Sunday, September 24, 2017

1st time Raya Bersama suami


Nih sebenarnya nak citer pasal Raya puasa and Raya haji. 2 in 1. Aci tak Kalo Hari nih bawu aku nak cerita? Kalo roti gardenia tu expired date dia seminggu kan? Ke 4 Hari jer? Tapi aku syak citer nih belum expired lagi as long in this year jugak. Boleh Gitu? Hehe ^___^

Marilah Kita anggap entry nih dengan roti gardenia tak Ada persamaan langsung...

Dari segi expiry date kihkihkih

Gambar raya paling cuwiit tahun nih!

Raya tahun nih agak berbeza pada aku sebab Ada 'orang baru' join the group walaupun sebenarnya orang Baru itu Adalah aku dan husband. Hahaha

Hari yang ditunggu...Hari yang diidamkan Dan hari yang penuh kebahagian dan Kasih sayang....hari apa?

Hari rayaaaa lah!!!!!!!! 
Hahaha *penampor satu Kali*

Hari untuk beratur , bersalaman sambil hulur dan mintak duit raya :=p

Family in law

Cik gayah Bersama Anak jantannya


Selepas solat raya...bermaafan, dan mengepow duit raya semua ..Kami pun bergila-gilaan depan camera, selfie, wefie bagai, pastu dah puas selfie kuar beraya plak. Tngok gambar ja Lah...Malas nak citer dah...Malas nak 'rewind after playing'. Wah! Apa makna tu? Entah...tolong Google Hahaha





Raya puasa aku Banyak spend time with family hubby. Raya pertama kedua ketiga gambar semua bercampur. Aku dah tak kuasa nak asing2 kan lagi. I is malas!
-..-





Raya ketiga Kalo tak silap aku ada family day dekat Pantai merdeka. Masha Allah happening okey...Family sebelah hubby semunya sporting giler. Bukan mudah okey nak kumpul kan Sanak saudara macam nih Tapi no big deal for them... Thumb up!

Next ...Kita citer pasal raya haji pulak. 

Raya haji Kali nih beraya dengan family sebelah aku. Mcm Biasa family aku Susah sikit nak berkumpul. .masing perempuan kan so keluarga mentua mesti diutamakan... pulak kawin ngan orang jauh. So tiap tahun tak pernah ckup korem. 

Tapi before raya 30 haribulan before merdeka jugak...Ank perempuan cousin aku kawen. Ank perempuan dia sebaya aku walaupun hahaha. So Masa wedding nih dpt lah berkumpul, sembang, gelak tawa sama adik beradik aku. Rindu diowg sangat-sangat. 

Tu pun Bukan semua nak bergambar.. payah benor nak ajk bergambar pun. 






Second September birthday hubby.
Aku plan nak buat surprise Tapi ada masalah yg tak dpt dielakkan so cancel.

 Tapi ...Rupanya adik beradik hubby dah plan surprised utk hubby mlm tu. Hehehe
Skali dengan aku tanjatπŸ˜„

Selamat Hari lahir sayang!
Abang anugerah yang tak ternilai Dari Allah utk ayang. U are my syurga.
Maaf seandainya isteri Abang nih tak sempurna...Dan Banyak kurang.

Tak taw nak kata pa dah... Speechless!
Huhu T___T



Enjoy sangat-sangat dengan hubby and family termasuk family aku. Love you all. Bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan dalam hidup ini.
Mungkin ada kurang di mana-mana tapi alhamdulillah ada lebih yang Allah bagi.

Allah Maha Pengasih!

Alamak....Mata Masuk habuk plak!


Thursday, September 14, 2017

Kisah raya haji mum to be


Dikala aku tengah menghupdate nih, sebelah tangan tengah makan sebelah lagi tengah menaip. Nampak mcm workoholic sangat kan iolls? Padahai ko memang sejenis kuat makan dan tak boleh nampak makanan...dan dan tu jugak nafsu nak habiskan semua. Istilah Simpan stock memang non hadee. Pastu mengadu senak dan pastu dah Jadi pemalas asik nak baring ja. Lumrah perempuan berbadan dua. Pandai dak aku cover line? ^___^

*hahaha...Lumrah ek? Entah-entah ko sorang ja mcm tu?*

Siang tadi aku checkup...Nurse bising sebab berat Naik pulak 3 kilo. Dah 4 Kali checkup Naik 2-2-2.5-3 kilo...dah Jadi 80 kilo. Oiih...Gila apa? Sari yanti dah 80 kilo? Haruslah Nurse membebel. Siap Tanya makan APA nih Naik sampai mcm nih?
"Owh...Hari-hari sy mkn gajah nurse.Sup gajah, gajah goreng pedas, gajah 3 rasa, gajah tomato sos, Gajah panggang cicah air Asam, dan tak Lupa jgk gajah masak singgang." 

