Thursday, January 31, 2013

Berat Blog aku


Semalam stress dan kecewa hati punya pasai, waktu lunch aku godek2x penimbang,
aku naik atas penimbang bersama PC yang tertera website 'Diary aku manja' di skrin PC.
Tujuan aku mahu tahu berat Diary aku manja punya website. dan berat aku..wahaha*giler

Kowang percaya,kowang problm!haha
Kowang nak check tak berat blog kowang...
aku dah timbang blog aku.Jom tengok????
"
"
"
"
"
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
Taraaa........Nampak tak?

Diary Aku Manja
Berat : 162.03KB
Load Time: 0.48 Seconds

Aku tahu dari si comey ni  mialiana
Nak timbang juga g sini yeh..klik2x sini
cer lah timbang,nak gak aku tahu siapa lagi berat..hahaha..

P/s: Ni la keje owang tak dak keje..hehe xoxo


Wednesday, January 30, 2013

GA Kain Pasang

Air Pasang Surut,surut pukul lima
           Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
      Pokok bunga melur tanam tepi rumah
       Itik bertelur ayam menetas.....erkk????

Dah lupa la wei lagu ni,dah xingat dah...wahahaha
Aku bukan nak citer sal air pasang ataw pasang surut ataw ombak windu..
tapi aku nak citer sal...erkk???
alah..baca tajuk pun kowang taw nak citer apa...
aku nak citer sal GA..

Ciksu ajak join GA, banyak gak GA dlm tu website tu [padahal xkira pun]
tapi satu GA menarik kegilaan aku..xnak bebel banyak lah..tengok pix..klik pix klu nak join yeh

Klik sini wei!!!








Tuesday, January 29, 2013

Cheery with love


Hye,uollsss  semua..
[dah uollss,semua pulak..!]
Windu tak kat aku yang xbape comey ni?
Mana aku menghilang?
Tahu, kowang xtertanya pun tapi aku nak g taw juga..

Aku pulang ke kg halaman,jelapang padi..selama 6 hari aku cuti taw..
[Jelapang padi kedah lah,mana lagi..yang Tanya memang nak kena sumbat padi kat pungkoq..]

Tapi before aku pulang jelapang padi,aku singgah pulau mutiara..
[Pulau mutiara tu penang lah,mana lagi..yang xtaw memang nak kena rendam dalam laut..]

Aku Balik jumpa pokok beras kat kedah koz windu,lama xmain pokok beras..*pitam
Nampak sangan mohongnya tu..bukan musim padi  berbuah mana nak jumpa beras yeh tak?
Sekarang musim apa aku tak pasti sebenarnya..wahaha..[hoi,apa orang pure kedah pun xtaw ni]

Siyes,sungguh mememalukan owang kampong..

Klu tak silap aku pokok beras bawu naik pucuk-pucuk ijau tu..xde buah lagi..
nyamannya taw pemandangan tu..dari jauh Nampak cm carpet pas..eh silap carpet hijau..hehe

eh jab, pokok beras?

See?kan aku dah ckp aku dah jd owang Bandar…kahkahkah..*gelak guling-guling
[mesti kowang rasa mcm nak penampar aje aku ni kan?]

Aku balik koz kenduri kahwin bff aku sbenarnya..
Meriah giler kenduri tu..patutnya raya cina balik koz cousin kahwin tapi sayang bff melebihi cousin so balik kahwin bff lah..haha..

klu mak aku baca ni maunya dia penampar aku laju-laju…

Ambik gambar kahwin kat sawah padi..chantik giler uolls..
Aku kahwin t aku nak berkubang dalam bendang terus lah..hahaha
[baju pengantin confirm kena beli xleh sewa cmni..]

Dah lah,merepek aje lebih..klu aku dpt  pix majlis kahwin tu,t aku update yeh..kowang mesti nak tengok sawah padi kan?kan?kan?*kenyit-kenyit mata kat kowang.

