Saturday, July 31, 2021

Pelbagaikan Aktiviti Anak-anak Dengan set Buku DIY.

 Hi Assalamualaikum uolls...sihat ke semua. Masih stress dengan anak-anak kat rumah ke? Hehe. Okey Hari ni Aku share something 

Anak 3 hingga 12 tahun dah bosan sangat di rumah waktu PKP ni? Sampai mak-mak pun stress?

Aku nak share set DIY yang boleh hilangkan bosan, uji kreativiti anak-anak dan mengasah minda di rumah. Pendapat aku buku ni best, sebab secara tidak langsung dapat meminimakan masa anak mengadap phone atau gajet. Set buku DIY memang boleh buat mereka ralit dengan aktiviti yang tersedia iaitu main, tampal dan gam. 

RM39 sahaja untuk 10 item. Terhad tau.

Batch 1 dan batch 2 dah berjaya terjual sebanyak 6000 set taw dalam masa kurang 30 minit ja uolls. Atas permintaan ramai yang tak dapat nak grab masa batch 1 dan 2 tu kan, so Now HQ tengah open Pre-Order untuk batch 3 pulak sebanyak 3000 set. Last aku tengok pagi tadi available dah tinggal 1000 ++ ja lagi. So kalau uolls berminat nak dapatkan untuk anak, cucu atau saudara, boleh tekan link order ini  WasaEDU ORDER

 Orait, aku bagi sikit info mengenai buku DIY kanak-kanak ni ya. Info ni aku copy paste dari team wasaEDU ya.

INFO BUKU DIY

1. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun.

2. Mengasah kemahiran fizikal seperti pergerakan, ketangkasan, kekuatan dan koordinasi melalui aspek motor halus dan motor kasar kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif.

3. Mempunyai 23 model yang boleh dilipat menjadi bentuk 3D.

4. Anak-anak belajar kemahiran menggunakan gunting, melipat dan gam dalam membentuk model.

5. Model mudah dicabut dari helaian buku kerana disertakan dengan garis putus-putus (proportional line).

Mak Ayah nak 9 jenis hadiah menarik untuk pembelajaran anak² di rumah didatangkan bersama kotak?

Kami nak bagi P.E.R. CU MAA  jer dengan setiap pembelian SET D.I.Y berharga RM39 sahaja!!

Nak??

๐ŸฅณFREEGIFT TERHAD 

✅ Buku Do It Yourself (DIY) - RM39

PERCUMA ( 9 item) :

๐ŸŽ Buku Paste 

๐ŸŽ Buku Cut & Glue 

๐ŸŽ Buku My First Origami 

๐ŸŽ Buku Collage 

๐ŸŽ Buku Pad Color Paper 

๐ŸŽ Stationery Item 2015 (Set Pensil + Gunting) 

๐ŸŽ DIY Sticker 

๐ŸŽ DIY Button Painting 

๐ŸŽ DIY Crystal Diamond 

๐Ÿคฉ Lengkap dalam satu kotak.

๐ŸฅณTotal 11 item akan terima. 


*HARGA*

✅ Harga Asal : ~RM79~

✅ Harga Special : *RM39 sahaja*

๐ŸคฉHarga Jimat : RM40

Kalau korang berminat untuk dapatkan set ni, terdapat 2 cara. Sama ada melalui kedai shopee aku atau uolls beli terus dengan HQ. Postage HQ RM11 taw, diorang guna Ninja Van. Set ni banyak bukunya jadi ianya agak berat lah. Then pakai Ninja Van plak kan. Ada yang tanya service Ninja Van, so far okey ja aku terima elok ja barang dari HQ. 28 post out, 30 ptg dah dapat.

===> wasaEDU ORDER

===> Shopee ctcheery87


Tadi tengahari dah settled post out 7 set order shopee. By the way, Batch 3 ni HQ akan release pada 10 August ya. 


