Sunday, September 24, 2017

1st time Raya Bersama suami


Nih sebenarnya nak citer pasal Raya puasa and Raya haji. 2 in 1. Aci tak Kalo Hari nih bawu aku nak cerita? Kalo roti gardenia tu expired date dia seminggu kan? Ke 4 Hari jer? Tapi aku syak citer nih belum expired lagi as long in this year jugak. Boleh Gitu? Hehe ^___^

Marilah Kita anggap entry nih dengan roti gardenia tak Ada persamaan langsung...

Dari segi expiry date kihkihkih

Gambar raya paling cuwiit tahun nih!

Raya tahun nih agak berbeza pada aku sebab Ada 'orang baru' join the group walaupun sebenarnya orang Baru itu Adalah aku dan husband. Hahaha

Hari yang ditunggu...Hari yang diidamkan Dan hari yang penuh kebahagian dan Kasih sayang....hari apa?

Hari rayaaaa lah!!!!!!!! 
Hahaha *penampor satu Kali*

Hari untuk beratur , bersalaman sambil hulur dan mintak duit raya :=p

Family in law

Cik gayah Bersama Anak jantannya


Selepas solat raya...bermaafan, dan mengepow duit raya semua ..Kami pun bergila-gilaan depan camera, selfie, wefie bagai, pastu dah puas selfie kuar beraya plak. Tngok gambar ja Lah...Malas nak citer dah...Malas nak 'rewind after playing'. Wah! Apa makna tu? Entah...tolong Google Hahaha





Raya puasa aku Banyak spend time with family hubby. Raya pertama kedua ketiga gambar semua bercampur. Aku dah tak kuasa nak asing2 kan lagi. I is malas!
-..-





Raya ketiga Kalo tak silap aku ada family day dekat Pantai merdeka. Masha Allah happening okey...Family sebelah hubby semunya sporting giler. Bukan mudah okey nak kumpul kan Sanak saudara macam nih Tapi no big deal for them... Thumb up!

Next ...Kita citer pasal raya haji pulak. 

Raya haji Kali nih beraya dengan family sebelah aku. Mcm Biasa family aku Susah sikit nak berkumpul. .masing perempuan kan so keluarga mentua mesti diutamakan... pulak kawin ngan orang jauh. So tiap tahun tak pernah ckup korem. 

Tapi before raya 30 haribulan before merdeka jugak...Ank perempuan cousin aku kawen. Ank perempuan dia sebaya aku walaupun hahaha. So Masa wedding nih dpt lah berkumpul, sembang, gelak tawa sama adik beradik aku. Rindu diowg sangat-sangat. 

Tu pun Bukan semua nak bergambar.. payah benor nak ajk bergambar pun. 






Second September birthday hubby.
Aku plan nak buat surprise Tapi ada masalah yg tak dpt dielakkan so cancel.

 Tapi ...Rupanya adik beradik hubby dah plan surprised utk hubby mlm tu. Hehehe
Skali dengan aku tanjat๐Ÿ˜„

Selamat Hari lahir sayang!
Abang anugerah yang tak ternilai Dari Allah utk ayang. U are my syurga.
Maaf seandainya isteri Abang nih tak sempurna...Dan Banyak kurang.

Tak taw nak kata pa dah... Speechless!
Huhu T___T



Enjoy sangat-sangat dengan hubby and family termasuk family aku. Love you all. Bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan dalam hidup ini.
Mungkin ada kurang di mana-mana tapi alhamdulillah ada lebih yang Allah bagi.

Allah Maha Pengasih!

Alamak....Mata Masuk habuk plak!


Thursday, September 14, 2017

Kisah raya haji mum to be


Dikala aku tengah menghupdate nih, sebelah tangan tengah makan sebelah lagi tengah menaip. Nampak mcm workoholic sangat kan iolls? Padahai ko memang sejenis kuat makan dan tak boleh nampak makanan...dan dan tu jugak nafsu nak habiskan semua. Istilah Simpan stock memang non hadee. Pastu mengadu senak dan pastu dah Jadi pemalas asik nak baring ja. Lumrah perempuan berbadan dua. Pandai dak aku cover line? ^___^

*hahaha...Lumrah ek? Entah-entah ko sorang ja mcm tu?*

Siang tadi aku checkup...Nurse bising sebab berat Naik pulak 3 kilo. Dah 4 Kali checkup Naik 2-2-2.5-3 kilo...dah Jadi 80 kilo. Oiih...Gila apa? Sari yanti dah 80 kilo? Haruslah Nurse membebel. Siap Tanya makan APA nih Naik sampai mcm nih?
"Owh...Hari-hari sy mkn gajah nurse.Sup gajah, gajah goreng pedas, gajah 3 rasa, gajah tomato sos, Gajah panggang cicah air Asam, dan tak Lupa jgk gajah masak singgang." 