Jom layan 1 pix budak gemok....
alamak,terbalik lak..cmne nak pusing yeh?
okey,sila pusing kpala anda..haha


Monday, January 21, 2013

Cinta hati baru saya, si rose berkulit coklat


Satu hari, saya berjalan di satu shopping complex di Bandar. Telatah dan ragam manusia di situ sangat menghiburkan hati saya. Tiada niat lain di situ hanya ingin berjalan-jalan bak kata orang puteh “window shopping” dan bak kata pepatah melayu “jauh perjalanan indah pemandangan”. Memang deretan kedai di situ sangat indah dan memukau mata yang memandang. Orang yang berduit, saya yakin tidak sah kiranya tidak membeli sesuatu.
Makin jauh berjalan saya rasa makin seronok. Senyuman tidak pernah lekang dibibir nipis saya. Tak kurang juga pengunjung yang membalas senyuman saya. Saya rasa sangat bahagia…“senyuman tu kan sedekah”.

 senyum, tak perlu kata apa-apa
Kalau kita senyum,semua orang berjangkit,
Bila semua orang senyum,
Dunia tiada penyakit,
Senyum, tak perlu kata apa-apa…

Tiba-tiba sewaktu melintas deretan  kedai, saya Nampak awak, automatic saya tersenyum. Awak sangat comel dimata saya. Awak pun tersenyum pada saya. Saya Nampak macam awak melambai-lambai pada saya. Betul ke? Tanpa berfikir panjang, saya mendekati awak..wah!!! awak bukan saja comey, rupanya cantik juga. Untung sesiapa yang dapat memiliki awak..saya pegang dada yang berdebar-debar. Jantung saya berkerja lebih masa saat itu. Saya rasa, saya sudah jatuh hati..
Oh!! sayang, sudikah awak menjadi hiasan hidup saya hingga akhir hayat awk??
Awak hanya tersenyum, penjaga disebelah awak pun tersenyum..
Tiba-tiba..

Hah, pilih sis? RM5 aje!!!
RM5 ???

Saya keluarkan wang saya untuk mendapatkan awak..
Akhirnya, awak menjadi milik saya....oh, my lovely rose coklat..
Sweetnyer awak, macam coklat lah, meh geget sikit…

Cakap lah cantik!!!!!please!!!

Aku tanya office boy,”cantik tak rose aku?”
Dia tanya aku balik,”Bape juta tu ??”
!@#$%^&*????

Coihh, ingat barang 5 hangget xcantik ke?? Dushh..dushh  aje aku..tapi silap aku juga, tanya budak lelaki, apa diowang taw..taik ayam pun diowang kata cantikk....wahahahaha…

Kenkawan aku cakap aku nampak garang pakai spek..toi ke?

xdelah manis aje..[coih!! puji diri]


P/s: Rasa terlebih ayu lak pakai rose ni..hehe [siyes...entry xde modal]

Saturday, January 19, 2013

Pack offer for PMC


Salam uolls. I have a good news  for uolls..
Atas sambutan hangat customer terhadap Pure Marine Collagen ni
My supplier have a package offer.. let check it out..


Offer Pack
1 Bungkus PMC Gred AAA + 1 Buku PMC Soap
Harga: RM60 [Free postage]

Great Offer for me, because free postage okey!!!
Bukan senang nak dapat tu!!!
Cepat dapatkan sebelum habis offer yeh,uolls..
Nak taw Harga 1 buku PMC Soup..??sini

To Order, plz feel free to fill this form--klik sini--









Friday, January 18, 2013

Hikayat si gadis labuci - epsod 4


Zoey berlari kecil mendapakan teman baiknya di beranda rumah.
“ Hoi!!” zoey menyergah Iza dihadapannya.

“ Oh, mak kau!” zoey mengekek ketawakan tabiat temannya yang satu ini. Mudah sangat melatah tapi melatah tahap biasa.

