Wednesday, August 29, 2012

Kecundangnya cinta sahabat-scene 4


“Tie! Jom la ikut kami! Please dear?”
Walaupun 3 sahabat itu tahu agak sukar untuk mengubah keputusan Tie namun bagi mereka tidak salah mencuba lagi. Mereka amat berharap Tie berminat ikut mereka berjalan-jalan bersama geng-geng jejaka Tanjung. Sebenarnya hakikat di sebalik ajakan mereka itu ada udang di sebalik mee. Mereka mahu satukan Tie dengan Mat Romeo yang kelihatan menaruh perasaan pada Tie. Kononnya mahu melakar pelan masjid untuk Tie. Namun sikap Tie yang kurang berminat bakal menjejaskan misi murni mereka itu.

Tie memandang sepi empat wajah teman baiknya. Disebabkan kegagalan Suhana memujuk dia semalam, mereka berempat datang ke rumahnya.


“Ohh! My sweet friends! I’m sorry okey? Tak boleh lah. Aku malas lah. Aku ada hal. Lagipun korang semua pegi dengan  pasangan masing-masing. Pe ke hal plak aku nak jadi kera sumbang kat sana. Boring tau”.

Aku harap sangat minah-minah nie faham dan tak memaksa aku lagi. Aku dah penat dah bagi alasan nie.
 “ Loh…bila masa lak kami suruh ang jadi kera sumbang kat situ? Lagipun Mat Romeo pun pegi gak. Kami ajak ang pegi sebab kami nak g mandi air terjun. Ang ada baru lah best walaupun lagi best kalau ang… tak dak..hehe gurau ja. Kan kan?” Yooh memandang Iyaah dan Suhana dan kelihatan dua sahabatnya itu mengangguk serentak seperti burung belatuk.

 “ Kalau ang suruh pun, aku tak ingin nak jadi kera sumbang kat situ lah. Hampa nak pegi..pegi ja lah. Jangan kalut sangat dengan aku k. Sekurang-kurangnya aku boleh jadi kaunter pertanyaan kat sini. Mana lah tau mak ayah hampa cari aku boleh lah aku bagitau apa yang tersurat dan tersirat hehe…” Pandai gak dia  bagi alasan. Sempat memuji diri sendiri lagi tu.

 “ Ang nie memang pandai bagi alasan tau. Tak sudi cakap ja lah tak sudi! Susah sangat ka?”
“ Ang nie marah ka majuk Yooh??”
 “ Dua dua lah”
Tie memandang nakal wajah muncung Yooh. Agak comel bila hidung yang kecil dan mancung itu kelihatan kembang dan kempis dibuat Yooh.
“ Agak comel bila ang merajuk nah? Patut lah budak ijam tu boleh angau!”
 “ Ang nie nak gelak kat hidung aku lah tu? Nyampah tul aku“.

Akhirnya meledak ketawa Tie yang dikawalnya sejak tadi. Ketawa mereka berempat bersatu memecahkan suasana yang agak dingin tadi menjadi ceria dan berwarna-warni umpama pelangi yang muncul selepas gerimis melanda.

Hiasan..hehe




No comments:

Post a Comment