Friday, March 30, 2018

Menang RM 20 ribu peraduan 'Nestle' rupa-rupanya

Assalamualaikum semua.....
Simkad aku terpilih utk menang RM 20 ribu dari Nestle Malaysia .....rupanya sindiket penipuan. -..-

Aku bawu ja dpt wasap tu ptg smlm. Mentang-mentang today gaji kan...Tewus nak perdaya aku mcm tu. Why to kejam!

RM 20.000 jer ?? Dah lah nak menipu lepas tu typo pulak....bahaha. Aku bukak website yg dia bagi tu. Memang lain mcm website dia, lekeh giler, Tak standardized langsung, no professional, not up to date, no value. 

Nampak no siri aku? 
Website budak tadika lagi vougue.

Bahasa melayu pun tunggang langgang.
Ada hati! 

Boleh lah nampak cara-cara nak tebus hadiah. Bila dah sampai mintk gambar atm card depan blakang dah something wrong tu. Ingat yah, card atm Kita kan ada system paywave tu, jaga lah ia mcm wang cash. Dgn no yg Ada pada card tu diowg boleh duplicate card ATM tu yeh. So,  Jgn dedahkan pada sesiapa pun. Kalo hilang cepat-cepat kol bank mintak block.

Aku kol talian pusat perkhidmatan pengguna Nestle utk buat report. Sesaja ja nak wat report, takdak keje bahahaha

Menurut pihak Nestle dah Banyak aduan yang mereka terima. Mcm-mcm modus operandi diowg nih. So Kita sebagai pengguna just beware k. Tak payah lah harap organisasi/person sesaja nak bagi RM 20 ribu Kat ko. Rm 20 hingget pun belum tentu ko nak dapat. Tapi kalo nak bermimpi Dan berangan takpe yeh, dibolehkan..hehehe

Memang lah ko xmintak bayaran tapi ko tarik duit dari ATM card tu...kan...kan?Pandai betul ko nih.

Jangan risau kalo dpt wasap mcm aku tu, boleh block atau boleh kol talian Pusat perkhidmatan pengguna Nestle utk sebarang pertanyaan.
1-800-88-3433

Fyi., Nestle cuma Ada satu website sahaja iaitu www.nestle.com.my





Friday, March 23, 2018

Fenomena Panama Dance



Assalamualaikum..selamat pagi semua!...eh ke dah tengahari ? Hehehe

 Sekarang nih industry hiburan femes dengan Panama dance. Dimana-dama ceruk Malaysia, baik government baik swasta , dewasa, kanak-kanak, orang tua, makayah, nenek moyang hahaha...semua dah terbiasa dengar lagu nih. Nenek moyang tu refer pada yang masih kuat pendengarannya lah..hehe

Sekarang zaman moden yer dok....semua pakat share Panama dance Kat sosial media....Tak kurang yang buat video yg best2 meletop ko Jah, melompat-lompat ko...kelas gituuuu! Panama Zumba dance sangat.

Aku pun sama...Tak pasal-pasal giler ngan Panama hahaha 😂 siap wat incoming ringtone....style pulun! 
Yang aku Rasa lucu...masuk Ofis , Ada 1 Hari tu..suasana sunyi , yer lah masing2 wat keje tetiba beberapa handphone berbunyi, ....ringtone adalah lagu yang sama, Panama!

Yang membezakan nya adalah volume...kuat Dan pelan hahahaha ...lawak ke der betoi. Rupanya kebanyakkan ofismate aku floor 1 turut gila ngan lagu tu. Masing2 ketawa lucu..pastu masing2 tak nak tukar plak tu. Kalo bunyi lagi tu masing2 kena nengok handphone lah...harap maklum!

Tak menahan bila lagu tu kuar...kaki Kat bawah meja mengedik mengeletis sama menari hahahaha
Owh tolong lah....virus apakah in?

Aku Ada terbaca beberapa info ...rupanya lagu tu dah lama femes di barat  2013 lagi. Mean lagu lama lah kan.

