Thursday, September 6, 2012

Kecundangnya cinta sahabat -Scene 5


Sudah 5 tahun berlalu, kenangan itu dah di simpan rapi dalam kotak fikirannya. Selama 5 tahun Suhana dirantau orang, banyak mengajar dia makna kehidupan. Kepahitan dan kemanisan hubungan sesama manusia menjadikan dia matang dan sudah tentu pengalaman yang dilalui amat bermakna dalam hidupnya kini. Di rantau orang dia belajar berjauhan dengan orang yang tersayang, dan dia belajar hidup berdiri di atas kaki sendiri.

Kini, dia bekerja di Kuala Lumpur, setelah lebih dari 5 tahun hanya jasad 3 sahabat yang terpisah, kini jasad mereka telah ditemukan dan dieratkan semula di kota metropolitan ini. Mereka telah ditemukan sebagai rakan serumah dan rakan seperantau. Bahagianya diri terasa apabila bertemu semula dengan teman yang selama ini amat dirindui dan diingatinya. Sekali lagi mereka dapat berkongsi dan bercerita segala-galanya. Sesungguhnya tiada rahsia antara mereka dari dulu lagi.

“Hoi! apa nie! Termenung depan rezeki plak nie.
 “Tak dak lah, mana ada.” Terkejut  Suhana dengan sergahan temannya baiknya itu. Kelang kabut dia dibuatnya.
“ Yooh mana? Tak bangun lagi ka?” Suhana memandang pintu bilik Yooh yang kelihatan sepi dari tadi, tiada tanda-tanda pintu itu akan dikuak dari dalam.
 “ Hah...tengok tak nak mengaku lagi tu. Cakap kat aku ang tengah mengelamun apa tadi?”
 Ehh..budak nie lain yang aku soal lain yang dirapunya. “ Tie! Ang nie merepek apa?Aku tanya Yooh mana?”.
“ Astafillah..Na! Yooh mana ada. Dia kan balik kampung semalam.”  
“ Ooo..ye ke?”. Alamak! Teruk tul aku nie, kan dah terkantoi..malunyer aku.
“ Iyyee…yeh bagi tau kat aku apa yang ang mengelamun tadi. Aku tak kira ang kena bagi tau gak...cepat aku dengar nie!”
 “ Tak dak apa-apa lah, aku just ingat masa kita sekolah dulu-dulu, bestkan masa dulu?”

Suhana memandang Tie menunggu reaksi positif dari Tie, tetapi kelihatan Tie kusyuk mengimbas kenangan lama sambil menikmati sarapannya yang hanya berintikan roti kosong itu.

 “Ohh! My sweet friends! I’m sorry okey? Tak boleh lah. Aku malas lah. Aku ada hal. Lagipun korang semua pegi ada pasangan masing-masing. Aku tak mau lah jadi kera sumbang kat sana nanti. Boring tau.

“ Loh…bila masa lak kami suruh ang jadi kera sumbang kat situ? Lagipun Mat Romeo pun pegi gak. Kami ajak ang pegi sebab kami nak g mandi air terjun. Kami tau ang suka mandi air terjun kan? Ang ada baru lah best walaupun lagi best kalau ang… tak dak..hehe gurau ja. Kan kan?”

Ish..budak nie mulut tak control langsung, kecik hati aku dibuatnya.“ Kalau ang suruh pun, aku tak ingin nak jadi kera sumbang kat situ lah. Hampa nak pegi..pegi ja lah. Jangan kalut sangat dengan aku k. Sekurang-kurangnya aku boleh jadi kaunter pertanyaan kat sini. Mana lah tau mak ayah hampa cari aku boleh lah aku bagitau apa yang patut hehe…”

Pandai gak dia memberi alasan. Alasan yang spontan keluar dari bibir merahnya. Hakikatnya, diri ini amat mencemburui insan yang bernama sahabat. Dia tidak sanggup melihat sandiwara yang seterusnya akan menyakitkan hati yang sememangnya sudah lama dilukai. Dia tidak cukup kuat untuk menghadapi dugaan hidup diketepikan. 