“ Kau apa hal? Pagi-pagi dah menempek kat rumah aku? Biasanya petang bawu kau keluar dari sarang.” Zoey merampas majalah dara.com dari tangan Iza

“ Kau ni kacau daun betoi lah.” Iza merungut kerana Zoey mengganggu bacaannya.

“ Aku tanya kau kan? Aku tak rasa kau datang nak baca majalah ni?”

“ Yelah, aku ada berita buruk ni.”

“ Buruk? Buruk sangat ke?” zoey bertanya serius.

“ Yup, dan….. mati lah kau?”

“ Eh, apahal ni?”

“ Kau ingat tak apa yang kau buat minggu lepas kat depan warung pak seman?”

“ Warung pak seman!” zoey menyentuh dagu runcingnya, cuba mengingati sesuatu.

“ Alah, tak payah nak take time. Kau conteng kereta orang kan? Dan kereta yang kau conteng tu kereta budak Bandar!”

“ so?” Zoey mengangkat bahu.

“ So, habislah kau! Budak Bandar tu kawan abang Adli.”

“ so?”

“ Abang Adli tu admirer aku kan?”

“ so?” Zoey turutvmengerutkan dahinya

“ Kau ni, so..so..so aje napa?”

“ Tak, sekarang apa yang kau cuba nak cerita ni, aku tak paham?  Conteng kereta, matilah aku, budak Bandar, abang Adli, admirer kau, apa kaitan semua tu?”

“ Eh, aku tak cakap lagi yeh? Hehe..sorry. Budak tu tengah cari kau sekarang?”

“ Cari aku kenapa? Mana dia kenal aku?”

“ Labuci, dia tengah cari budak perempuan jahit labuci kat kampong ni”

“ Owh, dia nak jahit labuci yah?” Zoey tersenyum tidak mengerti.

“  Pala hotak kau! 1 paket labuci kau jatuh berhampiran kereta masa kau conteng kereta dia hari  tu.”

“ Apa?” Zoey menjerit kecil

“ Dan dia syak kau, sebab dia Nampak kau berhampiran kereta dia, tapi dia tak kenal kau”

“ Wait? Wait? Pembetulan, bukan aku aje okey, kita..kita yang conteng kereta dia. Kan? Kau jangan nak lepas tangan yeh, aku tambat kau kat pokok kelapa biar dimakan kerengga mau?” Iza tersengih sementara Zoey menjeling. Dia memandang keluar rumah. Apa lah nasib, kalau budak Bandar tu dapat cari aku? Desisi hati kecilnya.

-Bersambung-




Thursday, January 17, 2013

Overtime yang menyeksakan…


Wah!!!terseksanya nak siapkan material code..kejadah apa ni!!!!
System SAP punya pasai..

Mata aku tak larat nak bukak dan plus dengan sakit pinggang teramat sangat…
Rasa mcm nak patah dah plus situasi sejuk dan sunyi mcm malaikat yang lalu tu..
[bape kali plus dah]

Klu malaikat yang lalu Alhamdulillah…klu utnah???
[cer terbalik kan ejaan tu,jadi apa?]

Ada lebih kurang 500 lebih material code yang patut di key in…


Tapi cer tengok pic,bawu seratus lebih..2 pun setelah dipilih kasihkan

Sebenarnya kan…aku tipu aje!!hahaha [gelak noty]
wah kuang ajaqnya ko!!

Sebenarnya ,dari 500 material tu kena pilih dan saperatekan mana yang slalu company beli dan pakai..nak key in sampai 500 mau patah jejari runcing aku menaip…
Hah!!cukuplah jangan seksa otak aku lagi..tak sanggup dah..

Seram Sejuk lain macam ah wei…?? tatut!!!lariiiiiiiiiiiiiii!!!!
Sambung esok pagi key in…okey

p/s: ini malam semalam punya citer..haha,lambat nyer ko update???