Tapi Kat Asean baru-baru nih ja apabila warga thailand bawak lagu nih Dan seterusnya menjadi fenomena di korea dan seterusnya di bwk ke Malaysia melalui rancangan realiti '' Law of the jungle in Panama"

Lepastu tular Dan viral pulak bila Ada menyahut cabaran #panamadancechallange

Okey...now aku nak share lirik lagu Panama dalam English...cer nyanyi dlm English lak acamner bunyinyer hehehe


Mateo : Panama

If you don't like it this way either,
Go and fly in Panama.

Days, days, days, days I run girl,
Miles, miles, miles, miles on the greenfield
For you, you to give you a gift, gift

The most precious gift, but without any cent, cent
Ganja, weed are use-useless,
Only you know to give me the wing-wings
In Jamaica or in Chille, Chille,
My heart does Boom-Boom only for you

Eh eh, eh eh, eh eh, eh eh, eh eh,
Only for you,

Eh eh, eh eh, eh eh, eh eh, eh eh
You haven't answered your phone,
No problem, I get you out on the balcony
And you'll see with your own eyes
How I'll bring you flowers, a truck.

And I'll sing to you like this with my guitar
If you don't like it this way either,
Go and fly in Panama. Oh my feather!
Ah ah, ah ah, fly in Panama,
Ah ah, ah ah, fly, oh my feather!
Ah ah, ah ah, fly in Panama!
Ah ah, ah ah, go and fly away.

Pound-pounds, pound-pounds I lost,
Anyways baby, they were not help-helpful
I miss you, I'm turned around-round,
I get home in time, I gotta walk all the way,
What does the money help us at?
If you give me love and daily I put years
Like Bonnie and Clyde, there will only be you and I
And we're gonna have, girl, a love like in the movies
Eh eh, eh eh, eh eh, eh eh, eh eh,
A love like in the movies
Eh eh, eh eh, eh eh, eh eh, eh eh
You haven't answered your phone,

No problem, I get you out on the balcony
And you'll see with your own eyes
How I'll bring you flowers, a truck.
And I'll sing to you like this with my guitar
If you don't like it this way either,
Go and fly in Panama. Oh my feather!
Ah ah, ah ah, fly in Panama,
Ah ah, ah ah, fly, oh my feather!
Ah ah, ah ah, fly in Panama!
Ah ah, ah ah, Eh! Oh no!
Baby girl, just come to me,
I've got love in my hands and I'll exchange it with yours.

Baby girl, my love
Is quality, I give the ounce, ounce, just take it.
You haven't answered your phone,
No problem, I get you out on the balcony
And you'll see with your own eyes
How I'll bring you flowers, a truck.
And I'll sing to you like this with my guitar
If you don't like it this way either,
Go and fly in Panama. Oh my feather!
Ah ah, ah ah, fly in Panama,
Ah ah, ah ah, fly, oh my feather!
Ah ah, ah ah, fly in Panama!
Ah ah, ah ah, Pwaaah!

Sumber: Panama lirik in English

Wednesday, March 14, 2018

Resepi Mudah Spaghetti Carbonara


Hi Assalamualaikum semua!

Seriously penat siottt edit text Kat gambar. Gigih aku edit, ulat beluncas pun tak gigih cam aku la ....hahaha

Malam nih aku nak share resepi Mudah tahap darjah satu pun boleh buat sambil pejam mata jer...hikhikhik

Kita masak spaghetti carbonara Mushroom jer

Ini adalah bahan-bahannya

Spaghetti direbus (secukup makan)
Sos Prego carbonara mushrooms 
1 genggam udang 
1 genggam ayam (dicincang)
Bawang Holland (dicincang)
Garam (secukup Rasa)
Blackpaper dan whitepaper  (secukup Rasa)
1/2 cawan susu HL
1/4 potong limau nipis (optional)
daun ketumbar (optional)
1 keeping cheese (optional)

Mula-mula rebus spaghetti sehingga betul-betul masak. Untuk elak dia melekat antara satu sama lain, titiskan sedikit minyak dalam air rebusan tu lah k. Lepas tu angkat Dan toskan. Kemudian letak tepi Dulu itu spaghetti. Now, Kita nak buat kuah dia plak.

