Saturday, September 9, 2017

Review Eskinol ice pore minimizing


Hai uoll.... Assalamualaikum 

Ye...Aku update blog sekarang memang ikut mood jer...Bukan takde citer nak share tapi yerlah kan td dah ckp ikut mood. Kalo mood malas yg conquer 'apa pun xleh'....memang dah ketetapan tuhan agknya hehehe

Owh...Mood malas ketetapan tuhan? Banyak cekadak ko!

Uiihh...Sekarang issue politik tngah hangat kan. Dah lah pru14 dah dekat nih pastu boleh plak harga minyak Naik. Tak masuk lagi issue ahli politik berbalah ...Jatuh kan hang Aku...Mcm bdk tak ckup akai. Bersaing elok2 tak boleh ek?

Aku pun dah malas nk bukak FB ... nak2 nampak picture tokjib ngan big mum dia..Automatically kepala jd serabut, Mata sakit, pewut sebu, mual2 nak muntah.... -..-
*ko dah kenapa?* bergitu over effect dia Kat Aku kan....Hahaha 

Okey2...Takpe lah...Yg penting Rakyat dah bijak membuat pilihan. Dah taw dah sapa nak pilih kan. 

Okey lah...jom Kita citer pasal Eskinol hehe *tetiba*

Aku Tahu masih ramai yg keliru nak pilih Dan Guna Eskinol toner nih. Tak ramai jugak yg keliru Eskinol nih facial wash ke toner? Hahaha...Ke seratus patplohpat ratus Kali Aku nak g taw ... Eskinol nih toner yer syg ..Syg. dekat botol tulis cleanser kan so Memang automatically Memang Kita akn faham facial wash. Tapi tidak...ia Adalah toner. Full stop! šŸ˜˜

Mcm Mana nak start Guna? Nak Guna variant apa Dulu? Kena pakai semua variant ke? Pilih Salah satu jer tak boleh ke?

Wah...Banyak Betul persoalan yg bermain difikiran korang kan? 

Korang boleh jer WhatsApp Aku Tanya pasal nih .. korang dah taw Tapi nak Tanya lagi pun takpe. Aku takde masalah pun nk reply and Aku happy dpt Bantu korang.  Aku taw korang sesaja ja nak manja2 ngan Aku kan hehehe. I know! šŸ˜

Yes..I know, tak semua customer Aku dari blog...Ada dtg dari IG ada dari FB. Owh jemput follow IG Aku @ctcheery ...Hehe *sempat lagi noh 'follow my IG'*

Bukan apa Aku banyak share pasal Eskinol dekat IG..pasal postage arrangement, availability of products. Semua Kat situ...Cepat Dan pantas Gitu.

Pasal penggunaan Eskinol nih korang boleh pilih mana2 variant yg korang nak. Caranya tengok pada major masalah kulit korang. Contoh kalo jerawat teruk bak cendawan tumbuh , prefer pada Eskinol pimple fighting lah. Kalo korang mempunyai masalah kulit Muka tak sekata atau blackheads boleh pakai Eskinol spot-less. Kalo pori kulit besar atau terbuka luas sehinggakan banyak blackheads nampak ketara korang boleh Guna ice pore minimizing. 

Aku nak review satu-satu Eskinol toner nih untuk korang nampak dengan jelas dan yakin nak Guna.

Dan Suka cita dimaklumkan bahawasanya fungsi utama Eskinol adalah Rawat dan pulih. Kalo korang nak pakai Eskinol utk dptkan kulit puteh gebu, Eskinol bkn product nya k. Pegi cari product lain k.
Yes... Eskinol Hanya boleh mencerahkan ikut tone asal kulit Tapi Bukan memutihkan.

Ingat yah....


1st...Aku akan citer pasal ice pore k. Off course Aku dah pakai dan rasai keberkesanannya ..So aku yakin lah nak share ngan korang kan.

Kebanyakkan dari Kita Memang cenderung untuk ada masalah pori besar terutama yang terdedah dengan persekitaran panas dan berhabuk. Ini kadang-kadang disebabkan Oleh suhu persekitaran tu maksudnya macam Kita duduk Kat kawasan persekitaran yang membangun seperti dibandar Bandar, kawasan perindustrian. So kawasan macam ni Memang tak boleh lari daripada udara panas Dan berhabuk. So Kita yang duduk dikawasan macam ni Memang akan mempunyai liang pori yang lebih besar. 

Pori tu apa? Okey let me explain...Pori adalah pembukaan kelenjar minyak di kulit kita. Liang yang kuar peluh tu lah. So, Semua orang ada pori ni.  Jadinya Kita yang ada kelenjar minyak yang lebih besar dan lebih aktif ni cenderung untuk mempunyai liang besar dan menjadikan kulit kusam. 

Saiz liang nih tak dinafikan kadang-kadang ditentukan Oleh keturunan jugak tetapi Kita ada Cara untuk meminimumkan masalah liang pori besar nih.

Gambar ihsan Google.
Ini contoh pori besar dan dah tersumbat dengan blackhead

Even Aku pun takde lah liang pori besar tapi adalah masalah liang pori terbuka. So Memang Aku faham sangat lah. Rasa terganggu ja dan hilang confiden diri. Lagi-lagi bila tiap Kali nengok cermin nmpk blackhead atau bintik hitam Kat liang tu, pastu Bila Kita pegang kulit rasa kasar. Hah...Itulah liang pori Memang dah tersumbat. Untuk keluarkan kotoran dan minyak yg tersumbat tu Kita boleh Guna toner spot less atau classic, so untuk liang besar Kita boleh Guna ice pore pulak untuk kecilkan liang tu. 

Memang Kita kena buat something pada liang yang besar tu, tak boleh biar Mcm tu since Kita nak kulit yang licin, Segar Dan mulus. Ice pore sangat membantu dan benar-benar berkesan utk Kita.

Ia mempunyai manik-manik mikro yang membantu dalam meminimumkan saiz liang, ditambah formula vitamin yang mengekalkan keanjalan kulit dan mengekalkan cahaya dalaman kulit.

Sekurang-kurangnya apabila liang Kita mengecil minyak dan kotoran takde lagi nak tersumbat. Jadinya kulit kita akan lebih licin Dan bersih. Eskinol ice pore ni dia Sesuai utk semua jenis kulit samaada kulit normal, berminyak atau pun kering. Dia memberikan elements refreshing and moisturizing. 

Utk yg punya masalah kulit Muka berlopak pun boleh pakai ice pore taw..Penah ada customer Tanya Aku pasal nih...Jujurnya dia takde lah hilangkan terus lopak tu tapi dia Bantu mengecilkan ...So kulit tu akan nampak sihat dan better dari sebelumnya.

Owh yah....Semua Variant Eskinol ada formula antibiotics untuk tentang jerawat and ada fungsi oil control okey. 

Cuma utk pimple fighting off course dos antibiotics dia tinggi dari variant lain lah kan dah fungsi dia pun pimple fighting.

Sampai sini Dulu coleteh untk Hari nih. Dah panjang dah mengarang. Patutlah lenguh semacam. Baby pun dah nendang2 nih. Lenguh kot hehe.

Nak chitchat leh WhatsApp 0175433604.
Eskinol now available pimple fighting, ice pore and spot less. Pimple fighting and papaya limited sikit yah...Cepat sold out. 
Sebab tu Aku selesa pre-order. Tak Adil utk korang yang asyik tnggu2 ...Bila follow-up Balik stock dah habis. Wah...Boleh nangis tak berlagu Mcm nih kan....Okey lah
Bye...Bye

Take care korang ^___^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...