Wednesday, January 16, 2013

Naked Orkid make you crazy

Hah!!terkejut beruk tak tajuk diatas???
terkejut aje xpe jangan meninggal sudah..

klu di translate kepada bahasa melayu..lebih kuang bunyi macam ni..
orkid yang telanjang atau orkid yang nakal taw orkid bogel..
toi ke??? [pikir sambil belai janggut]
ah..lantak kowang lah nak translate cmne pun..
jom layan pix dibawah...
Peringatan: Jangan tiru aksi ini in the public...okey
Jangan ckp aku xingatkan pulak yeh..

 cantik kan? i luv purple....

 Pic dekat more menarik...

 Jom dekatkan lagi...

 Kurang jelas!!!!

 Rasa nak terbogel tak???aku xrasa pun..wahahaha..

Xguna punya orkid!!!

I kill you!!!

Yang pasti orkid ini berjantina lelaki...hahaha..
enjoy with pictures kowang..
xoxo,cheery :)

P/S: Hiburan semata-mata...jangan tanya sumber aku dpt..koz aku pun xtahu sumber dari mana,ofismate aku kasi..yang pasti email bahasa cina dia kasi...hehee

Friday, January 11, 2013

Pati Delima Gulsan..


Assalammualaikum…
Ptg-ptg singgah sini kejab..nak bagitau ni..

Tahukah anda pasal Pati delima Gulsan ni..??

Pix,pinjam sini..cutecarry.com

Ni bukan nak perkenalkan produk bawu tapi harga bawu…
Kalau dulu, aku letak harga 25 hingget termasuk postage ,betoikan..??
Sekarang aku nak letak harga baru sebab aku dapat supplier bawu yang lebih murah…
1 botol pati Gulsan RM17 (exclude postage)
Murah kan? Tak termasuk postage yeh..
Postage Fee macam biasa
Semenanjung: RM6
Sabah/serawak: RM9
Yang tak tahu lagi tu..baca sini untuk tahu khasiatnya..

Sikurus cantik,sigemok tidak?


Hallo My love’s..
Tahun baru nak bawak diri ke satu tahap kilogram yang lebih baik, sedap mata memandang, best tangan memegang dan mantop mulut menyebut..bunyi macam poyo tapi azam aku “up to me “ la kan..mesti kowang ckp mcm ni, “tiap tahun azam dia ni, xcapai2x pun”.
Alah, lex luh!!, “kita hanya merancang tuhan yang menentukan” yang penting usaha tu…dan tawakal..”hah!bawu lah islam sekarang!”
Ni si manja yg xbape nak manja nak tanya ni pada blogger yang kacak mcm superman, gagah macam spiderman, cantik macam Cinderella dan gebu mcm snow white..

Klu kowang disuruh memilih gadis untuk dijadikan isteri, kowang lebih prefer kepada yang kurus or yang gemok[@ bahasa sedapnya ‘mantox’]?

Meh, aku nak ajar kowang memilih isteri…budget mcm blog cari jodoh lah ek.ataw cari madu.haha..okey xlawak! Mampos aku kena black list ngan madu 4 t..

Firstly, gadis mantox lebih manja dari gadis kurus.
Xcaya lah!
Percayalah wahai sayangku.. memang tak dinafikan gadis kurus pun manja juga tapi perbezaannya dari segi pembawaan kemanjaannya tu.. klu kowang perhatikan betoi2x..pembawaan kemanjaan gadis kurus mcm ada terselit mengada-ngada dia sikit…tp gadis mantox manjanya berpada-pada. Normally manjanya tu Nampak comey walaupun mengada-ngada ada sikit. klu xnampak xleh nak kata pa lah..xtaw nak xplain camne dah aku..