Tumis bawang Holland sehingga naik bau. Aku suka guna bawang Holland Sebab rasanya Manis dan baunya Tak tengik.

Boleh jugak guna bawang puteh tapi aku tak guna pun sebab bawang puteh habis....dan harganya pun Mahal kan...apasal lah bawang Puteh nih Mahal sangat, diowg tanam atas awan ke hape? Hekhekhek -..-

Dah naik bau itu bawang boleh lah masukkan isi ayam dan juga udang. Aku guna udang yang kecik tu aja. Udang pun Mahal. Udang yang kecik nih aje sekilo dah 24 hengget. Why too expensive? 😭

Agak-agak ayam dah masak. Boleh masukkan sos Prego dan susu cream. Aku guna susu HL ajer Sebab rendah lemak.

Kemudian masukkan garam, blackpaper dan whitepaper secukup Rasa.

Boleh jugak masukkan cheese sikit. Cheese akan membuatkan spaghetti korang lemak2 sikit rasanya dan sedap...hehe

Owh yah...lepas masuk sos Dan susu dah boleh slow api dapur k.


Last but not least boleh masuk daun ketumbar dan sedia dihidang.  Yah...yah...jangan lupa tutup api dapur sebelum ia menghangitkan masakan anda.
-..-

Lastly perah asam limau sikit sebelum dilahap sambil pejam-pejam Mata angkat-angkat kening...bahahah 😘

Gambar spaghetti carbonara yang aku masak Kat atas sana nun yeh....yang ini gambar aku lahap spaghetti Kat #kelamkabootcafe.

Makan spaghetti carbonara Kat cafe tu lah aku tingin nak try masak. Gigih aku gi beli barang Kat matahari mall tadi. Hahaha

Bagus jugak rupanya skill masak aku. Tak sia-sia lah beli udang Mahal. Kahkahkah

Selamat memasak spaghetti carbonara mushrooms paling senang di abad mellinium. (Spelling Salah...lantak Sana 😅)

Monday, March 12, 2018

Gambar Sambal den kena curi


Assalamualaikum ...aku bawu Balik dari kampung. Jumaat last week aku amik emergency Sebab selangor air takde...haha

Duduk merantau nih...takde air takleh hidup siott...dok kg takde air leh korek telaga. Jenuh Pikir sampai otak cramp nak basuh bontot acamner? 

Tapi....Tapi reason paling kuat EL Sebab aku rindu anak okey...anak aku tinggal Kat MIL since February yg lalu.

Stressed perasaan jauh dari anak.

Gambar Dan video call pengubat rindu Ummi T___T

Masa aku Kat kampung, aku perasan satu gambar dlm article fb nih. Mcm ku kenal gambarnya kan. Aku baca sampai habis post tu. Pasal resepi Sambal ikn bilis garing.

Sumber resepi tu Ada tulis dari siapa2 Tapi sumber gambar tu dicilok Tak tulis pulak. Ini boleh mendatangkan marah!! Kehkehkeh.


Bukannya kedekut dan Tak mintak pun mentioned sumber gambar dari blog ct cheery ke sitikus ke ctdk ke...but sekurangnya mentioned lah sumber ehsan engoogle. 

Sumpah Tak marah....Sebab aku pun selalu cilok gambar en Google. 


Neng dya article nya...leh nampak lah gambar yg Mana satu kan. Dan bkn gambar aku ja...Banyak lagi gambar owg lain. 

Tak tawlah apa perasaan bila gambar Kita dicuri...reaksi aku "ko pahal curi gambar aku?". Hahaha

Napa Tak letak watermark? 
Sebabnya aku malas....haha 
Lagi, aku kesuntukan Masa....hehe
Lagi, Rasa xlawa letak watermark..kihkih

Aku pun kurang pasti mengapa entry ini ditulis...dah td kata tak marah pun kan...jiwa kacau mungkin! -..- hahaha

Okey...bye 

P/s: lepas nih kena letak watermark, mungkin! 