Jawapan nih dalam entry blog ja walaupun...hahaha. aku jwb mcm tu maunya nurse cucuk bontot aku. Dah giler makan gajah? Katanya hehehe #dramatakhabihhabih

Alhamdulillah...syukur sangat HB aku dah naik. Rasa mcm nak lompat bintang 3 segi.... Tapi mcm tak boleh lah plak sebab terlebih muatan...hahaha. ko nengok tak fauziah gous tu pregnant selamber ja wat skipping. Manusia ke alein dia tu? 

sebelum checkup today turun lagi dari bln lepas punya HB. *Paham dak ayat gua? Jgn wisau sebab Gua pun tak paham ...huhu*

29/08/17 - 9.5
14/09/17 - 10.2

Huh...Ingat senang nak Naik jd 10 nih? Seksa jiwa raga aku. Mcm-mcm makanan aku mkn utk tambah darah. Aku belajar mkn Paru, makan pedai, makan kerang, mkn sayur hijau, makan buahan.... Hati ja aku tak dpt nak telan.. Seriously geli k , Masuk tekak sangkut tak Leh telan Masuk pewut....haahaha. 

Ada jgk risik2 nak belajar mkn rumput, jimat sikit kan, color pun dah hijau pure.. tapi Seram Sejuk ja nengok lembu meragut rumput di Padang bola sekolah saya sebelum menjadi korban sempena Hari raya korban! (Karangan bdk darjah 3) 
So tak mau lah.Kahkahkah

Today jugak aku dpt suntikan kamcing Gigi. Rupanya 1st time pregnant dpt 2 Kali suntikan nih. Wah...untung...Dan disebabkan keberatan yg makin memberat, aku kena Minum air Gula next checkup.

Menci! Tak Suka! -..-

Dah lah...Mcm lapar plak membebel Banyak sangat nih...Padahai td ja tengah mkn kan. 
Yer...Tahu Lumrah pompuan mengandung.. Hahaha 

Eh...isi mcm lari tajuk jer. Mana kisah rayanya? Hahaha ...Takpe lah raya Kita citer next entry ek. Sampai sini dulu kisah mum to be. Doakan semuanya berjalan lancar Dan ank yg Bakal lahir comel, cergas dan cerdik mcm mak dia.hehe

Comel tak mum to be kembang setaman nih
^___^


P/s : Takziah pada family dan Al-fatihah utk anak-anak tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Sesungguhnya syurga milik kalian.




Saturday, September 9, 2017

Review Eskinol ice pore minimizing


Hai uoll.... Assalamualaikum 

Ye...Aku update blog sekarang memang ikut mood jer...Bukan takde citer nak share tapi yerlah kan td dah ckp ikut mood. Kalo mood malas yg conquer 'apa pun xleh'....memang dah ketetapan tuhan agknya hehehe

Owh...Mood malas ketetapan tuhan? Banyak cekadak ko!

Uiihh...Sekarang issue politik tngah hangat kan. Dah lah pru14 dah dekat nih pastu boleh plak harga minyak Naik. Tak masuk lagi issue ahli politik berbalah ...Jatuh kan hang Aku...Mcm bdk tak ckup akai. Bersaing elok2 tak boleh ek?

Aku pun dah malas nk bukak FB ... nak2 nampak picture tokjib ngan big mum dia..Automatically kepala jd serabut, Mata sakit, pewut sebu, mual2 nak muntah.... -..-
*ko dah kenapa?* bergitu over effect dia Kat Aku kan....Hahaha 

Okey2...Takpe lah...Yg penting Rakyat dah bijak membuat pilihan. Dah taw dah sapa nak pilih kan. 

Okey lah...jom Kita citer pasal Eskinol hehe *tetiba*

Aku Tahu masih ramai yg keliru nak pilih Dan Guna Eskinol toner nih. Tak ramai jugak yg keliru Eskinol nih facial wash ke toner? Hahaha...Ke seratus patplohpat ratus Kali Aku nak g taw ... Eskinol nih toner yer syg ..Syg. dekat botol tulis cleanser kan so Memang automatically Memang Kita akn faham facial wash. Tapi tidak...ia Adalah toner. Full stop! ๐Ÿ˜˜

Mcm Mana nak start Guna? Nak Guna variant apa Dulu? Kena pakai semua variant ke? Pilih Salah satu jer tak boleh ke?

Wah...Banyak Betul persoalan yg bermain difikiran korang kan? 

Korang boleh jer WhatsApp Aku Tanya pasal nih .. korang dah taw Tapi nak Tanya lagi pun takpe. Aku takde masalah pun nk reply and Aku happy dpt Bantu korang.  Aku taw korang sesaja ja nak manja2 ngan Aku kan hehehe. I know! ๐Ÿ˜

Yes..I know, tak semua customer Aku dari blog...Ada dtg dari IG ada dari FB. Owh jemput follow IG Aku @ctcheery ...Hehe *sempat lagi noh 'follow my IG'*

Bukan apa Aku banyak share pasal Eskinol dekat IG..pasal postage arrangement, availability of products. Semua Kat situ...Cepat Dan pantas Gitu.

