Friday, March 5, 2021

Kepah Ala Shell Out by Ct Cheery

Shell out!! Dengar pun dah teruja. Siapa sebenarnya yang introduce shell out ni ya? Shell out...shell out...shell out. Bunyi pun rasa dah mewah. Yerlah..dah seafoods Kan, makanan yang agak mahal. Untuk kita yang ramai Adik beradik ni elok buat sendiri kot..lagi puas makan. Kalo kat kedai tengok harga pun rasa dah nak pitam. Hahaha. 

Kes tengok kepah shell out kat kedai Paktam mee Udang itu hari, hubby beli kepah dekat kawan dia 2 kilo RM 10. Katanya dia nak shell out. 

Pitam jab Bini dia. 

Dia taw kot Bini dia masak tahap budak tingkatan 2 ja, dah request mcm finalize master chef gayanya tu ..hmmm..[urut kepala].

It's ok, jangan gentar, Mak Google kan ada! Hehe

So..Aku merangkap seri yentie en hubby, nak jugak lah share atau lebih kepada save resepi kat blog ni. Lupa nanti boleh Google blog sendiri kihkihkih. Sapa rajin Google blog sendiri ngaku cepat?? [Angkat tangan] 

Resepi ni aku cedok dari blog masammanis . 

Aku dah ubah suai ikut citarasa aku. Mcm belacan aku tukar pada ikan bilis. Nak elak en hubby 'ehshemm...ehshemmm'...karang aku dengar pun rimas.


Bahan-bahan:

Bahan A *dikisar

1. Kepah 1 kilo 
2. Cili Kering segenggam [direndam air panas dulu]
3. Bawang besar 1 biji 
4. Bawang putih 1 ulas
5. Halia 1 inci 
6. Ikan bilis - agak2 lah


Kepah nih selepas dibasuh, rendam dengan air Garam 3 atau 4 jam. Senang cerita pagi tu kuar kan dari peti, basuh rendam ja terus. Tengahari boleh masak.

Bukan sahaja untuk bersih, tapi untuk keluarkan segala racun dan bakteria yang terdapat dalamnya.



Ini bahan B *untuk menumis

1. Bawang besar 1 biji
2. Bawang putih 2 biji
3. Halia 1 inci
4. Daun Kari 2 tangkai
5. Serai 2 batang diketuk
6. Margerin 1 sudu besar
7. Minyak masak *tambahan


Kepah ni direbus separuh masak dulu supaya bila masuk dalam sambal tak perlu lah tunggu lama untuk dia cukup masak Kan.


Tumis bahan-bahan sampai naik bau


Kemudian masukan bahan yang dikisar. Bersama Garam, gula, sos ikan 1 sudu, sos tiram 1 sudu, white pepper dan perasa atau kiub ayam.

Owh yah...asam keping jangan lupa.

Dah pecah Minyak..boleh lah masukkan kepah. Kacau dan ratakan sehingga tersalut dan sehingga si kepah cukup masak. 


Taraa!!!! Dah siap masak. Tutup api dan tabur daun sup..Kasi hijau-hijau Sikit. Bila snap gambar nampak cantik hehehe

Aku tak ada tambah cili hidup sebab cili kering jenis yang pedas. Shell out aku memang kurang sambal tapi pedas dia menyengat k.

Alhamdulillah..dalam tak pandai pun boleh lah.. kenyang perut jugak Kan. Selamat mencuba 🤗


15 comments:

  1. Best nya kalau dpt mkn seafood tp kita x makan adikbadik kepah😅

    ReplyDelete
  2. kecur liur ni, nyummy !! thank you sharing resepi

    ReplyDelete
  3. Elok tu kejadiannya. Boleh try resepi ni nanti

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kepah ala shell out. Ini ratah je pun sedap! :)

    ReplyDelete
  5. wow! kecur air liur abe kie bila melihat kepah ni...yummy...

    ReplyDelete
  6. wah wah wah.. ini tak macam budak form 2 punya masak.. ni dah gaya chef selebriti dah ni... sedap sgt nampaknya tu.

    ReplyDelete
  7. Pergh!! mengancam tu.. meh la anta semangkuk.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Adehh nasib baik tgk masa Malam kikk

    ReplyDelete