 “ Tie!! Ang dengar tak apa yang aku cakap nie.”  Geram tul dia dengan sikap Tie yang seperti tak berperasaan itu.

“ Aku dengar la..aku tak pekak lagi tau. Aku tengah pikir, banyak kenangan kita dulu kan? Kita dulu degil betul, banyak benda yang kita buat, dari perangai yang baik-baik sampai perangai macam monyet, cinta monyet pun banyak, tapi bukan aku, korang lah tu. Ada yang sampai nangis-nangis. Hahaha… Bila pikir-pikir balik lawak jugak kan? Haii..apa khabar lah skrang jejaka-jejaka tak hensem Tanjung tu. Anuar, Faizal, Ijam, and Mat Romeo buat apa sekarang eh?”

Ketawa Tie hilang apabila melihat perubahan di wajah Suhana. Tie tak pasti kenapa dengan Wajah itu tetapi dia dapat agak apabila ‘nama itu’ terlafas dari mulutnya yang celupar ini. Tie menampar mulutnya yang terlepas cakap beberapa kali. Inilah akibatnya kalau mulut sendiri tak tahu dijaga.

            “ Emm..Na aku pegi dulu nah. Aku dah lambat nie. Daa….”
“Okey! Take care. Jangan buat jalan tu macam bapak ang yang punya tau” Gurauan Suhana disambut oleh ketawa kecil dari Tie. Suhana amat faham benar dengan sikap Tie yang suka berlumba-lumba sendiri di atas jalan raya. Kadang-kadang sikapnya itu mengalahkan lelaki. Tie melepaskan senyuman lega apabila Suhana bergurau dengannya. Sekurang-kurangnya dia tahu Suhana tidak ambik hati apa yang dicakapkannya tadi. 

            Kelihatan Suhana masih dimeja sarapan setelah 5 minit yang lalu Tie telah bergegas ke pejabat. Dia pun tidak pasti apa yang dimenungkannya yang pastinya jiwanya kosong. Agaknya dia dah terlambat ke tempat kerja. Suhana bergegas bangun dan mencapai begnya lalu keluar menuju ke kereta. 

           Disaat dia ingin membuka pintu kereta, hanset nokia kesayangannya berbunyi minta diangkat.Kelangkabut dia dibuatnya. Ini lah akibatnya kalau pagi-pagi dah melamun. Siapa lah pagi-pagi lagi dah memanggilnya. Suhana mengerutkan dahi tatkala melihat pemanggil yang tidak dikenalinya. “ Helo……helo. Nak bercakap dengan siapa? Helo…”. Suhana mmeletakkan hansetnya kasar. Geram dia di buat pemanggil yang tidak dikenalinya itu. “Dah lah pagi-pagi lagi dah mengganggu orang. Past tu orang angkat tak nak dijawabnya plak..baik tak yah kol, buat habis kredit ja.”. Geram dengan sikap pemanggil yang tidak bertanggugjawab itu. Baik dia bergegas ke klinik. Dia tak nak sampai ke kliniknya terlalu lewat.


            “Selamat pagi Doctor!!” “ Selamat pagi Murni!” Suhana memberikan senyuman paling manis kepada pekerjanya yang sudah hampir 3 tahun bekerja dengannya iaitu sejak klinik ini baru dibuka. Suhana agak terperanjat melihat sekuntum mawar putih diatas mejanya. Sudah terlalu lama dia tidak menerima mawar putih dan agak memelikkan bunga itu untuk dirinya. “ Murni..masuk kejab” Suhana memanggil Murni melalui intercom. “ Ya..Doktor. boleh saya Bantu?” Tersembur wajah bulat pekerjanya dimuka pintu. “ Siapa yang hantar bunga nie?” Maaf doctor, saya tak tahu..saya yang terima bunga tu tadi dari sunflower.” “ Okey..tak pa lah. Thanks a lot. Dengan perasaan bingung dan sebal Suhana meletakkan mawar putih itu disisi mejanya. Malas dia nak memikirkan  dari siapa bunga itu. Suhana melaksanakan kewajipannya seperti biasa. 


Related Scene:

No comments:

Post a Comment