Jawapan nih dalam entry blog ja walaupun...hahaha. aku jwb mcm tu maunya nurse cucuk bontot aku. Dah giler makan gajah? Katanya hehehe #dramatakhabihhabih

Alhamdulillah...syukur sangat HB aku dah naik. Rasa mcm nak lompat bintang 3 segi.... Tapi mcm tak boleh lah plak sebab terlebih muatan...hahaha. ko nengok tak fauziah gous tu pregnant selamber ja wat skipping. Manusia ke alein dia tu? 

sebelum checkup today turun lagi dari bln lepas punya HB. *Paham dak ayat gua? Jgn wisau sebab Gua pun tak paham ...huhu*

29/08/17 - 9.5
14/09/17 - 10.2

Huh...Ingat senang nak Naik jd 10 nih? Seksa jiwa raga aku. Mcm-mcm makanan aku mkn utk tambah darah. Aku belajar mkn Paru, makan pedai, makan kerang, mkn sayur hijau, makan buahan.... Hati ja aku tak dpt nak telan.. Seriously geli k , Masuk tekak sangkut tak Leh telan Masuk pewut....haahaha. 

Ada jgk risik2 nak belajar mkn rumput, jimat sikit kan, color pun dah hijau pure.. tapi Seram Sejuk ja nengok lembu meragut rumput di Padang bola sekolah saya sebelum menjadi korban sempena Hari raya korban! (Karangan bdk darjah 3) 
So tak mau lah.Kahkahkah

Today jugak aku dpt suntikan kamcing Gigi. Rupanya 1st time pregnant dpt 2 Kali suntikan nih. Wah...untung...Dan disebabkan keberatan yg makin memberat, aku kena Minum air Gula next checkup.

Menci! Tak Suka! -..-

Dah lah...Mcm lapar plak membebel Banyak sangat nih...Padahai td ja tengah mkn kan. 
Yer...Tahu Lumrah pompuan mengandung.. Hahaha 

Eh...isi mcm lari tajuk jer. Mana kisah rayanya? Hahaha ...Takpe lah raya Kita citer next entry ek. Sampai sini dulu kisah mum to be. Doakan semuanya berjalan lancar Dan ank yg Bakal lahir comel, cergas dan cerdik mcm mak dia.hehe

Comel tak mum to be kembang setaman nih
^___^


P/s : Takziah pada family dan Al-fatihah utk anak-anak tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Sesungguhnya syurga milik kalian.




Saturday, September 9, 2017

Review Eskinol ice pore minimizing


Hai uoll.... Assalamualaikum 

Ye...Aku update blog sekarang memang ikut mood jer...Bukan takde citer nak share tapi yerlah kan td dah ckp ikut mood. Kalo mood malas yg conquer 'apa pun xleh'....memang dah ketetapan tuhan agknya hehehe

Owh...Mood malas ketetapan tuhan? Banyak cekadak ko!

Uiihh...Sekarang issue politik tngah hangat kan. Dah lah pru14 dah dekat nih pastu boleh plak harga minyak Naik. Tak masuk lagi issue ahli politik berbalah ...Jatuh kan hang Aku...Mcm bdk tak ckup akai. Bersaing elok2 tak boleh ek?

Aku pun dah malas nk bukak FB ... nak2 nampak picture tokjib ngan big mum dia..Automatically kepala jd serabut, Mata sakit, pewut sebu, mual2 nak muntah.... -..-
*ko dah kenapa?* bergitu over effect dia Kat Aku kan....Hahaha 

Okey2...Takpe lah...Yg penting Rakyat dah bijak membuat pilihan. Dah taw dah sapa nak pilih kan. 

Okey lah...jom Kita citer pasal Eskinol hehe *tetiba*

Aku Tahu masih ramai yg keliru nak pilih Dan Guna Eskinol toner nih. Tak ramai jugak yg keliru Eskinol nih facial wash ke toner? Hahaha...Ke seratus patplohpat ratus Kali Aku nak g taw ... Eskinol nih toner yer syg ..Syg. dekat botol tulis cleanser kan so Memang automatically Memang Kita akn faham facial wash. Tapi tidak...ia Adalah toner. Full stop! 😘

Mcm Mana nak start Guna? Nak Guna variant apa Dulu? Kena pakai semua variant ke? Pilih Salah satu jer tak boleh ke?

Wah...Banyak Betul persoalan yg bermain difikiran korang kan? 

Korang boleh jer WhatsApp Aku Tanya pasal nih .. korang dah taw Tapi nak Tanya lagi pun takpe. Aku takde masalah pun nk reply and Aku happy dpt Bantu korang.  Aku taw korang sesaja ja nak manja2 ngan Aku kan hehehe. I know! 😍

Yes..I know, tak semua customer Aku dari blog...Ada dtg dari IG ada dari FB. Owh jemput follow IG Aku @ctcheery ...Hehe *sempat lagi noh 'follow my IG'*

Bukan apa Aku banyak share pasal Eskinol dekat IG..pasal postage arrangement, availability of products. Semua Kat situ...Cepat Dan pantas Gitu.

Pasal penggunaan Eskinol nih korang boleh pilih mana2 variant yg korang nak. Caranya tengok pada major masalah kulit korang. Contoh kalo jerawat teruk bak cendawan tumbuh , prefer pada Eskinol pimple fighting lah. Kalo korang mempunyai masalah kulit Muka tak sekata atau blackheads boleh pakai Eskinol spot-less. Kalo pori kulit besar atau terbuka luas sehinggakan banyak blackheads nampak ketara korang boleh Guna ice pore minimizing. 