Ini hasil kerja ALuth untuk hari pertama. Tampal butang kat lukisan berwarna. Unit ni buat dia kenal warna dan Meningkatkan kemahiran motor halus iaitu kekuatan, koordinasi dan sensori.


Pagi-pagi lagi dah mengadap Train dari Fun Car dan juga Siren head yg dibuat dari pipe building block. Seriously, Aku bersyukur sangat sebab berjaya kurangkan ketagihan phone ALuth. Adanya set DIY dan mainan Cerdas Otak dari wasaEDU ni, memang buat dia leka. Dia dah tak mintak phone dah. Lega Ummi dan walid boleh buat kerja tanpa gangguan.

Yes..Kalo nak jimat uolls boleh buat sendiri dan organize aktiviti semua ni. Tapi Kalo takde masa, ada duit lebih boleh dapatkan dari wasaEDU. Melabur Sikit uolls untuk anak-anak Kita juga Kan. 

 
" Ummi, Dobot!" katanya... ALuth Menggunakan Mainan Cerdas Otak, Fun Car untuk buat robot.

Okey, Kalo mainan Cerdas Otak pun boleh dapatkan dari kedai online wasaEDU ini. Klik ja link ya. 

Terima kasih sudi membaca ๐Ÿค—๐Ÿค—





Friday, July 23, 2021

Salam Raya Korban dan Happy Aidil Adha

Assalamualaikum..Salam Raya Korban uolls.

Mungkin ramai yang rasa tak ada istimewanya raya Korban tahun ni. Dah 2 tahun kita semua bergelumang dengan covid Kan. Jadi, kegembiraan nak menyambut Raya tu dah tak terasa dah. Mungkin kesedihan melebihi kegembiraan. Ya lah, nak keluar beraya rumah jiran sebelah pun tak boleh, inikan lagi saudara mara, makayah lagi lah tak boleh balik melawat. Tapi it's ok uolls, one day pengorbanan Kita semua akan berbaloi dengan izin Allah.  Moga Kita semua berada dalam redha Allah...dan dipermudahkan segala kesulitan kita. 

Family Aku kat Kampung Sana memang tak beraya, just order jer ketupat buat merasa katanya. Mak cakap Raya pun tak Rasa seronok, Rasa kosong sebab anak-anak semua jauh. Ya Allah, kurniakan ketabahan buat mak ayah kami. Sampaikan Hari Raya tu hari, akak cakap mak tak nak video call dengan anak-anak, nanti dia sebak. Mungkin dia rindu sangat dengan anak-anak. Pagi Raya, dia kol semua anak-anak nak dengar suara. Sebak rasanya ๐Ÿ˜ญ

Aku dan family kecil ku pun Sama juga, beraya simple ja. Bangkit pagi, Mandi siap pakai baju Raya, solat raya then makan. Lepas makan bergambar dan uploaded masuk Facebook. Simple Kan hahaha. Juadah Raya pun takde, breakfast pagi tu buat mee Kari. 1st time uolls buat mee Kari tapi alhamdulillah menjadi Wei, mungkin berkat nak Raya tu kan hihihi.



Gigih lah  Ummi set timer nak snap gambar Raya dengan anak yang tak boleh nak duduk diam sekejab๐Ÿ˜…

Tengahari anak-anak tido, walid BDR, Ummi pulak layan movie turki. Jam 5 mcm tu walid keluar Beli cake, plan nak sambut birthday Aidil. Dia bangkit ja tidur terus Kasi kek birthday. 

Walid Tanya dia 'siapa Nama Raya Haji?'. Aidil jawab 'saya'. Hahaha. Actually, Aidil Lahir pada Bulan August, Hari Raya Aidil Adha 2019, jadi sempena itu walid namakan dia Aidil Adha. Setiap kali sambut Raya Haji, Kami sepakat nak sambut birthday dia jugak, tak Kira lah Bulan apa sekali pun Raya Aidil Adha tu, Kita jalan ja. Hehe

Menu petang tu selain kek, kuih Raya, nasi daging dan ketupat completed with rendang pemberian jiran. Alhamdulillah..rezeki. Ummi ni fikir nak buat sandwich jer dan megi Korean spicy utk walid. Hahaha

Orait uolls..selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf zahir batin. Salam kosong-kosong. Raya korang macam mana? Meriah ke?