Gadis mantox lebih subur
Yang ni aku xleh nak xplain lebih sebab sains aku cukup2x mkn aje..kang tah apa-apa aku merapu kena “ see u in court!” by Dr Syed muzaffar .  [admirer aku tu]Mati aku kena jail. Point ini regarding to dialog di bawah:
Latar tempat: aku sedang memotong ubi kentang untuk masak kari besok pagi. Sesaja prepare mlm tu koz plan nak bangun sikit lewat. Tapi keje terbantut koz dpt kol dari MyDonat..
MYDONAT: manja dah makan?
ME: tak, xnak makan..
MYDONAT: lo..napa xmkn?
ME: malas, diet!
MYDONAT: xyah nak diet sangatlah. G makan sekarang.
ME: xnak lah..
MYDONAT: saya tak suka la awak kurus..
ME: lo,,napa? Cantik apa..
MYDONAT: tak cantik lah, xsubur
ME: tak subur?
MYDONAT: yelah, kurus xcukup baja.
ME: alah,xpenting semua tu..yg penting LUV tu..suci
MYDONAT: LUV aje xleh beranak pinak klu xde hawa nafsu

Punya sikit bendul, aku pun tanya benda apa tu…xplain plz

MYDONAT: isteri diumpamakan seperti ladang tempat suami menanam benih. Klu xsubur cmne nak dapat hasil. So jadinya keinginan[nafsu] suami bercucuk tanam pun kurang lah..
ME: erkkk…..[no respon, anak mata aku 2 bijik naik ke atas..blur!]
MYDONAT: Bengap lah awak ni, mkn semut banyaklah ni..benda simple mcm tu pun xpaham..
Automatic muncung itik aku kuar, kentang didepan dicincang-cincang..klu kat depan aku maunya aku sunat Donat aku sekali lagi ni..huh!

Last but not least, Save budget dah kawen nanti
Latar tempat: di satu hari yang dingin, dan angin sepoi2x bahasa, 4 owang kg dibawah pokok cempedak, diatas pelantaq..bukan pelantar minyak ye adik2x..tempat owang kg duduk bergosip tu apa nama tah..lupa dah, maklum lah dah jd owang “Bandar” aku ni..haha…coiih!kerek habis!

KAK POJAH:awatnya ang kawen ngan awek gemok..bukan awek kurus?..
JUN: Alah, lex ah, aku xsuka kurus2x..bini gemok save budget..
LONG HAH: awat,bini ang makan rUmput ka..?

Wakahkahkah..aku ngan mak aku tukang gelak kat sebelah..masa tu

JUN: aku kawen xyah beli tilam, aku tidoq ataih bini aku ja..
KAMI SEMUA:[!@#$%^&*??]



Susah sikit nak paham owang yang terlebih kreatif ni..
Kesimpulannya: xkira lah kurus ke gemok ke kita kena ingat semua tu jodoh..jodoh ni ketentuan ALLAH. Kecantikkan tu subjective, depend pada pandangan individu dan citarasa mereka. Yang penting, hargailah isteri, suami dan keluarga anda..tanpa mereka dunia kita kosong..telur ayam..taw..??????

Dan pada si mantox jangan nak rendah diri bagai..aku tampor laju-laju karang…wah, garang tak aku?garang tak?.

Setiap manusia ni ada keistimewaan masing-masing so hargailah anugerah itu.

P/s: Jangan percaya entry aku ni yeh,auta ja lebih..hehe

Thursday, January 10, 2013

Aku dan PC bawu..


Aku dan PC bawu..

Nampak tak tajuk entry ni..dari tajuk pon kowang dah leh agak kan aku ni mcm nak eksyen aje dengan pc bawu..

dari minggu lepas agi asyik citer pc bawu, pc bawu, pc bawu dan buzy keje..kan?kan? mesti kowang boring kan…xde modal lain ke???

Memang xde pun!!uwaaa..sedihnya hidup..

Tapi kali ni aku nak tunjuk kowang pc bawu tu dan workstation aku yang super duper boring..hahaha


Ni lah pcnya..20” aje..bukan aku punya pun,company punya xcually..sob..sob..sob

Xpelah, tumpang guna xsalah kan..?