Aku nak review satu-satu Eskinol toner nih untuk korang nampak dengan jelas dan yakin nak Guna.

Dan Suka cita dimaklumkan bahawasanya fungsi utama Eskinol adalah Rawat dan pulih. Kalo korang nak pakai Eskinol utk dptkan kulit puteh gebu, Eskinol bkn product nya k. Pegi cari product lain k.
Yes... Eskinol Hanya boleh mencerahkan ikut tone asal kulit Tapi Bukan memutihkan.

Ingat yah....


1st...Aku akan citer pasal ice pore k. Off course Aku dah pakai dan rasai keberkesanannya ..So aku yakin lah nak share ngan korang kan.

Kebanyakkan dari Kita Memang cenderung untuk ada masalah pori besar terutama yang terdedah dengan persekitaran panas dan berhabuk. Ini kadang-kadang disebabkan Oleh suhu persekitaran tu maksudnya macam Kita duduk Kat kawasan persekitaran yang membangun seperti dibandar Bandar, kawasan perindustrian. So kawasan macam ni Memang tak boleh lari daripada udara panas Dan berhabuk. So Kita yang duduk dikawasan macam ni Memang akan mempunyai liang pori yang lebih besar. 

Pori tu apa? Okey let me explain...Pori adalah pembukaan kelenjar minyak di kulit kita. Liang yang kuar peluh tu lah. So, Semua orang ada pori ni.  Jadinya Kita yang ada kelenjar minyak yang lebih besar dan lebih aktif ni cenderung untuk mempunyai liang besar dan menjadikan kulit kusam. 

Saiz liang nih tak dinafikan kadang-kadang ditentukan Oleh keturunan jugak tetapi Kita ada Cara untuk meminimumkan masalah liang pori besar nih.

Gambar ihsan Google.
Ini contoh pori besar dan dah tersumbat dengan blackhead

Even Aku pun takde lah liang pori besar tapi adalah masalah liang pori terbuka. So Memang Aku faham sangat lah. Rasa terganggu ja dan hilang confiden diri. Lagi-lagi bila tiap Kali nengok cermin nmpk blackhead atau bintik hitam Kat liang tu, pastu Bila Kita pegang kulit rasa kasar. Hah...Itulah liang pori Memang dah tersumbat. Untuk keluarkan kotoran dan minyak yg tersumbat tu Kita boleh Guna toner spot less atau classic, so untuk liang besar Kita boleh Guna ice pore pulak untuk kecilkan liang tu. 

Memang Kita kena buat something pada liang yang besar tu, tak boleh biar Mcm tu since Kita nak kulit yang licin, Segar Dan mulus. Ice pore sangat membantu dan benar-benar berkesan utk Kita.

Ia mempunyai manik-manik mikro yang membantu dalam meminimumkan saiz liang, ditambah formula vitamin yang mengekalkan keanjalan kulit dan mengekalkan cahaya dalaman kulit.

Sekurang-kurangnya apabila liang Kita mengecil minyak dan kotoran takde lagi nak tersumbat. Jadinya kulit kita akan lebih licin Dan bersih. Eskinol ice pore ni dia Sesuai utk semua jenis kulit samaada kulit normal, berminyak atau pun kering. Dia memberikan elements refreshing and moisturizing. 

Utk yg punya masalah kulit Muka berlopak pun boleh pakai ice pore taw..Penah ada customer Tanya Aku pasal nih...Jujurnya dia takde lah hilangkan terus lopak tu tapi dia Bantu mengecilkan ...So kulit tu akan nampak sihat dan better dari sebelumnya.

Owh yah....Semua Variant Eskinol ada formula antibiotics untuk tentang jerawat and ada fungsi oil control okey. 

Cuma utk pimple fighting off course dos antibiotics dia tinggi dari variant lain lah kan dah fungsi dia pun pimple fighting.

Sampai sini Dulu coleteh untk Hari nih. Dah panjang dah mengarang. Patutlah lenguh semacam. Baby pun dah nendang2 nih. Lenguh kot hehe.

Nak chitchat leh WhatsApp 0175433604.
Eskinol now available pimple fighting, ice pore and spot less. Pimple fighting and papaya limited sikit yah...Cepat sold out. 
Sebab tu Aku selesa pre-order. Tak Adil utk korang yang asyik tnggu2 ...Bila follow-up Balik stock dah habis. Wah...Boleh nangis tak berlagu Mcm nih kan....Okey lah
Bye...Bye

Take care korang ^___^

Entry berkaitan:-


Saturday, August 26, 2017

Risiko Ibu Hamil Emosi


Aku semalam Bawu ja emo-emo Kat Ofis. 
Kena Marah dengan warehouse manager, Aku Marah dia Balik ...Siap sindir_sindir dia. Geram sangat nih. Kalo Salah Aku 100℅ tak kisah lah nak Marah pun kan. Nih Salah org lain lepas Kat aku..Yg dia Marah and Bebel tu lari dari topik Aku pulak tu....Pahal? Giler? Pastu aku maki-maki gak lah kan. *Maki tu Kat belakang ja lah..hahaha*. Korang paham tak apa Aku citer nih? Ke tak paham? Hahaha

Dengan Kerja Banyak, dengan masalah yang mcm-mcm, dengan bos yg tak paham-paham bahasa, dengan big bos yg menyusahkan staff, tak habis-habis nak kejar sales, tak penyabar nak Jual, padahai product tak siap production lagi tu. Launching pun belum. What the fish sangat nih.. stress sungguh....Balik Umah tu letih penat sampai kuar air Mata Aku. Punya stress ...Tak leh nak control dah pecah takungan air Mata Aku yang comel nih huhuhu.