Pasal penggunaan Eskinol nih korang boleh pilih mana2 variant yg korang nak. Caranya tengok pada major masalah kulit korang. Contoh kalo jerawat teruk bak cendawan tumbuh , prefer pada Eskinol pimple fighting lah. Kalo korang mempunyai masalah kulit Muka tak sekata atau blackheads boleh pakai Eskinol spot-less. Kalo pori kulit besar atau terbuka luas sehinggakan banyak blackheads nampak ketara korang boleh Guna ice pore minimizing. 

Aku nak review satu-satu Eskinol toner nih untuk korang nampak dengan jelas dan yakin nak Guna.

Dan Suka cita dimaklumkan bahawasanya fungsi utama Eskinol adalah Rawat dan pulih. Kalo korang nak pakai Eskinol utk dptkan kulit puteh gebu, Eskinol bkn product nya k. Pegi cari product lain k.
Yes... Eskinol Hanya boleh mencerahkan ikut tone asal kulit Tapi Bukan memutihkan.

Ingat yah....


1st...Aku akan citer pasal ice pore k. Off course Aku dah pakai dan rasai keberkesanannya ..So aku yakin lah nak share ngan korang kan.

Kebanyakkan dari Kita Memang cenderung untuk ada masalah pori besar terutama yang terdedah dengan persekitaran panas dan berhabuk. Ini kadang-kadang disebabkan Oleh suhu persekitaran tu maksudnya macam Kita duduk Kat kawasan persekitaran yang membangun seperti dibandar Bandar, kawasan perindustrian. So kawasan macam ni Memang tak boleh lari daripada udara panas Dan berhabuk. So Kita yang duduk dikawasan macam ni Memang akan mempunyai liang pori yang lebih besar. 

Pori tu apa? Okey let me explain...Pori adalah pembukaan kelenjar minyak di kulit kita. Liang yang kuar peluh tu lah. So, Semua orang ada pori ni.  Jadinya Kita yang ada kelenjar minyak yang lebih besar dan lebih aktif ni cenderung untuk mempunyai liang besar dan menjadikan kulit kusam. 

Saiz liang nih tak dinafikan kadang-kadang ditentukan Oleh keturunan jugak tetapi Kita ada Cara untuk meminimumkan masalah liang pori besar nih.

Gambar ihsan Google.
Ini contoh pori besar dan dah tersumbat dengan blackhead

Even Aku pun takde lah liang pori besar tapi adalah masalah liang pori terbuka. So Memang Aku faham sangat lah. Rasa terganggu ja dan hilang confiden diri. Lagi-lagi bila tiap Kali nengok cermin nmpk blackhead atau bintik hitam Kat liang tu, pastu Bila Kita pegang kulit rasa kasar. Hah...Itulah liang pori Memang dah tersumbat. Untuk keluarkan kotoran dan minyak yg tersumbat tu Kita boleh Guna toner spot less atau classic, so untuk liang besar Kita boleh Guna ice pore pulak untuk kecilkan liang tu. 

Memang Kita kena buat something pada liang yang besar tu, tak boleh biar Mcm tu since Kita nak kulit yang licin, Segar Dan mulus. Ice pore sangat membantu dan benar-benar berkesan utk Kita.

Ia mempunyai manik-manik mikro yang membantu dalam meminimumkan saiz liang, ditambah formula vitamin yang mengekalkan keanjalan kulit dan mengekalkan cahaya dalaman kulit.

Sekurang-kurangnya apabila liang Kita mengecil minyak dan kotoran takde lagi nak tersumbat. Jadinya kulit kita akan lebih licin Dan bersih. Eskinol ice pore ni dia Sesuai utk semua jenis kulit samaada kulit normal, berminyak atau pun kering. Dia memberikan elements refreshing and moisturizing. 

Utk yg punya masalah kulit Muka berlopak pun boleh pakai ice pore taw..Penah ada customer Tanya Aku pasal nih...Jujurnya dia takde lah hilangkan terus lopak tu tapi dia Bantu mengecilkan ...So kulit tu akan nampak sihat dan better dari sebelumnya.

Owh yah....Semua Variant Eskinol ada formula antibiotics untuk tentang jerawat and ada fungsi oil control okey. 

Cuma utk pimple fighting off course dos antibiotics dia tinggi dari variant lain lah kan dah fungsi dia pun pimple fighting.

Sampai sini Dulu coleteh untk Hari nih. Dah panjang dah mengarang. Patutlah lenguh semacam. Baby pun dah nendang2 nih. Lenguh kot hehe.

Nak chitchat leh WhatsApp 0175433604.
Eskinol now available pimple fighting, ice pore and spot less. Pimple fighting and papaya limited sikit yah...Cepat sold out. 
Sebab tu Aku selesa pre-order. Tak Adil utk korang yang asyik tnggu2 ...Bila follow-up Balik stock dah habis. Wah...Boleh nangis tak berlagu Mcm nih kan....Okey lah
Bye...Bye

Take care korang ^___^

Entry berkaitan:-