Tuesday, August 28, 2012

Saya Nak duit raya cik misya!!!


Aku sedar diri,aku ni tak pernah bertuah,pokok kata takde tuah di body aku ni. Contest tak pernah aku menang. Cabutan bertuah lagi lah tak pernah dapat. Huhu..alahai touching lak aku ni. Tapi tak pe,aku tak kisah yang penting aku enjoy. Tak banyak pun sikit punya enjoy. Tambah-tambah lagi blogger yang baik hati invite aku join contest..”saya suka..saya suka!!” (meimei trademark)

Cakap pasal tuah ada satu perkara aku ada tuah. Tuah apa tu???????? Tuah pe???? jeng..jeng..jeng..
Tuah duit raya.haha..
bunyi macam pelik,tapi takde pe nak dipelikkan pun dalam dunia sekarang ni. Dari aku dalam perut mak aku lagi sampai lah besar panjang dan tua bangka ni aku xpernah miss dapat duit raya. Tak caya? Tak caya? Tak caya ker? Meh aku buktikan…

Tak payah gatai nak bukti lah pe lah..aku citer jer..

Macam ni, masa aku wujud dalam perut mak aku dulu, ayah aku ingat aku ni lelaki, so semua sedara mara jauh, dekat pun caya lah ayah aku ni bakal dapat ank lelaki. (aku ank bongsu pompuan). Owang dulu-dulu mana nak scan sangat kan. tak tahu lak aku napa ayah aku yakin sangat aku lelaki. Mybe koz dia berharap sangat kot. So bila dah semua sedara xcited sesangat,raya tahun tu diowang kasi aku duit raya,dan diowang siap doa lagi,mcm ni..

“ Anak ni  Tuah ni Jib, bela leklok”

Cewah,bangga kejab..

Dan ditakdirkan aku pun lahir ke dunia tak cukup bulan,2 bulan awal. Duduk dalam balang. Lahir jer terus dapat duit poket, ngeh..ngeh..ngeh..best sesangat walaupun bkn aku yg belanjakan duit tu. 2 kan tuah jgk namanya kan..kan..

Dalam prosess aku membesar tu,tiap2x tahun lah dapat duit raya. Yang tu tak yah citer ah. Paling banyak time tu aku dapat duit raya 100 hingget. Jgn nak jeles eh, aku rajin berjalan tambah plak bapak sedara aku ramai,semua pemurah skali bagi 10 hingget. 10 hingget time 2 mcm 100 hingget kot,susah nak dapat tu duit raya bnyak tu..paling sikit duit raya aku dapat masa darjah 3. Lebih kuang 50 hingget jer.time tu aku kena chicken pop,xkuar kutip duit raya dok umah jer,so harap belas ehsan sedara yang dtg raya umah jer lah kan..

Bila dah tua bangka ni, duit raya paling banyak aku dapat 325 hingget iaitu raya tahun lepas… Tuah tak aku? Tuah kan..hehe..sebabnyer aku sakit, raya kat hospital. Sedih gak lah koz owang raya aku terbaring kat katil hospital. ...tapi best sikit koz dapat duit raya…

Lastly duit raya paling ciput aku dapat,tahun ni . Tahu bape? 4.50 sen. 50 sen tu ayah aku yang kasi. .. 2 hingget abg spupu aku yang kasi and 2 hingget lagi adik lelaki aku yang kasi…adik yang kasi uit raya kat kakak. Pe da kes ni? Aku taw dah,duit raya tu lebih kepada memerli aku. Besar panjang pun nak duit raya lagi..kuang..kuang..kuang…

Soalan aku untuk cik Misya..
Cik Misya dapat tak duit raya tahun ni?hehehe…

sesiapa yang nak join jom g link ni



5 comments:

  1. best nya da beso2 gini pon dpt wit raya lg even x sampai 5 hengget.. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aloih..hoi..tahu la ko dpt 16 hinggen pun. bak la aku sikit 5.50 sen pun xpe..hehe

      Delete
  2. wahhh...bestnye dapat duit raya..saya pulak kena kasi duit raya ..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam dear.. Thank you for joining my contest.:) Jawapan kepada soalan : Tahun ni Alhamdulillah stil dapat duit raya sebab bila gi beraya org ingat saya still student (fizikal yang kecil). huhu. Then dapat duit raya dari incik tunang.:) Jom singgah entri terbaru saya..=) http://www.aimisyahirah.com/2012/09/doa-apabila-hati-disakiti.html

    ReplyDelete