Wednesday, July 21, 2021

Anak Sulung Dah Daftar Sekolah

Alhamdulillah...Rasa lega sangat, minggu lepas dah settled submit borang Tadika anak sulung. Itupun dah last date pendaftaran baru submit borang..hahaha. Nasib baik mesej Cikgu Faizah, dia cakap boleh terima lagi since aku dah daftar nama hujung bulan lepas lagi. Tak sabar nak anak masuk sekolah...Ummi excited lebih dari anak ni. Ummi kerap sebut School dekat Aluth..tapi dia macam tak heran pun. It's okey, maybe dia pun tak faham lagi school tu apa.

Rentetan dari entry Cerita Tentang Ummi Tak Kuat tempoh hari, banyak nasihat dan perkongsian yang aku dapat dari rakan realiti dan juga rakan maya. Thank you so much uolls, aku terharu sangat sebab diorang semua tak judge aku, semua membantu, beri nasihat, berkongsi pengalaman, share bahan bacaan dari pakar-pakar motivasi dan sebagainya. uolls memang the best mum ever!

Dari Nurse yang jaga assesment anak pun aku share dan mintak nasihat taw..desperate Mum sangat kan hahaha. Okey, dari semua ilmu yang aku dapat ni aku realized yang anak Kita ni tak teruk pun... Nurse cakap setiap kanak-kanak tu perkembangan, kebolehan dan kemampuan diorang berbeza, even twin sekalipun tetap tak sama. Macam Aluth, banyak faktor yang boleh menjadi punca dia tak nak go toilet. Mungkin ada perkara berlaku atau dia tengok yang buat dia rasa takut nak pergi toilet. Atau mungkin juga dia dahagakan perhatian Ummi, sebab kan sekarang dia banyak bersaing dengan adik. Ummi banyak tumpukan pada adik jadi dia terlalu banyak nak kena mengalah. Jadi abang akan created something yang boleh tarik perhatian Ummi. Buktinya, dia buat salah but still nak kita peluk dia. Yes..memang situasi macam Aluth sangat Kan.

Nota parenting dari Taufiq Razif, menulis

Anak lelaki yang berumur 0-6 tahun berada dalam :

๐Ÿ‘‰ Fasa learn to love

Di umur begini jangan terlalu gunakan kekerasan untuk disiplinkan mereka

Kenapa?

๐Ÿ‘ถ Mereka sedang memerhati

๐Ÿ‘ถ Mereka jadikan kita inspirasi

๐Ÿ‘ถ Mereka sedang mencontohi

๐Ÿ‘ถ Mereka anggap semua yang kita buat adalah tanda cinta walaupun ianya menyakiti mereka ( moral conflict ) 

Mendidik anak lelaki tak semudah yang disangka. 

Itulah kenapa perlunya kita belajar ilmu mendidik anak lelaki

Yes...tak semudah yang disangka. Anak lelaki Kita kena banyak ajar mereka moral dan teladan, off course agama too. Supaya besar esok mereka tahu nak menjaga diri, tahu erti tanggungjawab, tahu menghormati wanita dan tahu memimpin keluarga. 

#didikAnakLelaki

#notaparentingTaufiqRazif


Monday, July 19, 2021

Penat Jaga Anak Lelaki

 ๐ŸฅตPenat jaga anak lelaki?๐Ÿฅต


Anak lelaki yang berumur 0-6 tahun berada dalam :

๐Ÿ‘‰ Fasa learn to love

Di umur begini jangan terlalu gunakan kekerasan untuk disiplinkan mereka

Kenapa?