Wednesday, March 7, 2018

Lahirnya Ahmad Luth Alfateh Bin Ahmad Shahrin


Assalamualaikum...hai yuall!

Wahhh! Excitednya lah Rasa nak cerita pasal bersalin anak pertama, buat pertama kali, pengalaman pertama kalinya nih ...good job Hawa, Baby normal delivery dgn berat 4.08kg, u r supermom, batmom, spidermom, ironmom, ultromom...hebat!!! *kembang hidung* -..-

(Dah over pulak T___T)

Nak Mula Citer dari Mana ek? Huhu.
Hmmm...k MCM nih exceli aku punya due date jatuh pada 28 Dec 2017. Bayangkan lah nak sampai due tu mcm2 yg berlaku pada kandungan aku nih. Iaitu, tumpah darah- aku dah Citer dlm entry lepas yg 'susahnya nak maintain Hb' tu. Tu entry lama, dah beranak bawu pasan Tak publish...hahaha sabor ja lah 😂, air ketumban leaking tinggal 5cm ja Masa kandungan 36weeks Dan 6cm Masa 39weeks

Masa air ketumban 1st time leaking tu 36weeks, aku masih lagi di Subang. Memang Ada appointment 28 Nov tu. Doc ckp air ketumban kurang, kena induce next week. Aku dah gabra Masa tu because I'm not ready yet.. hahaha. Dah kenapa kurang padahal Tak Ada pun leaking ke hape kan. Doc ckp mungkin Ada leaking sikit2 , aku Tak perasaan. Owh okey....mungkin jgk kuar sikit2 masa aku kencing and batuk. Itu Hari kan aku Ada kena demam, batuk, selesema bagai kan.


Since aku nak beranak Kat kedah Sana, aku mintak doc buat Surat refer Hospital Sultanah Bahiyah. So dalam tempoh beberapa Hari aku nak Balik kedah tu, aku terima pakai nasihat member2 dan otai2 suruh aku minum air kelapa muda dan buah tembikai . Tujuan dia utk tambah air ketumban katanya... hahaha Mcm kelakor kan? Sambil minum terfikir jgk petua nih fakta ke auta...tapi berdoa jgk lah air ketumban bertambah Dan aku Tak perlu induce...tatuttttt!!

Jgn Tak Taw berkesan doh petua tu. Hahaha.....aku Balik kedah utk serah diri beranak pada 1 Dec tu...doc check taw2 air ketumban dah normal. Tak perlu induce. Ya Allah bersyukur tak Tak terhingga. Selamat!!!

Lain Kali Jgn amik ringan petua owg tua2 k.



Nasi 7 benua

Dah Tak perlu induce kan, so aku pun bersuka ria, jalan2 makan angin, pegi pesta penang Sana! Syok baq Ang! Dpt mkn pasemboq, mkn kerang bakar, mkn nasi 7 benua, mkn durian. Mentekedaqah ja Kat Penang. Tu ja mampu, nak 'ukur' Penang tu Tak mampu dah nak bwk pewut boyot. Nak semput berjalan Banyak. Berjalan kat pesta penang tu pun aku dah Rasa jauh, laki aku tolak belakang sambil. Kuar peluh jantan I all ..huhuhu

Genap 9 bulan aku kena check dengan doctor Kat klinik pokok sena Sebab aku kan kes luar transfer dari Subang ke kedah kan. 
Sehari sebelum appointment dgn doctor tu aku Rasa baby kurang aktif...dia nendang tu Tak kuat mcm sebelum Nih. Biasa kalo dia gerak tu sampai senget2 pewut aku. Aku wisau jgk lah Tapi  malas sabar ja lah sampai appointment esoknya. Fikir dia tido kot, baby nendang Tapi aku Tak perasan kot, dia dah penat berjalan Kat Penang Hari tu kot, sedapkan hati! Boleh? Hahaha

17 December, checkup dgn doctor klinik pokok sena tu. Cerita semua ngan doc pasal baby kurang aktif tu, kena marah. Padan muka aku! Huhu. Doctor bising kenapa tak terus pegi hospital?

