahari sat g dua-dua lena kepenatan sebab jogging...yess!! Rasa dunia macam ummi yang punyaaa!! Hahaha. Ada sekali tu balik rumah dua-dua terlena..sampai tak sempat nak mandikan..Walid okey ja ank tido tak mandi dulu...tapi I kenot rasa something is not right here...nampak seolah covid sedang tepuk anak aku tido...ikut hati nak kejut soh mandi dulu tapi Walid mesti halang punya. Lagi ummi menangis dalam hati ja. T___T


Sambil-sambil tu doa Anak sihat-sihat...baik-baik ja. Tu lah Harith Iskandar dah kata "Duduk rumah jer lah!" ... Degil..nak kuar jugak!

Kes covid kat Malaysia ni masih dalam kawalan sebenarnya. Mesti uolls macam nak kecam aku Kan...amende pompuan ni, kes 4 angka lagi boleh cakap dalam kawalan. Hahaha. Okey sabar..sabar

Perkara yang membimbangkan Gov sekarang adalah virus ini boleh mutasi .. kalo cluster yang wujud datang dari virus super spreader memang ini sangat bimbang. Seperti Kita sedia maklum super spreader wujud Kat negara luar contoh kes sivangga kat kedah itu hari. 

Seorang member aku positive..duduk hospital tak buat apa pun..pantau suhu dengan makan vitamin..lepastu doc suruh jogging pusing bangunan hospital...sekarang dah return to work. Sekali tengok nothing serious sangat about covid Malaysia ni. Fatality rate less than 1%...cuma kalo kena pada yang immune lemah (individu berisiko tinggi) tu kalo tak monitor betul-betul akan teruk sikit lah. 

Apa yang penting sekarang kita kena perbanyakkan makanan yang boleh boost immune system...macam halia, kunyit, dan makanan yang tinggi vitamin. Covid boleh self  cure dengan ambik makanan yang boost immune system.

Sudah semestinya amalkan norma baru yah. Lakukan 3W's elakkan 3C's. Apa tu 3w Dan 3c? Tak Tau sila tanya Mira Filzah... hehehe

Ingat! Kita jaga Kita.

P/s: tajuk Azam baru 2021 tapi kenapa isi dia macam lari tajuk ja? Hahahah..sabor ja lah 😂

5 comments:

  1. Wkmsalam
    Semoga azam tahun 2021 akan terlaksana kelak

    ReplyDelete
  2. happy new year..
    tahun ni azam kita nak jadi lebih baik dari sblm ni and nk lunaskn semua hutan2 yg sedia ada hihihihihii

    jemput singgah blog sy ya...done follow urs..kita dpt lucky number 255 hehehe
    good luck and take care!

    ReplyDelete
  3. baru baca kat IG td, ada varian baru dari Afrika katanya dan susah nk detect sm ada pesakit postif covid or sebalaiknya...

    azam 2021 sy adalah buat balik azam 10 thn lps ahahahah

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2021 juga cheery 😊

    ReplyDelete