Sunday, July 4, 2021

Cerita Tentang Ummi Tak Kuat.

Hi semua... Assalammualaikum. Hopefully rakan blogger semua sihat belaka dan dikurniakan kesihatan yang baik. Insha Allah, Allah ada untuk jaga dan pelihara kita semua. Yang penting kita jaga diri dan keluarga. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan ya.

Aku rindu sebenarnya nak berblog macam dulu. Blogwalking sana sini..saling menyapa dengan rakan blogger di alam maya. mengomen, menegur, utarakan pendapat dan pandangan, ikuti segala perkembangan blogger... Ya Allah, rindu sungguh. Paling best nak luah perasaan melalui penulisan di blog.  But now, mostly rakan blogger yang very close dulu semua dah sunyi sepi. Mungkin diorang dah retired dari dunia maya ni. Masing-masing dah tiada hati nak berblog mungkin atau mungkin struggled dengan life masing-masing yang superb challenging ni. Lagipun dunia blog tak macam dulu...now mcm bersaing denga SOCMED lain contoh Instagram, Facebook, Tiktok, Youtube, apa lagi?...yang lagi seronok dan menarik untuk dikongsikan. Boleh buat video, add music clip bagai, kan?

Alah..cakap orang!! Diri sendiri pun sebenarnya kekangan masa untuk berblog. Sibuk jugak lah! Ada anak lelaki dua orang yang masih kecil ni mencabar sangat. Belum sekolah lagi wei...tapi dia punya tekanan tu sering buat aku rasa nak give-up. Tak naik hantu dengan anak-anak memang magic lah. Aku sampai tahap naik hantu hari tu. Alhamdulillah..aku cepat waras....kalo tak waras tak taw lah apa akan jadi pada anak. Isunya anak sulung berak dlm seluar dan berkurung dalam bilik solat. Pada orang lain mungkin isu kecil sahaja. Tapi aku sebagai ibu entah kenapa created benda ni jadi isu yang sangat besar.

Geram tak terkawal, anak aku Aluth dah pandai kencing berak sejak awal tahun lagi. Sebelum puasa hari tu aku dan anak-anak dapat balik kampung disebabkan urusan penting. Suami dapat hantar balik sahaja, off couse dia kena balik Penang semula untuk bekerja. Kami terkandas dekat kampung lama giler..atas faktor suami ON DUTY, jadi tak dapat balik amik. Berpuasa dan beraya pun tanpa suami tapi Alhamdulilah dah beraya dan spend time dengan makayah..satu kegembiraan jugak kan. Okey, sepanjang kat kampung dia kerap amik dan mintak pakai pampers bila nak berak. Boleh kira dengan jari berapa kali jer dia berak toilet. Lama-lama dia jadi selesa berak dalam pampers. 

So, sejak balik dan tinggal di Penang semula. Dia macam tak pandai nak bagitau bila nak kencing dan berak. Dia akan kencing dan berak dalam seluar, sedangkan aku baru jer lepas tanya dia nak kencing atau berak tak. Always..jawabnya TAKNAK. Its very tired when kids quick repeat the same mistake everyday, everytime. While he has already said SORRY but still do. Ya Allah.. help me!!

Hari yang aku naik gila tu..anak lari masuk bilik solat, tutup pintu rapat sambil tahan pintu. Tak nak Ummi terjah masuk mungkin.  Dia berak dalam seluar mencangkung atas karpet bulu. Aku hangin sangat sebab Toilet dengan bilik solat tu sebelah ja wei... Why bilik solat? Why is not the other one? Plus, nak cuci karpet bulu tu...OMG, not an easy work. Seriously... I'm really tired T___T. I can't accept the reality not happening as planned. Aku target 5 tahun nak school dah pandai urus diri, boleh berak kencing sendiri semua. 