Pastu Masa main FB scroll..Scroll Jumpa statement dari kelab ibu mengandung. Tewus istifar banyak-banyak. Rasa bersalah pulak...Sob...Sob. Gosok-gosok pewut sambil berkata-kata Kat baby. 

"Maafkan mama sayang. Sayang stress jugak yeh...Tak mau stress k...Mama tak stress dah...Kita chill ja okey. Luv u 😚"

"Drama sangat mama Aku nih" kata baby sambil peluk anje-anje ngan pundi kencing mama. *Kurang Kasih syg apa anje-anje ngan pundi kencing*

Sekarang nih simptom2 Aku Masa alahan tu dtg Balik. Asyik nak terkencing ja. Bawu Minum air seteguk dah nak kencing. Aku syak pundi kencing Aku tak leh nak simpan air kencing lah ...Yer lah baby Aku asyik anje-anje ngan dia ja. Tak boleh dia nak buat keje dia dengan tenang. Hahaha cian. 


Tapi Bab makan makin selera . Tak kenyang-kenyang pulak tu. Padahai Bawu ja nih pas makan nasi goreng...Tak sampai setengah jam lapar lagi. So bangun lah buat cucur Ikan bilis. Nyammyy...Cicah thousand island. Sedap!!

Bila perut dah membesar nih kan, makin Seram rasanya. Haiihh...Dah start dah Bila rukuk and sujud rasa senak semacam. Pastu sakit-sakit pinggang, lenguh Mcm senggugut tu, pastu sakit Kat tulang pelvic tu. Sakit giler k kdg-kdg sampai nangis Aku. Tak Tau lah kot Aku yg over sangat hape kan. Orang lain Aku nengok relex ja. Ada sorang Adik Kat tempat keje Aku tu kan, Masa pewut dia besar Dan sarat dah pun Tapi relex ja dia solat. Tak ada lah pulak merungut senak ke, sempit ke, semput ke hape ke kan. Mengada-ngada pula rasanya Aku nih... Hahaha 

Aku dah Masuk 5 Bulan dah. Kat Ofis pun dah start tegur perut dah nampak. Siap ada yg usik lagi excited nampak pewut Aku. Apakah? Dulu dok complaint kata perut tak nampak ...Betul ke mengandung nih? Eh..eh Over Betul...Mcm nak lempang ja rasa.

Dulu rasa tak Sabar nak besar....Bila dah besar rasa takut pulak. Boleh ke Aku teran Nanti? Pandai ke Aku? Ke Kena hafal teknik meneran? Lagi-lagi Aku pegi baca pengalaman bersalin Aida sue, dia cerita saat dia nak nak meneran semua tu, oh my baby bump...Lagi lah Aku takut , rasa seram-seram nak bersalin hahaha.


Eeiii...Tatutnyeee titeyyy! Aku dah sapu-sapu perut ngan minyak zaitun sejak pregnant bln ke 3 lagi. Konon nak jaga kulit tak mau pecah. Kahkahkah...Lawak pulak rasa. Tapi takde lah hari-hari. Nak kata kulit Aku jenis perfect, mulus tulus tak ada merekah langsung tu mohong sangat lah kan. Tak yah tunggu pregnant...Tak pregnant pun memang jenih merekah dah. Hahaha. Harap-harap shurah minyak zaitun nih dapat membantu sikit lah utk mendapatkan kulit badan yang mulus tulus selepas bersalin. Kihkihkih

Okey lah...Panjangnya Aku membebel, biasanya Aku nih pemalu...Tekanan emosi ke hape nih. Aku nak nengok citer 7 Hari mencintaimu. Nak feeling-feeling husband Mcm khusairy layan ja perangai Mia Adriana yg mengada-ngada masa pregnant. Agaknya Kalo Aku buat perangai Mcm Mia Adriana tu Yen lempang tak aku? Hahaha

¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥¥

WhatsApp 017-5433604

Eskinol available untuk ice pore and spot less. Pimple fighting and papaya out of stock. Kalo nak jugak kena pre order. Amik Masa seminggu jugak k. Tapi selepas Raya taw. Hehe 😘



Sunday, August 13, 2017

Naluri seorang bapak

*Sila jgn muntah baca entry nih!*

Aku sekarang nih dah pandai merajuk. Takde lah issue apa pun nak majuk bagai. Sesaja suka-suka...Rasa best plak majuk lagi-lagi ada owang yang dok layan pujuk. Rasa seronok nak majuk lagi-lagi!*Boleh mcm tu?* Hahaha

