Friday, September 17, 2021

Jom ke Sham Hammer Restoran Ikan Bakar

 Assalammualaikum. Hari ini rajin pulak nak godek post blog. Rupanya banyak post yang dah bersawang tak publish. Rajin upload gambar masuk blog tapi none idea nak mengarang. Entry isu semasa banyak dah buang. Nak publish macam dah basi plak isu tu. hehe. Orait.. ada entry yang macam sayang nak buang..so kita mengarang lah ala kadar yer.

Apa yang aku ingat, malam tu hubby teringin sangat nak makan ikan bakar. 
 Kejadian sebelum PKP ya. Kes tak naik lagi dekat penang masa tu. Dia pernah bawak rakan sekerja makan kat sini ramai-ramai dengan panglima tentera semua. Dia kata sedap dan next day terus ajak bini. kihkihkih

Kedai Sham Hammer ni tepi Jalan jer dan tepi pantai Seagate. Banyak-banyak kedai Ikan Bakar kat situ, Sham Hammer ni Paling menonjol dengan terang lampunya tu. Agak besar kedai ni, memanjang hingga ke tepian pantai. Boleh menjamu selera sambil sedut bau pantai...Kalo uolss tak mabuk Laut best lah kan hehehe


Masa kami datang tak ramai sangat. Bape kerat ja family dinner. 

Aidil tido kepenatan. Masa ni rambut diorang pun tak panjang lagi. Sekarang rambut dah boleh buat tocang dua...hahaha punya lama dah entry ni terperam. 

Makan sambil tengok pantai. Air surut Masa ni. Hujan renyai sikit.

Suami main order jer nasi sampai 3 cup. Giler banyak. Untuk anak2 1 cup katanya. Tapi dia xtahu ke anak2 bukan makan sangat pun. 

Penyudahnya..kami berdua yang kena habis kan. Dah lah 1 cup tu pun dah banyak taw. Dah lah makan lauk berkuah gilerss macam nak pecah perut bini mung. 

Tom yam nya sedap taw. Sampai kuah Aku hirup. Hahaha Mana tak pecah perut tu. 😂

Ikan Bakar so far ok lah..suami kata sedap. Aku?? Rasanya ok ja kot xde lah sedap nak matikkk..sekadar sedap jer. Hahaha

Si kecik dah meragam kemengantukkan..uiih rosak tatabahasa hehe

Entry ni flash back..so tak nak panjang2. Tak ingat sangat dah kejadiannya. Tapi Thank you Membaca 🤗


7 comments: