Friday, July 23, 2021

Salam Raya Korban dan Happy Aidil Adha

Assalamualaikum..Salam Raya Korban uolls.

Mungkin ramai yang rasa tak ada istimewanya raya Korban tahun ni. Dah 2 tahun kita semua bergelumang dengan covid Kan. Jadi, kegembiraan nak menyambut Raya tu dah tak terasa dah. Mungkin kesedihan melebihi kegembiraan. Ya lah, nak keluar beraya rumah jiran sebelah pun tak boleh, inikan lagi saudara mara, makayah lagi lah tak boleh balik melawat. Tapi it's ok uolls, one day pengorbanan Kita semua akan berbaloi dengan izin Allah.  Moga Kita semua berada dalam redha Allah...dan dipermudahkan segala kesulitan kita. 

Family Aku kat Kampung Sana memang tak beraya, just order jer ketupat buat merasa katanya. Mak cakap Raya pun tak Rasa seronok, Rasa kosong sebab anak-anak semua jauh. Ya Allah, kurniakan ketabahan buat mak ayah kami. Sampaikan Hari Raya tu hari, akak cakap mak tak nak video call dengan anak-anak, nanti dia sebak. Mungkin dia rindu sangat dengan anak-anak. Pagi Raya, dia kol semua anak-anak nak dengar suara. Sebak rasanya 😭

Aku dan family kecil ku pun Sama juga, beraya simple ja. Bangkit pagi, Mandi siap pakai baju Raya, solat raya then makan. Lepas makan bergambar dan uploaded masuk Facebook. Simple Kan hahaha. Juadah Raya pun takde, breakfast pagi tu buat mee Kari. 1st time uolls buat mee Kari tapi alhamdulillah menjadi Wei, mungkin berkat nak Raya tu kan hihihi.



Gigih lah  Ummi set timer nak snap gambar Raya dengan anak yang tak boleh nak duduk diam sekejab😅

Tengahari anak-anak tido, walid BDR, Ummi pulak layan movie turki. Jam 5 mcm tu walid keluar Beli cake, plan nak sambut birthday Aidil. Dia bangkit ja tidur terus Kasi kek birthday. 

Walid Tanya dia 'siapa Nama Raya Haji?'. Aidil jawab 'saya'. Hahaha. Actually, Aidil Lahir pada Bulan August, Hari Raya Aidil Adha 2019, jadi sempena itu walid namakan dia Aidil Adha. Setiap kali sambut Raya Haji, Kami sepakat nak sambut birthday dia jugak, tak Kira lah Bulan apa sekali pun Raya Aidil Adha tu, Kita jalan ja. Hehe

Menu petang tu selain kek, kuih Raya, nasi daging dan ketupat completed with rendang pemberian jiran. Alhamdulillah..rezeki. Ummi ni fikir nak buat sandwich jer dan megi Korean spicy utk walid. Hahaha

Orait uolls..selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf zahir batin. Salam kosong-kosong. Raya korang macam mana? Meriah ke?


3 comments:

  1. Salam aidil adha ct.. Wah si kecil aidil dpt kek besday besar dr orgnya hhehe

    ReplyDelete
  2. Raya PKP ni kita raikan raya cara kita. Harap tahun depan raya lebih meriah tanpa covid. Aaaminnn..

    Happy birthday Aidil.
    Selamat Hari Raya Aidiladha :)

    ReplyDelete