Sebenarnya Bukan lah aku tak paham keje dia ke apa ke ...Paham sangat! Cuma itu ja modai nak selalu communicate dengan dia. Hahaha *sengal*

CC: abg nih mcm malas nak layan ja. Tiap Kali bls msj ciput2 ja. Mcm terpaksa πŸ˜‘
Y: busy sikit skrang nih
CC: hmmm...
Y: hah....Dia buat dah

Hahaha....."hmmm..." Tu sebenarnya tak taw nak reply apa dah kahkahkah..Pastu sat g Yen mesti akan tanya keadaan baby. Hah...Bawu lah aku semangat nak cerita...siap karangan 300 patah kata. Dia Tanya pasal baby ja ...Tapi pasal aku pun aku cerita...Pasal aku muntah lah...pewut sebu lah..Pasal suar ketat lah..Pasal baju sempit lah...Rasa lega giler dpt cerita. Huhu

Habis modai majuk..Aku emo pulak. Pastu Yen pun mcm pujuk..tak Baik taw emo-emo Masa mcm nih. Tak bagus utk baby...Sian baby.....Dah lah dia tak Tahu pape dok dalam tu.

Okey...Fine...tetiba cold down sendiri. Eh...Mcm tak best plak cold down cepat sangat...hahaha. 

Satu perangai yen nih kan, kalo aku emo mesti dia nak buat2 tanya Pasal baby.

Aku pulak pantang ditanya...Sat g Beria aku nak cerita. Tetiba emo tu dah hilang entah kemana. Benda yg aku dah penah citer pun aku citer lagi...Ulang tayang! Hahaha

Dia pulak layan kan ja...Kadang2 aku tersedar sendiri..Eh ...Bukan ayg dah cerita ke? Dia pun mcm eh...Ada ek? Tak pe lah....abg Suka ja nak dengar. Hahaha *lakibini sengal*

Mcm minggu lepas tengah WhatsApp tetiba ank Gerak...Pastu aku pun ngadu lah ank dah start Gerak. Yen pun mcm eh...Bukan dah lama Gerak ke? Eh..yeke? Fikir balik...Tak ingat dah. Pastu cover balik...Bawu betul2 start Gerak hahaha
*Jd sebelum nih acah2 gerak ja lah*

 Lakibini pelupa -..-


Pastu confiden baby boy...Naluri bapak konon lah...Poyo sangat bahaha

Bapak pun ada naluri k ..Jangan dibuat main...Kang dia ada naluri poligami acamner? Ohemgee !!! *Haqu...Haqu*

P/s: PJJ mcm nih lah....sunyi, rindu cari pasal nak gaduh, nak majuk. Hope Allah permudahkan semua urusan. Tak nak PJj lama-lama....Sebab bapak pun dah ada naluri. Bahya...Bahya!! huhu


Friday, August 11, 2017

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH


Gigih lah minah sowang nih update entry kedua utk Hari ini. Semata-mata nak join giveaway akak atiehilmi. Akak ke?? Apa-apa jer lah janji iolls kan always rasa muda.
Hehe *penampor nak?*

http://www.atiehilmi.com/2017/08/atiehilmicom-first-giveaway-ukhwah-kita.html?m=1

Okey..since nak join giveaway nih tak ada lah susah mana pun semudah kupas kacang goreng ja sambil tengok bola Kedah vs Pahang Hari tu. Habih kuat tak reti nak kupas kunyah ja sekali ngan kulit...Hahaha *melalut! punya nak habaq kata mudah kan*

Bagus jugak buat giveaway mcm nih kan...Sekurangnya leh meriahkan balik Dunia blog since skrang Dunia blog sangat lah sunyi. Dah tema/Moto/trademark/title kak atiehilmi nih pun dah mcm Kena ja kan. "Ukhwah Kita kerana Allah" ...Wah!!! Kebabomm sangat title dia.

Kalo aku nak buat giveaway mcm nih ada tak yang sudi nak join ioll yg cun mcm sari yanti nih?? Tell me !! Tell me the truth!

Okey, dah..Korang digalakkan support dengan join giveaway nih...Nak join boleh klik Kat link bawah banner tu.


Gud nite and sweet dream syg...Syg...Syg
Ayameee!!!!! *Tetiba sangat* -..-



Blog dah sunyi!


Aku Demam dua Hari nih, khamis Dan jumaat. Dan sambung weekend 2 Hari jadinya 4 Hari aku membongkang Kat rumah. Ya Allah..bahagianya hidup tak perlu Pergi keje dan Kepala tak semak dengan Hal keje. Rasa mcm merdeka , Tidak lagi Kepala KU dijajah! Tidak lagi! *Boleh mcm tu?* Hahaha 

Aku Menyampah dah sebenarnya keje kat company tu lagi2 Sejak dpt GM bawu nih. Sikap dia menjengkelkan...Tak penah jumpa aku GM yg busy body mcm tu.

Tapi 2 Hari Demam rasa seksa jgk lah kan. Tido Bangun, makan, tido balik, bangun, berak, tido balik....Opsss Lupa nak mandi hahahahaha

Aku nih payah sikit nak Demam...Tapi Bila skali Demam rasa mcm seksa jiwa raga nk hadap. Bersyukur lah wahai manusia! ..Sakit tu kan penghapus dosa. 