๐Ÿ‘ถ Mereka sedang memerhati

๐Ÿ‘ถ Mereka jadikan kita inspirasi

๐Ÿ‘ถ Mereka sedang mencontohi

๐Ÿ‘ถ Mereka anggap semua yang kita buat adalah tanda cinta walaupun ianya menyakiti mereka ( moral conflict ) 

Mendidik anak lelaki tak semudah yang disangka. 

Itulah kenapa perlunya kita belajar ilmu mendidik anak lelaki


#didikAnakLelaki

#notaparentingTaufiqRazif

Sunday, July 11, 2021

Doakan anak-anak setiap waktu


Entry Ini Adalah Copy Paste

Ruginya kalau sebagai ibu, kalian tak gunakan kelebihan ni untuk sentiasa mendoakan anak-anak. Doa ibu itu tiada hijabnya. 

Setiap hari tak kira pagi atau malam, ambil peluang berdoa untuk anak-anak kita sejak mereka lahir sampailah ke akhir hayat kita. 

1) Doakan anak suka solat dan baca Al Quran.

2) Doakan anak kita halus tutur katanya dan beradab. 

3) Doakan anak kita terlindung matanya dari perkara lucah dan terjaga lidahnya dari berkata perkataan yang kotor. 

4) Doakan anak kita sentiasa sayang pada adik beradik dan saling melindungi ahli keluarganya.

5) Doakan anak lelaki kita menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan rajin membantu di rumah.

6) Doakan anak kita untuk menjadi anak yang taat, lembut hati dan mudah mendengar kata.

7) Doakan anak perempuan kita supaya boleh melindungi diri, sentiasa menjaga maruah dan pandai berdikari.

8 ) Doakan anak kita menjadi manusia soleh, solehah yang tenang dan tenteram jiwanya. 

9) Doakan anak kita akan saling memaafkan dan saling berdamai antara adik beradik bila berlaku salah silap.

10) Doakan anak kita sentiasa mendoakan kita dalam setiap solatnya setiap hari. 

Ulang dan ulang doa kalian. Ada orang yang berjaya luar biasa pada hari ini, bukanlah disebabkan usaha atau amalannya semata. Tapi mereka berjaya disebabkan doa ibunya (dengan izin Allah).

Jom follow ilmu keibubapaan dan kesihatan kanak kanak di Channel Telegram setiap hari ๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://t.me/NotaRedzaZainol

Friday, July 9, 2021

Ikan Bakar Air Fryer

 

Assalamualaikum uolls...Salam Hari jumaat. Hope uolls sihat-sihat belaka ya.

Lately ni aku memang everyday lunch lewat. Waktu lunch aku dah berubah 100%. Biasanya jam 3 petang baru dapat makan dan rest. Itu waktu diorang tido taw. So dapatlah pegang phone atau tonton Movie Turki. Kalo aku rajin Sikit memang akan blogwalking lah. Sebab tu aku memanjang hilang dari radar. Macam chips more tak, kejab ada kejab takde.

Dua hero tu sekarang dalam fasa melasak dan jugak explore. Si abang semua benda dia nak kaji dan buat. Kalo tak pantau, sekali Adik Akan terjebak dengan kajian dia tu. Silap-silap adik jadi tikus makmal dia. Si Adik pulak asyik nak memanjat, memunggah dan benda yang orang tak kasi tu lah dia buat main. Dalam peti ais pun dia boleh masuk duduk. Pokok Palma hiasan aku pun habis rosak dipatah-patahkannya. Letih dengan anak jantan ni Kan? That why nak deco-deco rumah pun tak dapat. 

Kalau aku try hard sangat to be perfect mum, memang aku akan stress. So, aku decide to be chillex. Aku dah dapatkan motivasi dari member aku dan bahan bacaan. Untunglah member belajar bidang psikologi kanak-kanak, so serba sikit dapatkan nasihat free dari dia. Hehehe. Motivasi dan kata-kata semangat always kena topup dalam usaha kita untuk jadi ibu yang lebih baik. Aku follow telegram beberapa pakar motivasi, everyday baca perkongsian diorang, perasaan tu rasa lebih baik. Taknak lah jiwa kacau memanjang, tak best hidup.

Done, tolak tepi jab bab anak. Tadi Lepas zohor kebulur sangat Ummi. Buat Susu tidurkan 2 beradik tu... Alhamdulillah si abang pun tido sekali. Selalunya diorang tido ikut shift. 

Masak simple ja, paling mudah guna air fryer ni.

Tak guna minyak yang banyak pun..tapi still ikan boleh crispy

Kelar ikan, gaul garam bersama kunyit dan sedikit tepung crispy.
Set time set suhu and then tinggal. Dah dengar bunyi bip..bip..siap lah tu.

Buat cabai kicap....settle. Punya pemalas Ummi hampa ni. Syukur lah bila menu macam ni pun suami dah ok. Dia pun sejenis yang suka makan simple jugak. Lauk beria sangat dia makan ala kadar ja tapi lauk simpla dia boleh menambah-nambah nasi pulak. kihkihkih

Okey uolls, itu ja nak cerita. bye..bye


Sunday, July 4, 2021

Cerita Tentang Ummi Tak Kuat.

Hi semua... Assalammualaikum. Hopefully rakan blogger semua sihat belaka dan dikurniakan kesihatan yang baik. Insha Allah, Allah ada untuk jaga dan pelihara kita semua. Yang penting kita jaga diri dan keluarga. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan ya.

Aku rindu sebenarnya nak berblog macam dulu. Blogwalking sana sini..saling menyapa dengan rakan blogger di alam maya. mengomen, menegur, utarakan pendapat dan pandangan, ikuti segala perkembangan blogger... Ya Allah, rindu sungguh. Paling best nak luah perasaan melalui penulisan di blog.  But now, mostly rakan blogger yang very close dulu semua dah sunyi sepi. Mungkin diorang dah retired dari dunia maya ni. Masing-masing dah tiada hati nak berblog mungkin atau mungkin struggled dengan life masing-masing yang superb challenging ni. Lagipun dunia blog tak macam dulu...now mcm bersaing denga SOCMED lain contoh Instagram, Facebook, Tiktok, Youtube, apa lagi?...yang lagi seronok dan menarik untuk dikongsikan. Boleh buat video, add music clip bagai, kan?

Alah..cakap orang!! Diri sendiri pun sebenarnya kekangan masa untuk berblog. Sibuk jugak lah! Ada anak lelaki dua orang yang masih kecil ni mencabar sangat. Belum sekolah lagi wei...tapi dia punya tekanan tu sering buat aku rasa nak give-up. Tak naik hantu dengan anak-anak memang magic lah. Aku sampai tahap naik hantu hari tu. Alhamdulillah..aku cepat waras....kalo tak waras tak taw lah apa akan jadi pada anak. Isunya anak sulung berak dlm seluar dan berkurung dalam bilik solat. Pada orang lain mungkin isu kecil sahaja. Tapi aku sebagai ibu entah kenapa created benda ni jadi isu yang sangat besar.

Geram tak terkawal, anak aku Aluth dah pandai kencing berak sejak awal tahun lagi. Sebelum puasa hari tu aku dan anak-anak dapat balik kampung disebabkan urusan penting. Suami dapat hantar balik sahaja, off couse dia kena balik Penang semula untuk bekerja. Kami terkandas dekat kampung lama giler..atas faktor suami ON DUTY, jadi tak dapat balik amik. Berpuasa dan beraya pun tanpa suami tapi Alhamdulilah dah beraya dan spend time dengan makayah..satu kegembiraan jugak kan. Okey, sepanjang kat kampung dia kerap amik dan mintak pakai pampers bila nak berak. Boleh kira dengan jari berapa kali jer dia berak toilet. Lama-lama dia jadi selesa berak dalam pampers. 

So, sejak balik dan tinggal di Penang semula. Dia macam tak pandai nak bagitau bila nak kencing dan berak. Dia akan kencing dan berak dalam seluar, sedangkan aku baru jer lepas tanya dia nak kencing atau berak tak. Always..jawabnya TAKNAK. Its very tired when kids quick repeat the same mistake everyday, everytime. While he has already said SORRY but still do. Ya Allah.. help me!!

