Tuesday, March 30, 2021

Masak Lemak Cili Api Kepah

Hari tu dah masak kepah ala shell out, makan tengahari tak silap. Esoknya pulak masak lemak cili api pulak, makan dinner dalam jam 6 ptg macam tu. So dua hari berturut-turut makan kepah lah kaedahnya. 

2 kilo En hubby beli kepah tu, Aku ni tak penyabar pulak nak habiskan sebab rasanya orang tua-tua kata tak elok simpan makanan bercengkerang lama2. Iyer ke? Iyer lah kot... bantai ja lah! 

Ada cerita sedih disebalik kegilaan terhadap kepah nih. Sebelum aku cerita, Aku nak share dulu Resepi masak lemak cili api kepah ni.

Favourite aku masak lemak nih tapi Aku teringin masak lemak siput sedut..tapi bukan musim agaknya payah norr Cari siput..kepah pun jalan saja lah. Hehehe


Masak lemak Cara aku nih tumis taw. Kalo original masak lemak tak tumis Kan.

Bahan-bahan tumbuk:

1. Bawang putih 2 ulas
2. Bawang besar half biji
3. Cili api 3 biji
4. Halia 1 inci



Bahan-bahan perlu diketuk...ketuk pecah-pecah ja, tapi asam keping tu tak payah lah ketuk k.

Minyak untuk menumis 


Tumis bahan yang ditumbuk dan diketuk tadi.


Kemudian, masukan kepah, asam keping, Garam, white pepper, perasa tambahan dan aku juga tambah serbuk kunyit lagi, sebab nampak macam tak cukup pening lagi 

[kuning untuk abang pening] hehe.

Tambah air jika perlu k. Aku tak tambah air sebab air dari kepah dah cukup kot. Lepas masuk santan baru aku tambah sikir air. 


Dah siap...sedia dihidangkan dan di ngapp!! Menu Kami masa dinner nih. Sedap Wei...makan dengan nasi panas-panas. Lauk lain tak terusik..asyik ratah kepah ja. 

Okey, now cerita sedihnya adalah......my hubby demam disebabkan over eat makan cengkerang ni. Sedih tak? Ke lawak?. Hehe

Masa memula tu dia sakit perut asyik membuang ja. Aku gelakkan jugak lah awal tu sebab degil sangat nak makan kan...tak berhagak beli sampai 2 kilo. Nasib lah anak2 tak makan. Aku makan jgk tapi mkn sekadar buat lauk nasi ja, tapi hubby makan banyak meratah sakan lah kan. Sekali petang tu dia kata lemah badan, tak larat sangat, nyawa tak puas mcm nyawa pendek. Badan dia panas sangat magrib tu. Aku dah start cuak...food poisoning je kot kan.

Hubby baru ja Lepas derma darah sebelum makan kepah..dia makan tak hingat, budget boleh tambah darah lah sekali food poisoning plak. Dah lagi esoknya dia akan di cocok pertama kali untuk vaksin COVID-19.

Ajak pegi klinik tak nak plak. Penyudahnya, aku Kasi makan panadol dengan air masak. Kipas Kasi slow, pakai sweater tebal, sebab dia kata dia sejuk. Kasi tido bilik sensorang. Kasi rest betul2. 

Malam tu aku dengan anak2 tido kat living room. Tapi Aku tak boleh nak tido, risau hubby tarik ke, sesak nafas ke.. Hubby jarang nak demam tapi Kalo sekali demam teruk betul2.

Aku Rasa sejam sekali aku bangkit jenguk hubby kat bilik sampai lah jam 3 pagi. Pagi tu Rasa dahi dah tak panas..lega Sikit. Baru boleh tido dengan Aman. Bangkit subuh tu memang Mata panda. Huhuhu

Nasihat Aku, makanan bercengkerang makan berpada-pada k. Dia sejenia makanan yg mudah menyerap toksik dan chemical. Lagi pulak dia jenis hidup setempat, kat mana dia berada disitu lah habitat dia. Kalo dia bergerak pun jauh mana jer dia boleh pergi? Kecuali lah dia meluncur.. kihkihkih. So, kalo dia hidup kat tepi2 pantai atau Sungai dan Ada kilang-kilang pulak kat situ.. faham2 ja lah. Orang tua2 dulu akan rendam siput dengan hampas nyior. 

Done nasihat 😅

Friday, March 5, 2021

Kepah Ala Shell Out by Ct Cheery

Shell out!! Dengar pun dah teruja. Siapa sebenarnya yang introduce shell out ni ya? Shell out...shell out...shell out. Bunyi pun rasa dah mewah. Yerlah..dah seafoods Kan, makanan yang agak mahal. Untuk kita yang ramai Adik beradik ni elok buat sendiri kot..lagi puas makan. Kalo kat kedai tengok harga pun rasa dah nak pitam. Hahaha. 

Kes tengok kepah shell out kat kedai Paktam mee Udang itu hari, hubby beli kepah dekat kawan dia 2 kilo RM 10. Katanya dia nak shell out. 