Bos aku sibok Tanya ada keje tak nak mntk tolong colleague aku followup. Aisy...Tak kuasa aku nak fikir. Aku cuti mc....So pandai-pandai lah korang....Masa korang cuti aku pandai-pandai jer settle keje korang kan.... Aku tak peduli dah...Layan Demam lagi best.

Dunia blog sekarang dah sunyi kan? Why? Korang dah berpaling tadah dengan blog ke? Or ada something yg lain yg Lebih Menarik? Mana lah taw kan...Aku kan Selalu ketinggalan jer .. Hehehe 

Aku sndiri pun sepi sebab giler dok layan IG. Now tak lagi sebab dah Bosan plak ngan IG. And now nak balik pulak Kat blog Tapi tu lah Frust plak Bila blog pun sunyi...Huhu

Layan FB paling aku Menyampah Dan sakit hati. Tengah syok scroll boleh plak Tetiba dia boleh up ke atas timeline dia tu. Kuang ajor tul!! Pastu Bila Kita scroll still dok ulang lalu status yg SAMA...Tak guna! Aku rendam jgk Kang tepon nih. Huhu 

So better aku log out ja FB nih before tepon yang tak bersalah nih Kena rendam.

Up sikit Gambar Tuan blog. Windu titeww tak?? *Kelip-kelip mata mengoda*

_________________________

Eskinol now aku dah Jual balik ....Leh wasap utk pre order....017-5433604

Muah ciked πŸ˜—



Tuesday, August 8, 2017

HB rendah lah pulak

Memandangkan Kita tengah Bosan nih kan ..Meh lah Kita update sikit. 

Actually tengah layan mata nih...Lepas insyak tadi dah tido pastu leh plak terjaga sebab teringat tak makan lagi iberet. Gagah kan diri Bangun makan iberet..demi Anak mama tercinta. Rela dalam paksa Telan waktu malam pulak. Dah makan iberet tak boleh tido pulak...biasa letak kepala Kat bantal jer tewus hanyut dibuai mimpi Indah. Kalo tak terjaga tadi agaknya Kat Paris dah ...tngah berbulan madu ...Pastu now nak sambung Bulan madu Kat Paris mcm tak boleh dah... Can't continue...agknya Kena mula balik dari malaysia...hahahah -..-

"Mende aku mencarut nih?" πŸ˜‘

Yang tak taw ...Ini lah iberet. Gedabak besar ubat dia. Setiap Kali Telan aku rasa mcm tersangkut Kat kerongkong. Color dia merah k...Giler seram !

Iberet nih diperlukan Oleh ibu hamil yg hemoglobin@HB rendah bawah 10 tak Silap aku. 
Record HB aku masa 1st checkup dah memang rendah dah.

14/05/17 - 10.9
03/07/17 - 10.1
02/08/17 - 9.7

Memula aku Kena makan zincofer. Dia nih pun mcm iberet jugak...Dos tinggi Tapi malangnya aku tak boleh. Makan zincofer setengah jam mcm tu aku muntah air color merah. Sah aku muntah ubt tu lah.

Symptom lain yg aku alami loya, pening, nak pitam, jantung degup laju, angin.

Seminggu mcm tu aku mngadu Kat nurse..pastu dia soh aku stop iberet makan obimin. Obimin lagi teruk HB aku turun. Hasil dia 9.7 tu. 

Pastu makan iberet pun muntah jgk...Lagi teruk kuar Seketul ubt tu hahaha
So today...Petang td aku mengadu jugak dengan nurse. Mengadu ja keje aku...Manja nor...Nor...

Owh disebabkan HB rendah nih lah aku Kena buat ujian PBF and iron APA Entah...Haha benak sangat tak leh nak Tangkap nurse cakap hari tu. Ujian nih mcm nak investigate lah kenapa HB turun berterusan. Nurse advise soh try makan malam ...Sebab utama sayang ubt tu beli tak luak pun...Dah lah Mahal... RM 35 hingget utk 6 papan ja. Mahal okey !

So ...Mari lah Kita try...Mkn waktu malam, Masa pewut kosong..Lepas tu tewus tido. So Takde lah Kita nak layan alahan ubt nih. Hope berhasil. Aku makan dengan jus Oren campur Apple hijau. Buat sendiri jus tu. Hentam ja blender skali. So far boleh telan..Tu pun sambil tutup hidung sebab ubt nih busuk k. Busuk yang mcm buat ko nak muntah Bila bau dia. Even aku tutup hidung ..Lepas Telan tu bau dia still ada taw. Lambat hilang...huhuhu Sabor ja lah!

Ubt tambah darah nih Bagus mkn Bersama jus buah sebab jus buah membantu mempercepatkan penyerapan ubat nih.

Makan dengan susu, Milo and minuman berkafein tak boleh SAMA sekali sebab ia akan merosakan nutrition ubt nih...Sia-sia ja Nanti.

Okey...Cukup lah sampai sini sesi mencarut saya pada malam ini..Takleh tido punya Pasal hehe.