Hari yang aku naik gila tu..anak lari masuk bilik solat, tutup pintu rapat sambil tahan pintu. Tak nak Ummi terjah masuk mungkin.  Dia berak dalam seluar mencangkung atas karpet bulu. Aku hangin sangat sebab Toilet dengan bilik solat tu sebelah ja wei... Why bilik solat? Why is not the other one? Plus, nak cuci karpet bulu tu...OMG, not an easy work. Seriously... I'm really tired T___T. I can't accept the reality not happening as planned. Aku target 5 tahun nak school dah pandai urus diri, boleh berak kencing sendiri semua. 

Macam keluar tanduk kat kepala, dengan rasa bahang panas naik ke muka.. aku tolak kasar pintu  sampai jatuh anak aku...dia nampak aku menyinga, dia dah start menangis takut. aku tampar, cubit punggung dia lepas geram. " SAKIT, UMMI SAKIT!" Aluth screamed. My son not quit crying till siap basuh semua. Aku tinggal dia dalam toilet.. keluar duduk atas kerusi kusyen, try to calm down. Sebab dada dah rasa sesak dan rasa tak boleh bernafas. Air mata dah jatuh..siksanya nak cari nafas.  Aku hembus udara melalui mulut sekali..lepas tu baru boleh breathe in breathe out melalui mulut. Then tarik nafas slow-slow melalui hidung. Ya Allah, this is what others call depression? Yes i know, stress bukan depression but kalo tak handling dari awal dia akan jadi something yang lebih worse. Benda ni bila jadi dia macam-macam beban dalam kepala, terlalu banyak benda yang kita fikir, sampaikan kita sendiri pun tak tahu apa yang kita fikirkan. Dia macam serabut dan kepala otak kita lost control, tak boleh nak berfikir waras. Owh ya...aku belum sempat masak makan lagi masa tu.  AKU MENANGIS WEI...MENANGIS MELALAK MCM ORANG GILA DALAM RUMAH. Aku seolah kuarkan semua benda yang membebankan yang buat aku stress melalui tangisan tu. Anak no.2 tengok senyap, behave ja kat kerusi satu lagi. Anak 1st yang buat hal tadi keluar dari bilik air dan join nangis. KO DAH KENAPA, ANAK? 

Tapi...you know what? Sambil nangis tu dia panggil " Ummi..nak peluk!" sambil mendepakan tangan.


Aku terus jadi lemah....rasa sebak. Oh anak, Ummi cubit Aluth, Ummi marah Aluth, Ummi pukul Aluth but still dia nak peluk ummi. Aku rangkul dia peluk sambil nangis sama-sama. Aku gosok punggung merah kesan cubit tadi. Tak luka sebab cubit besar dan lepas, tak guna kuku. Tapi menyesal sangat. Bimbang perkembangan dia nanti.

" Ummi mintak maaf, Ummi tak kuat!"
" Sorry Ummi."
" Kenapa Aluth berak tak go toilet?"
" Takut! Sorry Ummi"
" It's ok, Ummi kan ada, boleh ajak Ummi go toilet."
" Baik" sambil senyum simpul. 

Oh anak...awak terlalu telus.

Gambar ni snap masa hari kejadian. Selepas sesi bicara hati ke hati tu, main jab, jam 3 camtu dia cakap ngantuk, nak tido. 

" Tidurlah sayang, mimpi yang Indah saja, jgn lupa maafkan Ummi, nanti bila syg bukak Mata, lupakan semua derita. Ummi janji akan jaga mu sentiasa " 

Si kecik tido sendiri dalam bilik mainan atas katil. Dia tahu abang kena marah, jadi dia buat hal sendiri.  Behave sangat! Thank you syg!


Sambung nanti... si kecik dah merengek #ceritatentangummitakkuat