 Saya ingat takpe doctor, mungkin perasan Sy ja. Kihkihkih. Seriously, Hari tu aku asyik sedapkan hati ja. Dah kena marah pun redha ja lah. Hehe

Dah kena pegi PAC check pewut Hari yg sama tu. Mintak kakak aku bawak kan sebab yen Kat penang, keje. 

Bila doctor check, doctor kata air ketumban kurang, tinggal 6cm sahaja. So since aku surely Tak boleh over due Sebab pernah tumpah darah, doctor Kata meh lah Kita induce esok. Aku pun pasrah yg Tak bape nak redha...hehe. okey, jomlah induce esok. Rasa Tak sabor nak jumpa my baby my buah cinta in my tummy...aku Tak dibenarkan Balik pun, Tewus process masuk ward...nasib Baik brg baby, brg aku nak masuk labour room semua dah prepare. Kol yen bagitau aku kena induce a.k.a paksa beranak...huhu

Melahirkan

Perasaan aku memula tu, Tak nervous pun, Tak takut pun, aku pasrah ja. Hehehe
Pepagi tu yen sampai, dia teman aku sampai ke petang (waktu melawat). Dia layan semua nafsu makan aku utk hari tu sebab esoknya aku dah nak kena induce. Asyik Naik turun ke cafeteria jer beli mkn...hahaha

Syurga dilayan seperti permaisuri mcm tu.

18 hlbn pagi around jam 7 cmtu aku di induce buat pertama kalinya. Bapak sakit kena selok 😭. Nangis tapi rasa mcm tak bijak sangat jer...Sebab bawu kena selok dah Tak tahan , beranak kuar baby lagi sakit kot. Tabah Dan sabar kunci kebahagian...ecewahhh! Hehee

1st induce Tak Rasa apa pun. Rasa bosan gila sehari tu. Ibu2 lain dah beranak, baby siap dah Tido katil sebelah dah, aku Tak beranak lagi. Agknya baby Tak mau kuar lagi. Aku sampai mintak nak Balik, since baby Tak nak kuar lagi kan. Nurse ckp Tak boleh? Dah kena induce Mana boleh Balik. Hehe

Malam tu kena selok lagi, letak apa entah doc ckp Kasi ransangan Kat ubt induce tu. Lepas tu, dia dah start sakit2 Tapi Tak kuat sangat. Boleh dikatakan anja2 lagi, sakit mcm senggugut tu. 1 jam skali mcm tu dia sakit. Kiranya aku still boleh tahan lah. Awal pagi tu around 3,4 pagi mcm tu aku terkejut jaga Sebab sakit , sakit tu dtg setengah jam skali. Aku Biar kan, relex Dulu. Masa check heartbeat baby pagi tu, doctor check bukaan skali dah buka 3cm. Huh...jauh lagi perjalanan. Ibu2 lain cakap kalo 1st time beranak ni bukaan lambat.

Aku Cuba Tido....Tapi Tak boleh bila sakit tu dtg Makin kerap, 5 minit skali. Masa check heartbeat baby aku ckp nurse aku Rasa sakit sangat Tak boleh tahan. Masa tu Rasa mcm nak patah Balik ja waktu, nak Balik umah xmau induce. Kihkihkih 

Nurse pujuk soh sabar , doa. Katanya benda Tak boleh elak Memang akan sakit. Dia ajar aku cara bernafas utk kurangkan sakit tu. Apa nih?  Aku Tak Rasa pun sakit tu berkurang hahaha...Tapi teknik pernafasan tu buat aku relex. Aku pasrah ala-ala rela gitu....ecehhhh!! hehe 

Time tu lah aku asyik nangis ja ingat Kat mak aku. Ya tuhan mcm nih ke sakitnya ibu2 Masa melahirkan Kita. Tak dapat Tido,  Aku buat solat sunat pagi tu. Walaupun sakit sangat Tapi gigih buat solat sunat. Rasa tenang sangat. Pada Allah Kita mampu mintak utk kurangkan sakit.

