Friday, July 9, 2021

Ikan Bakar Air Fryer

 

Assalamualaikum uolls...Salam Hari jumaat. Hope uolls sihat-sihat belaka ya.

Lately ni aku memang everyday lunch lewat. Waktu lunch aku dah berubah 100%. Biasanya jam 3 petang baru dapat makan dan rest. Itu waktu diorang tido taw. So dapatlah pegang phone atau tonton Movie Turki. Kalo aku rajin Sikit memang akan blogwalking lah. Sebab tu aku memanjang hilang dari radar. Macam chips more tak, kejab ada kejab takde.

Dua hero tu sekarang dalam fasa melasak dan jugak explore. Si abang semua benda dia nak kaji dan buat. Kalo tak pantau, sekali Adik Akan terjebak dengan kajian dia tu. Silap-silap adik jadi tikus makmal dia. Si Adik pulak asyik nak memanjat, memunggah dan benda yang orang tak kasi tu lah dia buat main. Dalam peti ais pun dia boleh masuk duduk. Pokok Palma hiasan aku pun habis rosak dipatah-patahkannya. Letih dengan anak jantan ni Kan? That why nak deco-deco rumah pun tak dapat. 

Kalau aku try hard sangat to be perfect mum, memang aku akan stress. So, aku decide to be chillex. Aku dah dapatkan motivasi dari member aku dan bahan bacaan. Untunglah member belajar bidang psikologi kanak-kanak, so serba sikit dapatkan nasihat free dari dia. Hehehe. Motivasi dan kata-kata semangat always kena topup dalam usaha kita untuk jadi ibu yang lebih baik. Aku follow telegram beberapa pakar motivasi, everyday baca perkongsian diorang, perasaan tu rasa lebih baik. Taknak lah jiwa kacau memanjang, tak best hidup.

Done, tolak tepi jab bab anak. Tadi Lepas zohor kebulur sangat Ummi. Buat Susu tidurkan 2 beradik tu... Alhamdulillah si abang pun tido sekali. Selalunya diorang tido ikut shift. 

Masak simple ja, paling mudah guna air fryer ni.

Tak guna minyak yang banyak pun..tapi still ikan boleh crispy

Kelar ikan, gaul garam bersama kunyit dan sedikit tepung crispy.
Set time set suhu and then tinggal. Dah dengar bunyi bip..bip..siap lah tu.

Buat cabai kicap....settle. Punya pemalas Ummi hampa ni. Syukur lah bila menu macam ni pun suami dah ok. Dia pun sejenis yang suka makan simple jugak. Lauk beria sangat dia makan ala kadar ja tapi lauk simpla dia boleh menambah-nambah nasi pulak. kihkihkih

Okey uolls, itu ja nak cerita. bye..bye


10 comments:

  1. MY pun selalu bakar ikan dalam air fryer je...senang

    ReplyDelete
  2. Jgn selalu lewat makan tau, nnt perut masuk angin pulak...
    take care ya...sedapnya ikan bakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik sis..tngah usaha utk back to normal routine. TQ 🤗

      Delete
  3. Anak anak dalam proses membesar. sabar ye..jangan jadi hijau. Sedapnya ikan bakar. Mudah kerja masak bila ada air fryer ni. kitchen helper terbaik

    ReplyDelete
  4. Sedap.. memang mudah bila bakar dalam air fryer nie..

    ReplyDelete
  5. Menu malas pun sedap apa. Chill je kan, sis. Enjoy your motherhood!

    ReplyDelete