Owh, pix pc lama xsempat nak amik, koz lepas tukar terus sumbat masuk gudang..buat sarang tikus mungkin..huh,dah mcm kacang lupakan kulit..

Keje aku terkial-kial sikit koz pakai Microsoft bawu kan..masa 1st guna nak cari button print pun hampir setengah jam bawu jumpa..nampak tak penipuan dan unsophisticated aku di situ…tp klu curi berblogging laju aje uolls…wahahaha…


Owh, now aku nak tabik pada diri sendiri koz workstation aku dah kemas “sikit” tak serabut dan lapok mcm dulu lagi..
nampak tak pokok rumput kat pix ats tu..segar bugar kan..walaupun hanya rumput tetap natural..terima kasih pada akak cleaner yang tolong aku cabut pokok rumput tu…t aku lanja ais cream Malaysia..in sha allah..(xjanji)..hehe..puihh!!selfish punya olang…

 P/s: Teruskan keep in touch ngan Cheery yeh?

Tuesday, January 8, 2013

Perhatian jaakechik..

perhatian semua..wah! bunyi mcm important kan..haha..gempak tak uolls?
sebenarnya cheery buzy jugak keje ni tp mls nak buzykan diri..wat kejer relex aje tp cepatlah..mampus nak kena hantam ngan bos aku wat keje terhegeh-hegeh..dah lah pagi2x lagi owang tua tu dah mengamok (naik angin ngan supplier yg mcm2 pe'el tu..)

Sebenarnya cheery just nak inform untuk satu perkara ni..pasal malware..semua rakan blogger hope jenguk2x blog sendri..koz nanti kowang akan pasan yang blog kowang terkena malware..malware yang buat rakan lain xleh bukak blog kowang..dan dekat warning tu akan gtaw punca @ dari mana blog kowang dapat benda alah tu..aku sendiri pun tak tau cmne nak buat..tp solution yang aku dah wat adalah delete link blog tersebut untuk sementara waktu..okey...aku rasa benda ni kena alert juga koz blogger lain xleh nak masuk blog kowang..

jaa tlong do something koz ada benda cheery nak dari blog jaa...haha...i mean nak blogwalking lah...

Monday, January 7, 2013

Page Blog cheery dah okey!

Ingat tak,last week cheery ada merungut sal blog cheery yang tak betoi ...mcm tuan dia..haha..kat sini untuk tahu..sekarang dah ok dah..rupa-rupanya ada cacing a.k.a malware kat blog aku tu..

 dtgnya cacing tu dari blog lain..untuk bunuh cacing tu aku terpaksa delete link blog tu..bawu ok ,xde dah garis2x yang membencikan mata yg melihat,leh buka mcm biasa..jangan salah faham,bukan unfollow pun just delete link...terpaksa untuk selamatkan pc company and blog sendiri...haha..over tak aku?



p/s: betoi ke malware tu cacing?

Purple si rumpai laut


Hye,assalammualaikum semua..

Hari ni mood entah apa-apa sebab dept aku tukar pakai pc bawu window pun bawu Microsoft pun bawu, dan jadi sangat bengap aku ni sampai xreti pakai..maklum lah empunya blog ni oldschool lah katakana..klu Microsoft 2003 aku terer lah kan..cilok,wiking,wiling semua aku tahu..bak kata mat rempit s “serah pada yang pakar”…owh dia punya monitor dah besor hp size 20” tu..wah terpegun sebentar aku..macam peraq pun ada ni..excited lebih..kdg2 test jarak duduk..betoi ke jarak ni..rasa mcm jauh dah,tp mata still bling2x koz rasa terang sangat color dia ni..kang mengalir air mata tengok monitor ni..

dan jadinya keje satu hapa pun xbuat,kes xleh nak print..mcm mana nak wat keje? So kita wat keje lain..berblogging..wah!!berblogging guna pc bawu ni best rupanya..semangat lebih!!..wahahaha…