Macam keluar tanduk kat kepala, dengan rasa bahang panas naik ke muka.. aku tolak kasar pintu  sampai jatuh anak aku...dia nampak aku menyinga, dia dah start menangis takut. aku tampar, cubit punggung dia lepas geram. " SAKIT, UMMI SAKIT!" Aluth screamed. My son not quit crying till siap basuh semua. Aku tinggal dia dalam toilet.. keluar duduk atas kerusi kusyen, try to calm down. Sebab dada dah rasa sesak dan rasa tak boleh bernafas. Air mata dah jatuh..siksanya nak cari nafas.  Aku hembus udara melalui mulut sekali..lepas tu baru boleh breathe in breathe out melalui mulut. Then tarik nafas slow-slow melalui hidung. Ya Allah, this is what others call depression? Yes i know, stress bukan depression but kalo tak handling dari awal dia akan jadi something yang lebih worse. Benda ni bila jadi dia macam-macam beban dalam kepala, terlalu banyak benda yang kita fikir, sampaikan kita sendiri pun tak tahu apa yang kita fikirkan. Dia macam serabut dan kepala otak kita lost control, tak boleh nak berfikir waras. Owh ya...aku belum sempat masak makan lagi masa tu.  AKU MENANGIS WEI...MENANGIS MELALAK MCM ORANG GILA DALAM RUMAH. Aku seolah kuarkan semua benda yang membebankan yang buat aku stress melalui tangisan tu. Anak no.2 tengok senyap, behave ja kat kerusi satu lagi. Anak 1st yang buat hal tadi keluar dari bilik air dan join nangis. KO DAH KENAPA, ANAK? 

Tapi...you know what? Sambil nangis tu dia panggil " Ummi..nak peluk!" sambil mendepakan tangan.


Aku terus jadi lemah....rasa sebak. Oh anak, Ummi cubit Aluth, Ummi marah Aluth, Ummi pukul Aluth but still dia nak peluk ummi. Aku rangkul dia peluk sambil nangis sama-sama. Aku gosok punggung merah kesan cubit tadi. Tak luka sebab cubit besar dan lepas, tak guna kuku. Tapi menyesal sangat. Bimbang perkembangan dia nanti.

" Ummi mintak maaf, Ummi tak kuat!"
" Sorry Ummi."
" Kenapa Aluth berak tak go toilet?"
" Takut! Sorry Ummi"
" It's ok, Ummi kan ada, boleh ajak Ummi go toilet."
" Baik" sambil senyum simpul. 

Oh anak...awak terlalu telus.

Gambar ni snap masa hari kejadian. Selepas sesi bicara hati ke hati tu, main jab, jam 3 camtu dia cakap ngantuk, nak tido. 

" Tidurlah sayang, mimpi yang Indah saja, jgn lupa maafkan Ummi, nanti bila syg bukak Mata, lupakan semua derita. Ummi janji akan jaga mu sentiasa " 

Si kecik tido sendiri dalam bilik mainan atas katil. Dia tahu abang kena marah, jadi dia buat hal sendiri.  Behave sangat! Thank you syg!


Sambung nanti... si kecik dah merengek #ceritatentangummitakkuat 




4 comments:

  1. Blog ni jugak medium paling best nak bercerita kan? Saya tak berani komen lebih sebab takde anak, tapi saya doakan awak jadi Ummi yang kuat dan Aluth akan potty train dengan jayanya. Good Luck!

    ReplyDelete
  2. Awak ummi yang kuat.. Jangan mengalah.. Setiap orang ada struggle tersendiri.. Kongsilah di blog ini sebagai satu medium luahan.. Jangan simpan dalam hati.. Akak nak kongsi juga.. Ini mungkin ujian untuk awak.. Kadang anak-anak ini ambil masa untuk bersuara dan maklumkan kita dia nak ke toilet dan sebagainya.. Bila dia dah masuk sekolah, berdepan dengan kawan-kawan dia akan mula belajar untuk memberitahu sebab anak Sha yang sulung dulu pun macam tu juga.. Cuma masa tu tak ada covid19 ini jadi awal-awal persekolahan memang dia pakai pampers ke sekolah.. Namun masuk bulan ketiga dia dah pandai tak pakai pampers, maklumkan bila nak kencing dan berak.. Semuanya akan ambil masa.. jangan paksa diri awak dan juga anak.. Terus kuatkan semangat.. Kalau perlu bantuan untuk luahkan perasaan, awak perlu cari someone selain suami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menangis saya baca komen kak sha. Banyak silap saya dlm mendidik. Thank you so much atas nasihat dan perkongsian kak sha. Membantu sangat kak. very appreciated.

      Delete