“Tie! Jom la ikut kami! Please dear?”
Walaupun 3 sahabat itu tahu agak sukar untuk mengubah keputusan Tie namun
bagi mereka tidak salah mencuba lagi. Mereka amat berharap Tie berminat ikut
mereka berjalan-jalan bersama geng-geng jejaka Tanjung. Sebenarnya hakikat di
sebalik ajakan mereka itu ada udang di sebalik mee. Mereka mahu satukan Tie
dengan Mat Romeo yang kelihatan menaruh perasaan pada Tie. Kononnya mahu
melakar pelan masjid untuk Tie. Namun sikap Tie yang kurang berminat bakal
menjejaskan misi murni mereka itu.
Tie memandang sepi empat wajah
teman baiknya. Disebabkan kegagalan
Suhana memujuk dia semalam, mereka berempat datang ke rumahnya.
“Ohh! My sweet friends! I’m sorry okey?
Tak boleh lah. Aku malas lah. Aku ada hal. Lagipun korang semua pegi dengan pasangan masing-masing. Pe ke hal plak aku nak
jadi kera sumbang kat sana .
Boring tau”.
Aku harap sangat minah-minah nie faham
dan tak memaksa aku lagi. Aku dah penat dah bagi alasan nie.
“
Loh…bila masa lak kami suruh ang jadi kera sumbang kat situ? Lagipun Mat Romeo
pun pegi gak. Kami ajak ang pegi sebab kami nak g mandi air terjun. Ang ada
baru lah best walaupun lagi best kalau ang… tak dak..hehe gurau ja. Kan kan?”
Yooh memandang Iyaah dan Suhana dan kelihatan dua sahabatnya itu mengangguk
serentak seperti burung belatuk.
“ Kalau ang suruh pun, aku tak ingin
nak jadi kera sumbang kat situ lah. Hampa nak pegi..pegi ja lah. Jangan kalut
sangat dengan aku k. Sekurang-kurangnya aku boleh jadi kaunter pertanyaan kat
sini. Mana lah tau mak ayah hampa cari aku boleh lah aku bagitau apa yang tersurat
dan tersirat hehe…” Pandai gak dia bagi
alasan. Sempat memuji diri sendiri lagi tu.
“ Ang nie memang pandai bagi
alasan tau. Tak sudi cakap ja lah tak sudi! Susah
sangat ka?”
“ Ang nie marah ka majuk Yooh??”
“ Dua dua lah”
Tie memandang nakal wajah muncung
Yooh. Agak comel bila hidung yang kecil dan mancung itu kelihatan kembang dan
kempis dibuat Yooh.
“ Agak comel bila ang merajuk nah?
Patut lah budak ijam tu boleh angau!”
“
Ang nie nak gelak kat hidung aku lah tu? Nyampah tul aku“.
Akhirnya meledak ketawa Tie yang dikawalnya sejak tadi. Ketawa mereka
berempat bersatu memecahkan suasana yang agak dingin tadi menjadi ceria dan
berwarna-warni umpama pelangi yang muncul selepas gerimis melanda.
Hiasan..hehe