Pitam jab Bini dia. 

Dia taw kot Bini dia masak tahap budak tingkatan 2 ja, dah request mcm finalize master chef gayanya tu ..hmmm..[urut kepala].

It's ok, jangan gentar, Mak Google kan ada! Hehe

So..Aku merangkap seri yentie en hubby, nak jugak lah share atau lebih kepada save resepi kat blog ni. Lupa nanti boleh Google blog sendiri kihkihkih. Sapa rajin Google blog sendiri ngaku cepat?? [Angkat tangan] 

Resepi ni aku cedok dari blog masammanis . 

Aku dah ubah suai ikut citarasa aku. Mcm belacan aku tukar pada ikan bilis. Nak elak en hubby 'ehshemm...ehshemmm'...karang aku dengar pun rimas.


Bahan-bahan:

Bahan A *dikisar

1. Kepah 1 kilo 
2. Cili Kering segenggam [direndam air panas dulu]
3. Bawang besar 1 biji 
4. Bawang putih 1 ulas
5. Halia 1 inci 
6. Ikan bilis - agak2 lah


Kepah nih selepas dibasuh, rendam dengan air Garam 3 atau 4 jam. Senang cerita pagi tu kuar kan dari peti, basuh rendam ja terus. Tengahari boleh masak.

Bukan sahaja untuk bersih, tapi untuk keluarkan segala racun dan bakteria yang terdapat dalamnya.



Ini bahan B *untuk menumis

1. Bawang besar 1 biji
2. Bawang putih 2 biji
3. Halia 1 inci
4. Daun Kari 2 tangkai
5. Serai 2 batang diketuk
6. Margerin 1 sudu besar
7. Minyak masak *tambahan


Kepah ni direbus separuh masak dulu supaya bila masuk dalam sambal tak perlu lah tunggu lama untuk dia cukup masak Kan.


Tumis bahan-bahan sampai naik bau


Kemudian masukan bahan yang dikisar. Bersama Garam, gula, sos ikan 1 sudu, sos tiram 1 sudu, white pepper dan perasa atau kiub ayam.

Owh yah...asam keping jangan lupa.

Dah pecah Minyak..boleh lah masukkan kepah. Kacau dan ratakan sehingga tersalut dan sehingga si kepah cukup masak. 


Taraa!!!! Dah siap masak. Tutup api dan tabur daun sup..Kasi hijau-hijau Sikit. Bila snap gambar nampak cantik hehehe

Aku tak ada tambah cili hidup sebab cili kering jenis yang pedas. Shell out aku memang kurang sambal tapi pedas dia menyengat k.

Alhamdulillah..dalam tak pandai pun boleh lah.. kenyang perut jugak Kan. Selamat mencuba 🤗


Thursday, March 4, 2021

Pak Tam Mee Udang @ Pantai Teluk Bayu

Hi Assalamualaikum selamat malam...semua dah sleep ke? Mesti dah sleep Kan sebab now dah jam 23.36 pm. 

Hubby dan anak-anak dah mimpi pegi jauh dah, aku ja Masih terkapai kat depan TV sambil menaip entry. Tak tahu kenapa Mata ni tak nak sleep plak, lagipun perut rasa tak sedap ni, memulas ja sejak petang tadi. Mungkin makan banyak sangat. Lately ni memang kerja makan ja aku. Badan gebu mengembang macam kena yis. Yang best.. lagi comel dari hippopotamus

Tadi petang bawa anak makan angin kat pantai Teluk Bayu. Suami ajak perkena mee udang paktam pulak dah. Apa lagi bak disorongkan bantai lah Ummi hampa. Doh lah hobi sekarang memang keja makan ja. Hmmm...siapa yang bersalah dalam hal ini???


Amacam..gebu tak? Siapa lagi gebu aku ke hippopotamus? Cepat jawab??


Siapa jawab betul...hakak belanja kuah mee sesudu dua. Ok, on tak on? Hehe


Sebenarnya..ini bukan pertama kali makan Kat paktam mee udang nih. Banyak Kali dah...dah jadi pelanggan tetap kedai dah pun. Ni tembun ni pun sebab mee udang lah ni... punca segalanya . Tetiba plak, Hahaha


Si debab pun Sama lah, sebab mee udang lah yang debab mcm ni. Tengok tu baju tu automatic terselak sendiri bagi ruang pada perut untuk mengembang. Kahkahkah


Mee udang sepinggan RM 10, Kalo tambah seafood lain Akan jadi RM 20, 25 dan 30. Depends lah hampa nak tambah apa kan. 

Ada jugak makanan panas  lain mcm mee goreng mamak. Ada kepah yang dimasak ala sambal shell out. Harga tak ingat plak.


Recommended...sedap  mee udang nya. Teringin nak Cuba?. Google ja. Dah ramai share. Owh yah.. since PKP ni boleh jugak order melalui foodpanda k.