So, aku mengambil kesempatan ini untuk promote aku punya bisness..eh leh plak mcm tu ek?
Of couse boleh sebab support dari rakan blogger amat diperlukan..aku bawu nak berjinak sebenarnya dalam bisness ni..so hope supporter dari semua..jangan lupa klik blog si manja,okey!
Meh, aku nak citer sikit sal Pure Marine collagen ni, collagen ni hasil dari rumpai laut, rumpai laut yang aku jual ni Grade AAA..grade ni color purple. Kalau kowang nak tau grade AA Color kuning emas manakala Grade A color kelabu.



Kolagen purple ni merupakan spesis rumpai kolagen yang paling berkhasiat dan tinggi khasiatnya.
Dimana, ia mengandungi 2 kali tinggi kolagen, 3 kali beta keratin dan galian berbanding kolagen spesis lain.. warna gelapnya pula ada kandungan vitamin dan pelbagai lagi bahan khasiat lain..

Masyarakat cina dulu-dulu especially sabah/serawak rupanya dah lama amalkan makan pure marine collagen ni…biasa diowang buat sup rumpai kering yang color purple ni. Rasanya ramai tahu tumbuhan yang color purple ni ada khasiat yang tersendiri..banyak khasiatnya tumbuhan berwarna gelap ni..nak tau lebih klik sini dan sini.

RM 35 TAK TERMASUK postage okey, postage aku amik 5 hingget aje untuk semenanjung. Dan 9 hingget untuk sabah dan Sarawak..

Tadi lunch,aku bawu aje post pada sowang customer kat kedah, dia xnak bayar tuk post laju,so aku post biasa aje.klu post biasa aku xcharge pape..free aje.tapi lembab sikit ah smpai, insyak allah akak pejabat post tu ckp dalam 3 hari waktu bekerja sampai...hope sampai la kan walaupun lambat..hehe

so, klu ada yang berminat leh email cheery pada hari bekerja.okey..
ctcheery87.gmail.com

New product coming soon..xoxo,cheery




Wednesday, January 2, 2013

Welcome back to school, Dear!


Hari ni semua kanak-kanak dan remaja yang bergelar pelajar dah kembali ke sekolah masing-masing. Toi kan? Kepada yang pertama kali ke sekolah tu, mesti mak atau ayahnya bimbang, tak kurang juga parent yang temankan anak kat sekolah. Tapi biasanya tak digalakkan lah parent tunggu koz akan buat anak tu lagi mengada-ngada dan manja..over manja macam tu. biarlah diowang berdikari kan, tak kan nak sekolah pun dok bawah ketiak parent lagi kan..yeh tak..alahai, macam ada xperince lak aku ni....

Eh, memang ada pun. aku nak memulakan belajar dulu, masa darjah 1 lah, ayah aku tak tmankan pun, lepas hantar tinggalkan aje aku. budget cm aku leh jaga diri..zalim ko ayah aku..eh xde lah..ayh aku memang pesyen tu..pandai-pandailah bawak diri...jangan larikan diri sudah!!!hahaha

Dahlah satu hal nak kena bawak diri, kawan tak ada lagi time tu, siap kena buli dengan akak sendiri.. jahatnyer akak aku..pembuli antarabangsa dia lah..sampai nangis aku dibuli dia taw..last-last tak puas hati aku balik umah aje mengadu kat aku aku no 2…pas tu akak aku no 3 tu kena marah dengan akak no 2..siap kena denda lak tu, dia kena cuci baju, basuh pinggan and kemas rumah masa weekend..padan muka dia berani lagi buli adik emas ni..haha..kenangan tu..

Okey lah..entry kali ni just sesaja nak wish happy welcome to scholl to adik-adik,anak-anak, kakak-kakak dan cikgu-cikgu sekalian..tengok, eja school pun dah salah…wish uolls luck babey..
Assalammualaikum..bye..