Lepas solat subuh sambung whatsapp hubby, confirm yen pun Tak dpt Tido dari smlm sbb aku asyik ngadu sakit ja. Dia kol pagi tu aku xboleh nak jwb sbb tengah tahan sakit. Sakit sampai nk bercakap pun xkuar suara. 

Kul 8 Mcm tu aku dah gelisah ats katil. Memang xboleh lelap dah, duduk xboleh, aku baring dgn harapan boleh kurang sakit. Tapi non hado jgk...sakit mcm nak mati. 

Disebabkan call Tak dijawab, yen mintak dan dapat masuk jumpa aku. Dia masuk tu nampak aku nazak sangat katanya (ciss!) Dia Tewus panggil nurse mintak check bukaan. Sekali check bukaan dah 6cm. Semua nurse and doctor yg Ada time tu mengucap "alhamdulillah, dah boleh masuk labour room!". 

Dengar kata nak masuk labour room aku sikit Rasa happy walaupun aku Taw sebenarnya azab aku belum tamat lagi. Sebenarnya episode sakit nih sambung dilabour room. Kahkahkah 😂

Masuk labour room diowg masuk lagi ubt melalui drip tu. Lagi lah sakit...sakit belakang bdn, gelisah Tak tentu arah dah aku. Yen pegang tgn aku soh doa, bagi sokongan bagai. Dia buat lawak pun aku Tak Rasa lucu dah. Rasa nak lempang adalah nasib tgn Tak sampai ja hahaha.

 Tiap Kali sakit dtg menyegat aku baca doa nabi Yusuf tu. Doa aku Taw semua aku baca. Doa halau setan pun aku baca....punya desperate hamba Allah sorang nih 😅 

Sakit macam nak mati Wei.
Sakit yg Kita Tak boleh nak buat apa dah, Tak mampu kita nak lawan melainkan redha sahaja. No wonder lah sakit beranak nih mcm sakit diambang mati. 

Aku kecewa satu benda yen Tak teman pun saat aku melahirkan. T___T
Dia Tak sempat nak masuk jam dua. Since estimated 4 jam lepas tu bawu aku bersalin, so nurse bidan soh yen kuar Dulu g makan, solat. Tapi aku sebelum jam 2 dah nak push. Luth dah Tak Sabar nak nengok dunia. Hahaha padahai aku yang xsabar nak push. Itu pun 2 Kali aku jerit panggil nurse cakap nak push, baby nak kuar dah. Diowg Tak percaya aku doh, diowg suruh aku hold, jam 2 bawu push. Giler apa? Maybe disebabkan  aku 1st time mum to be so diowg Tak caya aku. How dare!!!! 

Kali ketiga aku jerit ckp aku dah push. Bawu terhegeh nak dtg check. Skali nurse yg baik dtg...dia nengok "Lol..kepala baby dah nampak!" Bawu kelang kelibut yg lain prepare nak sambut. Sabor ja lah aku. 

Ini lah dia buah cinta Ummi Dan Walid. Lahir pada jam 2.06 ptg 19/12 dengan berat 4.08kg. Hasil bimbingan nurse bidan, lebih kurang 15 minit, 3 Kali push aku lahirkan Ahmad Luth Alfateh.

Syukur alhamdulillah...lahirnya umat nabi Adam Dan Muhamad, khalifah di bumi Allah. Jadi anak yang baik Dan umat yang taat yer sayang. Ummi Dan walid love you forever and ever.

P/s: panjangnya karangan aku, 2 bln lebih nak siapkan 1 entry nih. Hope korang Tak penat membaca, tu pun Kalo korang baca lah. Hahaha 😂