_______________________

Wasap Kita 017-5433604

Tetiba letak no. Suruh wasap hahaha
Nak soh order eskinol lah tu....APA lagi ?hahaha. Eskinol nih pre order k. Boleh order dulu sebab stock dia sangat limited. Charms tak PE anytime anywhere..Inshallah stock ada jer.

K Babai...nunite sayang 😘


Thursday, August 3, 2017

Cheery pakai product apa?


Maklum awal-awal yeh...Kulit muka aku tak ada lah Cantik giler babeng macam sajat sampai confiden sangat kan nak show off. Hahaha 
Tapi just nak share. Yer lah ..Dah Letih nak jawab mesej setiap Kali orang dok tanya. 

Makanya aku pun buat-buat rajinlah menulis entry Pasal nih. Walaupun sebenarnya pemalas giler nak up entry.
Katanya nak up entry kawen itu Hari sampai kesudah tak up...Poyot dah boyot dah pun ....Agknya entry kawen hold lagi Nanti sebab bagi laluan Kat entry beranak...Hahaha. ini semua poyoh!

Sebelum aku berkahwin, aku tak cukup tido sangat, Stress memanjang ja kejenya. Penat tak payah nak Citer ar...Every weekend kuar jer memanjang... Release stress kononnya. Sampaikan owg lain plak Naik risau nengok aku. Majlis kahwin dah Dekat Tapi boleh chillex lagi. Hahaha

Serious muka aku Masa tu memang dah tak terurus dah pun. Dengan kulit hitam gelap, kusam lagi,berminyak pastu naik jerawat Kat dahi berketul-ketul. Jerawat malu-malu nak kuar pun banyak. Alahai....Sedih nengok kulit muka aku Masa tu...Dah lah nak kawen kan. Malam pertama Laki aku nengok without makeup kan ngeri dia nanti. *Ewah kau?* Hehe

So, 3 minggu sebelum majlis .. Alhamdulillah aku sedar dari mimpi...Bawu sedar muka dah macam Kena sagat tar Dan tak lama lagi nak kahwin, terus jaga muka balik..Kiranya betul-betul guna dengan tertib lah. Kalau tak aku Ikut kerajinan. Kadang-kadang tak pakai apa langsung. Giler pemalas -..-

Pertama sekali...Pencuci muka aku guna charm cleanser .


Charm cleanser nih Pencuci muka bentuk gel. Dia punya tekstur sangat lembut Dan senang apply Kat muka. Walaupun ia kurang berbuih Tapi dia memang Bagus untuk bersihkan kulit muka. Bau dia pun Wangi dan Takde nak wisau pedih-pedih masuk mata ke hape ke. So dia memang mesra pengguna.


Untuk betul-betul confiden yg muka aku bersih dari kotoran Dan habuk aku still pakai toner eskinol. Yang Bestnya Pasal toner eskinol nih ia oil control dan ADA formula antibiotics untuk menentang jerawat. Toner nih function dia sebenarnya membantu membersihkan kulit dari dalam...Umpama dia mengali hingga kedalam liang roma lah. Kotoran, minyak yang terperangkap Kat dlm liang semua dia Gali habis. Eskinol nih Bagus utk pudar Parut jgk taw Tapi Kena sabar lah, take time sikit.  Hah ... Giteww.

Cream muka. Maaf aku tak pakai apa-apa cream muka. Cream malam ke cream Siang ke hape ke memang aku tak pakai. Huhu


So far kulit aku jenis normal. So Untung Kat situ lah kan dengan perangai pemalas tak hingat nih. Tapi aku ada pakai skrub star glow untuk glowing kan muka. 2 Kali seminggu sahaja gunanya.


Make-up aku kurang sikit. Mcm aku mentioned before nih...Aku nih kan pemalas hahaha...lagi-lagi Sejak pregnant nih malas sungguh nak bersiap. Yer lah nak hadap alahan Bagai...Eh...Tak kosa lah aku! So Kalo aku Keluar mana2 pun memang ala Kadar ja..Ckup pakai lipstick and bedak sikit . Tapi entah kenapa aku mcm rasa tak best pakai bedak kompak atau powder. Bedak buat kulit muka aku rasa kering walaupun actually tak kering pun. So untuk buat aku rasa selesa dan confiden Kat luar aku guna charms foundation yang mempunyai fungsi 4 dalam 1. Wow ...Serious best pakai foundation nih sebab ia tak berminyak tapi still melembabkan kulit Kita Sepanjang Hari. Dah pakai nih tak perlu aku nak pakai bedak lagi. I olls Suka bangat sih hehe



Alhamdulillah..Gabungan 4 barang nih kulit muka aku jarang dah bermasalah. Sekurang-kurangnya nampak lah natural beauty nya tu ...Tak perlu nak make-up mcm opera cina semata-mata nak nampak cantik 24/7...opsss..hehe

 Okeylah..Meh aku up sikit muka minah yg natural beauty sangat tu...Huhu


Gambar kiri tu before pakai charms foundation and Gambar kanan selepas. Tak de makeup tebal pun k..Just pakai foundation and lips matte. Btw, foundation nih ada fungsi utk kecut jerawat taw. Ohsemm!!


Cukup lah aku share 2 Gambar nih ja ek...Malas nak upload...Loading lembab, sakit pulak hati kite hehehe

Semua product nih aku ada Jual. Toner eskinol tu RM 20 sebotol saiz 225ml. Tahan utk 2 bln usage k. 
Yang cleanser charm tu RM59 sekotak. Foundation tu pun RM 59 sekotak. Ia ada 4 variant, natural beauty, pinkish-pinkish, white fairy and white Dolly. Memang agak Mahal sebab charm Adalah product organic Dan ckup utk 2 bulan usage. So memang berbaloi-baloi beli. Untuk wanita hamil and menyusu tak ada masalah untuk pakai. Ianya adalah product selamat Dan dijamin halal.

Btw, product charm nih ada Jual per set taw. Ada pelbagai jenis set ...cth set Nona Manis, set jerawat, set kulit kering,set pudar jeragat, banyak lagi lah. So if berminat leh contact aku tanya. Atau Nanti Aku leh share set2 yang kita ada. And dah tentu hargNya Lebih Murah dah berbaloi-baloi.

Dah...Jangan tanya lagi k aku pakai apa. Alhamdulillah aku dah share Kat blog. Nak detail Pasal product atau khidmat nasihataku aku leh wassap Kat no 017-5433604. Wah ko...Mcm hebat sngat ja kan khidmat konsultan bagai. Hehehe. Seriously aku rasa mcm doctor pakar kulit Bila customer wasap mintak nasihat utk masalah kulit ...So leh lah action, berangan boleh! Hahaha

Owh...Pls jgn kol...Sebab aku susah nak jwb no yg tak kenal nih. Taw-taw ja lah zaman sekarang nih mcm-mcm kes jenayah. I olls seram taw.

Ingat wassap Kat no ini 017-5433604

Okey ...Jumpa lagi ..Kalo Rajin aku update lagi yeh...Kalo Rajin taw hehehe..cincau...Cau😘

#followmyig @ctcheery


Saturday, July 15, 2017

Popia ketam cheese untuk open warehouse 2017


Amik Kau...Bukan main lagi Malas nak update. Sekali update banyak Gambar ek...And tak habih2 Citer sal makan. Tu ja modainya pun kan. Hehehe 

Aku budget Malas update sangat kan ko...Ada harapan lah Nak tutup blog...Hahaha Tapi Tinggal harapan ja lah Bila rasa macam Gian pulak nak menulis.

Tahun nih 1st time aku join open house Kat company Jetaine corporation. Giler lama k tak merasa open house. Masa Kat Rmec every years kot buat pot luck. Happy jer ..Owh tuhan windu bangat nih T___T

Bahan-bahan yg digunakan.

Pot luck for open house Kali nih aku buat popia ketam cheese...Lagi! Hehe. Dulu dah penah buat Kat Rmec....Popia sedap

Itu jer yang simple and aku pandai pun. Dlm keadaan aku alahan pregnant mcm nih memang malas dah nak over2. Tu pun Masa buat popia nih pun kan Sat berdiri, Sat duduk sebab nak pitam, lastly Haa...Angkut semua brg Duduk bawah. Amik ko...Dah mudah. Rasa nak pitam tewus baring ja..hehehe

Basuh apa yg Patut. Terpulang nak buat mcm Mana...Nak wat satu btg pun okey Tapi makan modai lah. Agk Mahal isi ketam nih banq Ang πŸ˜…


Aku potong dadu. Eh...Tak dadu sangat lah. Potong ja lah Ikut Suka huhu. Warna warni ko popia aku...*bangga hahaha


Aku masukan blackpaper and garam secukup rasa. Kalo dulu aku buat, aku letak serbuk sedap rasa tu. 

Lepastu carik2 kan cheese. 

Gaul-gaul and dah boleh balut.

Guna bancuhan tepung utk lekatkan kulit popia supaya Masa mengoreng Nanti popia tak terbukak Dan bersepai Gitu!!

Okey dah Siap...Simpan utk goreng Esok pagi 15 biji. 5 biji goreng utk merasa. 


Sumpah sedap...mcm terasa kat Gigi lagi nih hahaha ;p . Bahan2 ada lagi nih. Rasa mcm nak buat lagi plak...Tapi malas...acamner tu ???? -..-



Taraaa....Open warehouse 2017 

Bersyukur sebab popia aku habis awal. Paling cepat habis....Kalo dah paling cepat habis mestilah sebab sedap kan...Kan ? Hahaha.

Yah....Rahsianya Adalah dibuat dengan Penuh kasih sayang. Confirm semua sayang aku lepas nih ...Hehe


Ini ja yang join... Warehouse team and 3 org bdk ofis. Kat jetaine nih tak Ramai melayunya. Pompuan melayu yang lain maternity leave. Jadinya Tinggal lah 3 kerat ja budak ofis. Jetaine nih Ramai cina Dan Cina2 tak ajak pun sebab Ramai sangat wisau memang tak cukup budget Nanti. 

Buat open house nih senyap2 tak nak Cina2 kecik hati hahaha 

Okey...selamat hari raya you all
Maaf zahir batin 😘